You are on page 1of 2

PENGAJIAN MALAYSIA 2

MPU 2163

Name : NUR ADILAH RASYADAHBINTI SUHAIMI


Matrix No : 3042191093
Cohort : DIN COHORT 69
Lecturer : EN. AHMAD ZI AL-HAQQ ABDUL AZIZ
Soalan:
Bincangkan cabang sistem pemerintahan di Malaysia dan apakah peranan setiap cabang
sistem pemerintahan di Malaysia . (10markah)

Jawapan:
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Oleh itu, menerusi peruntukan
Perlembagaan Persekutuan, Malaysia membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga cabang
utama iaitu Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman.
Cabang yang pertama ialah badan eksekutif. Badan Eksekutif boleh dikatakan sebagai
pemerintah iaitu kerajaan yang memerintah negara menurut undang-undang. Badan ini terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri dan Perkhidmatan Awam. Peranan badan
eksekutif ialah membuat keputusan mengenai polisi dan dasar negara, mengeluarkan lesen,
membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil serta membuat pembangunan.
Cabang yang kedua ialah badan perundangan iaitu Parlimen yang menggubal undang-
undang. Parlimen terdiri daripada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri. Badan Perundangan berperanan sebagai penggubal undang-undang yang
kemudiannya dipastikan oleh badan eksekutif cara pelaksanaannya. Selain itu, badan
perundangan turut mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan
belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain.
Cabang yang ketiga ialah badan kehakiman iaitu mahkamah. Struktur badan
kehakiman di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu Mahkamah Atasan Rayuan, Mahkamah
Rendah dan Pesuruhjaya Kehakiman. Badan ini memutuskan apa yang dimaksudkan oleh
undang-undang dan memastikan rakyat serta kerajaan mematuhinya. Antara peranan utama
badan ini ialah melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif,
orang perseorangan dan orang tertentu. Di samping itu, badan ini turut mempunyai kuasa
mentafsir perlembagaan undang-undang.
Kesimpulannya, setiap cabang pemerintahan yang telah wujud ini perlulah
melaksanakan peranan yang dipertanggungjawakan kepada mereka agar pemerintahan di
negara ini ditadbir urus dengan baik serta rakyat terus dapat hidup dalam keadaan harmoni.

You might also like