You are on page 1of 40

000109-06-0948

ABSTRAK
RUMAH IBADAT SEBAGAI WADAH DALAM MEMUPUK INTEGRASI
DALAM KALANGAN PENDUDUK BERAGAMA ISLAM DI TAMAN
EMAS, KUALA LIPIS, PAHANG.

Kajian ini dijalankan di bawah tajuk “Rumah Ibadat Sebagai Wadah Dalam
Memupuk Integrasi Dalam Kalangan Penduduk Beragama Islam Di Taman
Emas”, di Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini mengemukakan tiga objektif. Objektif
pertama ialah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Surau Ar-
Rahman. Objektif kedua ialah mengkaji kesan aktiviti yang dijalankan terhadap
integrasi penduduk beragama Islam di Taman Emas. Objektif yang ketiga ialah
mengkaji langkah yang diambil Ahli Jawatan Kuasa Surau Ar-Rahman dalam
memastikan aktiviti yang dianjurkan mendapat sambutan penduduk Taman Emas.
Kawasan ini terletak 4.6 km dari bandar Kuala Lipis dan 4.1 km dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Clifford. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik
dan temu bual. Sampel kajian ialah 15 lelaki dan 15 perempuan daripada
keseluruhan penduduk Taman Emas. Dapatan dan kesimpulan daripada kajian ini
ialah semua pihak termasuk penduduk Taman Emas dan Ahli Jawatan Kuasa
Surau Ar-Rahman Taman Emas harus bekerjasama dalam memastikan aktiviti
yang dijalankan mendapat sambutan dan surau turut sentiasa diimarahkan.

1
000109-06-0948

ISI KANDUNGAN

Abstrak i

Isi Kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 1-2


1.1 Rasional Kajian 3
1.2 Persoalan Kajian 3
1.3 Objektif Kajian 3
2.0 Lokasi Kajian 4-7
3.0 Metodologi Kajian 8-11
4.0 Dapatan Kajian 11
4.1 Demografi Responden 12-17
4.2 Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh 18-25
Surau Ar-Rahman, Taman Emas, Kuala Lipis, Pahang.
4.3 Mengkaji kesan aktiviti yang dijalankan terhadap integrasi 26-29
penduduk beragam Islam di Taman Emas, Kuala Lipis, Pahang.
4.4 Mengkaji langkah yang diambil Ahli Jawatan Kuasa Surau 30
Ar-Rahman dalam memastikan aktiviti yang dianjurkan mendapat
sambutan penduduk Taman Emas.
5.0 Rumusan dan Kesimpulan 31-32
Rujukan 33
Lampiran 34-37

2
000109-06-0948

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir


sekolah SMK Clifford khasnya Tuan Pengetua SMK Clifford, Encik Mohd Tafri
Bin Amin dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Nilawati Binti Mohd Noori
kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja
kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Cikgu Wan Safinah Binti Wan Ngah selaku guru
Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk
ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya,
saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan
galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk kedua ibu bapa saya yang sangat saya kasihi iaitu Encik Suhaimi
Bin Shafie dan Puan Rohayati Binti Husin dan jutaan terima kasih dirakamkan
kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya, Nur Qurratu ‘Aini Binti Hamidun
dan Chong Hao Yuan serta rakan lain atas kesudian membantu serta memberikan
nasihat. Tidak lupa juga kepada semua responden kerana telah meluangkan masa
menjawab borang soal selidik serta berkongsi maklumat ketika sesi temu bual
dijalankan.
Akhir kata, seikhlas tulus terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjyakan kerja
kursus ini.

