You are on page 1of 2

TAJUK: DAYA GESERAN

Definisi/Maksud

Daya geseran ialah daya yang terhasil apabila dua pemukaan bersentuhan antara satu
sama lain.

Daya geseran bertentangan dengan arah pergerakan objek.

Arah pergerakan

Daya geseran

Faktor-faktor yang mempengaruhi daya geseran.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi daya geseran iaitu:

1. Jenis Permukaan
2. Jisim Objek

Jenis Permukaan Jisim Objek

Permukaan yang kasar mempunyai Objek yang berat mempunyai daya


daya geseran yang tinggi. geseran yang tinggi.

Permukaan yang licin mempunyai daya Objek yang ringan mempunyai daya
geseran yang rendah. geseran yang rendah.

Kesan daya geseran

Kesan-kesan daya geseran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Kebaikan daya geseran Keburukan daya geseran


 Menghasilkan haba  Menghasilkan bunyi yang tidak
 Memperlahankan objek bergerak dan diingini
akhirnya berhenti  Menyukarkan pergerakan objek
 Membolehkan objek dipegang  Menyebabkan permukaan tapak kasut
 Membolehkan objek kekal pegun* dan tayar kenderaan menjadi haus
 Menajamkan peralatan
*pegun : tidak bergerak
Dalam keadaan tertentu, daya geseran perlu ditambahkan atau dikurangkan supaya
pekerjaan atau aktiviti itu dapat dilakukan dengan lebih cekap dan mudah.

Menambahkan daya geseran Mengurangkan daya geseran


 Menggunakan tapak dan permukaan  Menggunakan minyak pelincir
bercorak  Menggunakan minyak gris
 Menggunakan tapak dan permukaan  Menggunakan penggolek dan alas
yang kasar bebola
 Menggunakan pelapik antigelincir  Menggunakan lilin
 Menggunakan serbuk kapur  Menggunakan tepung asid borik
magnesium karbonat

LATIHAN

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Daya geseran ialah sejenis daya yang .............................(sama/menetang) arah


pergerakan objek.
2. Daya geseran menyebabkan pergerakan kereta mainan semakin ........................
(laju/perlahan) dan akhirnya ............................... (berhenti/bergerak).
3. Semakin ............................(besar/kecil) jisim objek, semakin besar daya geseran
yang terhasil.
4. Daya geseran pada permukaan kasar lebih ..........................(rendah/tinggi)
berbanding permukaan yang licin.
5. Keburukan daya geseran ialah menyebabkan permukaan tapak kasut
menjadi ............................(haus/tebal).
6. Dengan adanya daya geseran, kita .............................. (tidak boleh/boleh) memegang
sesuatu objek.
7. Untuk menambahkan daya geseran di dalam bilik air yang licin, kita boleh
menggunakan ........................ (minyak gris/pelapik antigelincir).
8. Ahli sukan angkat berat menggunakan .............................(serbuk kapur/kertas
pasir) untuk menambahkan daya geseran antara tapak tangan dengan pemberat.

*soalan tamat
*disediakan oleh Cikgu Sarah

You might also like