You are on page 1of 2

KATA NAFI

Kata nafi ialah perkataan yang hadir dalam ayat untuk menafikan sesuatu perkara.

Terdapat dua kata nafi, iaitu;


i. bukan
ii. Tidak

i. Kata Nafi Bukan


 Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa nama atau frasa sendi
nama.
 Apakah frasa nama?
- Frasa nama terdiri daripada kata nama
- Contoh; Murid tahun lima

 Apakah kata sendi nama?


- Frasa sendi nama ialah gabungan antara kata sendi nama dan kata nama
- Contoh; di bandar - di (kata sendi nama) bandar (kata nama)

 Contoh;
1. Saya bukan murid tahun lima.
2. Tempat tinggal Leong bukan di bandar.

 Kata nafi bukan digunakan boleh juga digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif

 Contoh;
1. Dia bukan sahaja pandai, malah berbudi bahasa.
2. Beliau bukan hendak melawat ke Langkawi, tetapi ke Pulau Tioman.

ii. Kata Nafi Tidak


 Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

 Apakah yang dimaksudkan dengan frasa adjektif?


-Terdiri daripada kata adjektif  atau sifat
- Contoh; rumahnya tidak besar.  Besar ialah frasa adjektif

 Apakah yang dimaksudkan dengan frasa kerja??


-Terdiri daripada kata kerja.
- Contoh; Orang tua itu kurus kerana tidak makan nasi. Makan ialah frasa
kerja.  

 Contoh;
1. Rumahnya tidak besar.
2. Samad tidak dipilih mewakili sekolah.

You might also like