3
000109-06-0948

1.0 Pengenalan
Integrasi adalah asas yang mengukuhkan bangsa Malaysia. Menurut Myron
Weiner iaitu seorang saintis politik dalam sebuah laman web bernama
Maxmanroe.com, integrasi adalah proses penyatuan pelbagai kelompok budaya dan
sosial ke dalam satu kesatuan wilayah dan ke arah pembentukan suatu identiti
nasional. Selain itu integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat
berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup,
latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu
entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai
tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. Oleh itu, jelas sekali
bahawa integrasi amat penting dalam satu kelompok masyarakat khususnya di
kawasan kediaman. Pada kebiasaannya, integrasi di kawasan kediaman mampu wujud
dengan sokongan yang diberikan oleh penduduk terhadap sesuatu aktiviti yang
dijalankan oleh Kawan Rukun Tetangga (KRT) .Misalnya seperti aktiviti gotong-
royong, jamuan sempena hari perayaan dan lain-lain lagi.

Kamus Pelajar Edisi Kedua telah menerangkan bahawa surau ialah bangunan yang
lebih kecil daripada masjid tempat orang-orang Islam beribadat seperti
bersembahyang dan belajar agama. Surau kini bukan sahaja difokuskan kepada
tempat beribadat tetapi juga telah menjadi tempat bagi umat Islam stetempat
bermuamalat.Selain itu, surau tidak mempunyai bentuk tetap seperti masjid yang
mempunyai menara dan kubah serta saiz yang lebih besar. Akan tetapi,surau bersaiz
kecil yang hanya mampu memuatkan 60 hingga 80 jemaah pada satu-satu masa. Hal
ini kerana surau pada kebiasaanya dibina di kawasan-kawasan kecil seperti taman
perumahan, sekolah dan institusi pengajian tinggi. Surau memainkan peranan penting
dalam memastikan umat Islam dapat terus beribadat secara berjemaah walaupun
tinggal di kawasan yang tidak mempunyai masjid. Di samping itu, surau juga
berperanan sebagai wadah integrasi sesebuah kaum yang beragama Islam. Akan
tetapi, umat Islam bukan sekadar terdiri daripada bangsa Melayu akan tetapi bangsa
lain seperti Cina dan India turut menganut agama ini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, agama Islam didefinisikan sebagai agama
yang disampaikan oleh Nabi Muhammas SAW. Nabi Muhammad mula menyebarkan
agama Islam ini ketika baginda berumur 40 tahun selepas menerima wahyu yang

4
000109-06-0948

pertama di Gua Hira’ melalui malaikat Jibril.Akan tetapi, baginda mula


menyebarkannya secara terbuka selepas tiga tahun. Hal ini kerana baginda bersama
pengikutnya mendapat tentangan hebat serta terpaksa melalui pelbagai cabaran dalam
usaha menyebarkan agama ini. Hasil usaha Nabi Muhammad SAW bersama
pengikutnya jelas dapat dilihat pada masa kini. Hal ini kerana, walaupun baginda
telah sekian lama wafat agama Islam masih terus disebarkan hingga kini. Buktinya
ialah di Malaysia, majoritinya penduduknya ialah beragama Islam iaitu 64.3%
daripada jumlah keseluruhan. Maka, tidak hairanlah jika lebih banyak tempat ibadat
seperti masjid dan surau dibina berbanding tokong dan kuil di seluruh Malaysia.

Aktiviti-aktiviti am yang dianjurkan di surau bukan sekadar difokuskan kepada


solat berjemaah lima waktu sahaja. Akan tetapi terdapat pelbagai aktiviti yang
menarik yang mampu menarik minat penduduk sekitar untuk sering menyertai aktiviti
yang dianjurkan. Misalnya, sempena bulan Ramadhan, pihak surau akan menyediakan
juadah berbuka serta kudapan selepas selesai menunaikan Solat Terawih untuk
jemaah yang hadir hasil daripada sumbangan orang ramai. Selain itu, ceramah juga
diadakan dengan kerap bagi mengisi kekosongan masa antara waktu Maghrib dan
Isyak. Bukan sekadar itu sahaja, aktiviti gotong-royong turut dilaksanakan dengan
berkala oleh sesetengah surau. Hal ini bagi memastikan bahagian luaran dan dalaman
surau kekal bersih dan selesa untuk kegunaan seharian serta surau tidak terbiar dan
cepat usang.

