You are on page 1of 2

KESEDARAN PELAJAR TENTANG WARISAN PAKAIAN

TRADISIONAL:CHEONGSAM DI MALAYSIA: KAJIAN KES DI UCSI


UNIVERSITY, MALAYSIA[AMELIA LOO MIN CHI, LEE WAN JIA, CHEN
MIN YI, PEE WEN HUI, HO YISHUANG, CHAN JIAN CHUNG]1.0
PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang unik dan terdiri daripada etnik yang
berbeza. Setiap etnikmempunyai perbezaan dari segi agama, adat, bangsa
dan budaya. Pembahagian etnik turutberlaku dalam kalangan masyarakat
Malaysia dalam aspek agama, adat, bahasa, nilai dankepercayaan. Setiap
etnik atau suku bangsa di Malaysia mempunyai warisan mereka
yangtersendiri. Warisan orang Melayu merupakan asal usul budaya Melayu dan
pengaruh budayaIslam Timur Tengah. Orang Cina berbangga dengan
warisan Cina manakala orang Indiamempunyai warisan tradisi budaya
Hindu dari benua India. Warisan merupakan sumber identiti kepada
sesuatu etnik. Setiap warisan dapat menjadi asas perpaduan dan
penyatuandalam kalangan masyarakat. Bahasa Kebangsaan menjadi
faktor yang penting dalam menyatupadukan pelbagai etnik yang mempunyai
warisan mereka yang berbeza (HubunganEtnik di Malaysia, 2011).Pakaian
tradisional: Cheongsam merupakan tajuk kajian yang dipilih untuk subjek
hubunganetnik. Terdapat banyak jenis pakaian tradisional muncul di Malaysia
dalam pelbagai bentukdan warna, mula dari tengkolok bulu burung dan
baju yang berkulit kayu, hingga kain songket diraja yang antik. Pada
zaman purba, penduduk tempatan memakai pakaian yang diperbuat daripada
kulit kayu dan hias dengan manik. Kain tenunan dan batik Melayu adalahpakaian
yang dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja apabila kedatangan
tamadunlama. Ketibaan pedagang asing telah menjadikan sebab pakaian serta
kain seperti sutera Cina,pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara
ini. Pada masa kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari
India dan cheongsam Cina masih diwarisi dengan kembangbahkan juga etnik-
etnik lain di Malaysia juga mempunyai pakaian mereka sendiri
("pakaiantradisional kaum di malaysia," n.d.).Kemunculan kaum Cina bermula
dengan perkembangan di Melaka yang dijadikan sebagaipusat perdagangan,
seterusnya berkembang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kedatanganmereka
membawa perubahan kepada orang tempatan dari segi adat resam, budaya,
makanan1

dan juga corak pakaian tradisional. Pakaian tradisional seperti Jubah


Labuh, Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih dipakai sampai
sekarang. Cheongsam ini dipakai olehwanita berketurunan Cina semasa
musim Tahun Baru Cina atau pada upacara tertentu sepertimajlis
perkahwinan. Pada zaman dahulu, baju ini dipakai secara labuh namun
sekarangdipakai hingga ke paras lutut. Cheongsam boleh dipakai ketat
dan berbelah di kiri dan kanannya (Fatin Nurathirah, Jasminnur Fatin &
Yusmira Jzreen, n.d.)

You might also like