You are on page 1of 2

PENGAJIAN MALAYSIA 2

MPU 2163

Name : NUR ADILAH RASYADAHBINTI SUHAIMI


Matrix No : 3042191093
Lecturer : EN. AHMAD ZI AL-HAQQ ABDUL AZIZ
Soalan:
Bincangkan sejarah kepelbagaian kaum di Malaysia dan pengenalan budaya pelbagai kaum di
Malaysia? (10Markah)

Jawapan:
Penduduk berbilang kaum yang terbesar populasi di Malaysia ialah seperti kaum
Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri serta
mengamalkan budaya yang berbeza.
Kaum Melayu pada asalnya tinggal di kawasan perkampungan dan sektor pekerjaan
yang diterajui oleh kaum ini adalah sektor pertanian, perikanan, memburu dan mengutip hasil
hutan seperti herba untuk dijual. Kaum ini juga pada asalnya menganut agama Buddha tetapi
kemudiannya menganut agama Islam secara keseluruhan selepas penyebaran agama Islam
dilaksanakan oleh saudagar-saudagar Arab di kawasan pelabuhan. Antara kebudayaan
masyarakat Melayu yang telah diperkenalkan ialah perayaan-perayaan hari keagamaan
seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladhaa. Seterusnya, dari segi kesenian, masyarakat
Melayu terkenal dengan Wayang Kulit dan tarian Mak Yong.
Seterusnya, sejarah kedatangan kaum cina adalah berasal dari kemasukan buruh dari
Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 dan kebanyakan
mereka berasal dari wilayah selatan Cina seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kaum
Cina kebanyakkannya menerajui sektor perniagaan dan tinggal di kawasan bandar.
Sesetengah mereka menganut agama Kristian dan majoritinya menganut agama Buddha.
Kaum Cina turut mempunyai kebudayaan dan adat resam. Antara amalan yang boleh dilihat
sebagai kebudayaan dan adat resam mereka ialah Kalendar Orang Cina iaitu setiap tahun
mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu
seperti tikus dan naga. Mereka turut meraikan perayaan-perayaan tertentu misalnya perayaan
Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh.
Akhir sekali ialah kaum India. Sejarah kedatangan kaum India ke Malaysia bermula
pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20 apabila penjajah British mendapati India
sebagai tempat untuk mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan mudah dikawal. Oleh
itu, kaum India kebanyakannya tinggal di kawasan estet dan ladang serta bekerja sebagai
buruh. Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka
yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal mereka. Antara perayaan
terkenal yang disambut oleh kaum ini ialah perayaan Deepavali dan Thaipusam. Dari segi
pakaian, golongan wanitanya kerap menggunakan ‘sari’ manakala pakaian tradisi kaum lelaki
pula digelar ‘dhotis’ iaitu sejenis kain berwarna putih.
Kesimpulannya, amat penting bagi rakyat Malaysia mengetahui asal-usul kaum di
ngara ini serta menghormati adat resam dan budaya yang diamalkan oleh kaum masing-
masing.

You might also like