Surau Taman Emas telah sepenuhnya siap dibina sekitar Februari tahun 2018 serta
telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad.
Surau ini boleh dikatakan agak kecil oleh kerana pihak ahli jawatan kuasa terpaksa
menyediakan khemah tambahan di luar surau bagi memastikan jemaah mempunyai
ruang yang selesa untuk solat berjemaah. Hal ini terjadi pada bulan Ramadhan yang
lalu khususnya kepada golongon wanita oleh kerana ruangan solat wanita lebih kecil
berbanding lelaki. Selain itu,surau ini turut dipasang penyaman udara walaupun hanya
bersaiz kecil. Malahan,surau ini turut mempunyai ruangan makan di bahagian luar
bagi memudahkan jemaah untuk menjamu selera jika jamuan diadakan.Secara
umumnya, surau di Taman Emas ini adalah amat sesuai dengan kapasiti penduduknya
serta amat selesa untuk kegunaan seharian serta kedudukannya juga boleh dikatakan
strategik kerana berada diantara perumahan fasa 1 dan fasa 2.

5
000109-06-0948

1.1 RASIONAL KAJIAN

Rasional saya menjalankan kajian ini adalah kerana saya melihat aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan oleh AJK Surau Ar-Rahman Taman Emas sering mendapat
sambutan penduduk walaupun ketika hari bekerja. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan
juga konsisten dari minggu ke minggu. Ini jelas menunjukkan bahawa AJK surau ini
menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan secara tidak langsung mereka
memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan penduduk
beragama Islam.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan yang timbul iaitu:

i. Apakah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Surau Ar-Rahman,Taman


Emas,Kuala Lipis,Pahang?
ii. Bagaimanakah aktiviti yang diajalankan memberi kesan terhadap integrasi
penduduk di Taman Emas?
iii. Apakah langkah yang dilakukan oleh AJK Surau Ar- Rahman,Taman
Emas,Kuala Lipis,Pahang dalam memastikan setiap aktiviti mendapat
sambutan penduduk?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:

i. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Surau Ar-


Rahman,Taman Emas,Kuala Lipis,Pahang.
ii. Mengkaji kesan aktiviti yang dijalankan terhadap integrasi penduduk
beragama Islam di Taman Emas,Kuala Lipis,Pahang.
iii. Mengkaji langkah yang diambil Ahli Jawatan Kuasa Surau Ar-Rahman dalam
memastikan aktiviti yang dianjurkan mendapat sambutan penduduk Taman
Emas.

6
000109-06-0948

2.0 LOKASI KAJIAN

2.1 Negeri Pahang

Peta 2.1 : Peta Negeri Pahang

(Sumber:http;//maps.google.com)

Pahang terletak di dalam Malaysia. Pahang merupakan negeri terbesar dalam


semenanjung Malaysia serta mempunya populasi kesembilan terbesar. Negeri Pahang
terdiri daripada enam bentuk muka bumi yang berbeza seperti kawasan tanah tinggi,
gua,hutan hujan, tasik, air terjun dan kawasan pinggir laut yang menyebabkannya
menjadi salah satu negeri yang terkenal sebagai pusat pelancongan.

7
000109-06-0948

2.2 : Daerah Kuala Lipis

Peta 2.2 : Peta Daerah Kuala Lipis

(Sumber: http;//maps.google.com)

Kuala Lipis ialah sebuah mukim dan bandar di Lipis, Pahang,


Malaysia dengan penduduk kira-kira 60,000 orang. Pada asalnya Kuala Lipis
merupakan ibu negeri Pahang akan tetapi telah bertukar kepada Kuantan pada tahun
1955.

8
000109-06-0948

2.3 : Taman Emas

Peta 2.3 : Peta Taman Emas

(Sumber: http;//maps.google.com)

Taman Emas terletak di Batu 2,Jalan Lipis/Benta, Kuala Lipis. Taman


perumahan ini mempunyai dua fasa iaitu fasa pertamanya mula dibina sekitar tahun
2009 manakala fasa keduanya mula dibina pada tahun 2015. Eng Han Group
merupakan salah satu syarikat terbesar yang telah membangunkan Taman Emas di
Kuala Lipis, Pahang. Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India.

