You are on page 1of 1

KETETAPAN GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM SKTM 2020

1     Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah.  Ianya wajib bagi
semua guru dan pelajar.  Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran
Kokurikulum apabila menghadiri Gerak Kerja Kokurikulum (GKK).

2     Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2020 dalam Gerak Kerja
Kokurikulum.

3     Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi unit beruniform / persatuan
/ kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua  pelajar.

4     Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini  memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar
dalam bidang kepimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan
negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas,
lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan
inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk mewujudkan ‘ School With Character’ ).

5    Semua aktiviti  yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar
kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.

6    Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK.  Perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku kepada pelajar semasa GKK apabila ketidakhadiran guru menjadi tanggungjawab kepada
guru tersebut.

7 Sekiranya ada keperluan untuk tidak hadir GKK, berjumpa dengan Ketua Penasihat dan
dapatkan SURAT KEBENARAN KETIDAKHADIRAN GKK daripada Penyelaras untuk diisi dan
diluluskan oleh PKKK dan GB.

8 Sekiranya ada keperluan untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi membawa murid
untuk aktiviti kokurikulum mohon isi SURAT PELEPASAN MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI
bagi tujuan keselamatan.

9 Semua guru diingatkan ambil maklum tentang S.O.P setiap aktiviti yang dijalankan bagi
memastikan sebarang aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.

You might also like