9
000109-06-0948

2.4 : Surau Ar-Rahman, Taman Emas

Foto 2.0 : Surau Ar-Rahman Taman Emas

Surau ini terletak di perumahan fasa 2 Taman Emas.Selesai sepenuhnya dibina


sekitar Februari tahun 2018. Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hj
Abdul Rahman Bin Hj Mohamad pada tanggal 11 Februari 2018. Surau ini dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan seperti ruang makan, tandas dan ruangan solat yang
berpendingin hawa.

10
000109-06-0948

3.0 METODOLOGI

Pendahuluan

Menurut kamus dewan edisi keempat, metodologi merupakan sistem yang


merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian
atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Ahmad
Mahdzan Ayob (1993:44) menetapkan metodologi sebagai segala langkah atau
prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu
dijalankan mengikut kaedah sains. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan
memastikan teknik- teknik kajian yang dipilih dapat menjamin kajian dapat dilakukan
secara lebih teratur dan teliti dalam semua aspek. Secara umum, kajian ini
menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkan dapatan yang lebih
berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan (library
resarch) dan kajian lapangan (field research). Gabungan kedua-dua bentuk kajian ini
amat sesuai dengan kaedah kajian masa kini yang mementingkan kedua-dua elemen
tersebut.

3.1 Reka Bentuk Kajian


i. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal
selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian
ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik. Maklumat juga boleh
diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat
terlebih dahulu oleh orang lain untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal
selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan
yang ingin dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh Surau Ar-Rahman, Taman Emas, Kuala Lipis, Pahang,
mengkaji kesan aktiviti yang dijalankan terhadap integrasi penduduk di Taman
Emas, Kuala Lipis, Pahang dan mengkaji langkah yang diambil Ahli Jawatan
Kuasa Surau Ar-Rahman dalam memastikan aktiviti yang dianjurkan
mendapat sambutan penduduk Taman Emas.

11
000109-06-0948

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep


yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam
kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan
borang temubual, rujukan dan borang soal selidik.

Kaedah Instrumen kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual,rujukan

3.2.1 Cara mendapatkan responden

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Taman Emas di


Kuala Lipis, Pahang. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada
20 orang lelaki dan 10 orang wanita dari penduduk Taman Emas akan diambil sebagai
responden. Responden terbatas kepada penduduk Taman Emas yang menganut agama
Islam serta mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dilaksanakan.
Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan
teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur
persampelan ini, setiap penduduk Taman Emas, Kuala Lipis, Pahang mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30
orang penduduk, 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara
rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 2 orang
Ahli Jawatan Kuasa Surau Ar-Rahman, Taman Emas akan ditemubual. Selain itu,
kaedah rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri.

12
000109-06-0948

3.2.2 Cara mendapatkan maklumat/data daripada responden

Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang akan
diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik
terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah
mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B adalah berkenaan aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan oleh Surau Ar-Rahman,Taman Emas dan kesannya terhadap
integrasi penduduk beragama Islam di Taman Emas, Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini
menggunakan skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1
= sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3= setuju, 4= sangat setuju.

Sangat tidak setuju 1


Tidak setuju 2

Setuju 3
Sangat setuju 4
Jadual 3.1 : Skala likert 4 aras digunakan

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk
mengkaji langkah yang diambil oleh Ahli Jawatan Kuasa Surau Ar-Rahman, Taman
Emas, Kuala Lipis, Pahang dalam memastikan aktiviti yang dianjurkan mendapat
sambutan penduduk beragama Islam. Di samping itu, pengkaji akan meminta
pendapat responden tentang temubual.

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui


kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk surat khabar, risalah , internet (laman web
rasmi), Kamus Bahasa dan Kamus Dewan Edisi ke-4. Pengkaji telah mencari banyak
perkataan dengan maknanya daripada Kamus Dewan dan Kamus Bahasa sebagai
sokongan hasil kerja.

13
000109-06-0948

3.2.3 Memproses dan mempersembahkan data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk


skala Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan
seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Kategori Tidak setuju Setuju


Tahap 1 2 3 4
mengikut Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat setuju
kategori setuju
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai.
Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.
Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan
jadual.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini menerangkan keputusan


analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada
soal selidik yang telah diisi oleh responden. Dpatan kajian yang diperolehi melalui
kajian ini adalah bilangan responden melalui persempelan responden yang terdiri
daripada penduduk di Taman Emas Fasa 1 dan Fasa 2. Data yang telah dimasukkan
diproses bagi mendapatkan statistik seperti purata, min dan peratus.

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

14
000109-06-0948

4.1.1 Jantina

Jantina Jumlah Peratus (%)


Lelaki 15 50
Perempuan 15 50
Jadual 4.1 : Jantina

Rajah 4.1 : Jantina responden

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian mendapati daripada 30 orang responden, seramai 15 orang (50%)
merupakan lelaki manakala 15 orang (50%) merupakan perempuan. Maklumat yang
lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas. Pengkaji memilih jumlah
responden yang sama dari kedua-dua jantina bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat.

4.1.2 Umur

15
000109-06-0948

Umur (tahun) Jumlah Peratus (%)


15-24 3 10
25-34 2 7
35-44 7 23
45-54 9 30
55 tahun ke atas 9 30
Jadual 4.2 : Umur

Rajah 4.2 : Umur responden

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 3 (10%) responden


berumur 15 hingga 24 tahun, 2 responden berumur 25-34 tahun dan 7 (23%)
responden berumur 35 hingga 44 tahun manakal responden yang berumur 45 hinggan
54 tahun serta yang berumur 55 tahun ke atas masing menunjukkan 9 orang
responden iaitu 30 peratus. Kebanyakan responden berumur 45 tahun dan ke atas, hal
ini kerana pada usia ini mereka mula gemar untuk mengisi masa lapang dengan
pengisian rohani serta bergaul dengan rakan seusia. Mereka juga lebih gemar
menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak surau kerana kebanyakan mereka sudah
bersara dan tidak lagi mempunyai komitmen.

4.1.3 Bangsa

Bangsa Jumlah Peratus (%)


Melayu 28 93

16
000109-06-0948

Cina 2 7
India - -
Lain-lain - -
Jadual 4.3 : Bangsa

Rajah 4.3 : Bangsa responden

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian mendapati 28 (93%) responden adalah berbangsa Melayu dan
hanya 2 (7%) responden berbangsa Cina. Hal ini jelas menunjukkan purata penduduk
di Taman Emas adalah berbangsa Melayu diikuti Cina, India dan lain-lain bangsa.
Oleh itu,hanya rumah ibadat seperti surau sahaja yang dibina di taman ini. Seterusnya,
2 dari responden adalah berbangsa Cina yang pernah mengunjungi surau bagi tujuan
menghadiri jamuan terbuka sempena hari perayaan.

4.1.4 Tempat Tinggal

Tempat tinggal Jumlah Peratus (%)


Taman Emas Fasa 1 17 57
Taman Emas Fasa 2 13 43

17
000109-06-0948

Jadual 4.4 : Tempat Tinggal Responden

Rajah 4.4 : Tempat tinggal responden

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian mendapati 17 (57%) responden tinggal di perumahan fasa 1


manakala 13 (43%) responden tinggal di perumahan fasa 2. Kebanyakan responden
tinggal di fasa 1 kerana pengkaji tinggal di perumahan fasa 1. Hal ini menyebabkan
pengkaji lebih mudah meminta pertolongan jiran terdekat untuk mengisi borang soal
selidik sebagai responden berbanding penduduk di perumahan fasa 2 yang tidak
dikenali dan agak jauh dari rumah pengkaji untuk berjalan kaki.

18
000109-06-0948

4.1.5 Kekarapan responden ke surau dalam seminggu

Kekerapan (seminggu) Jumlah Peratus (%)


1 kali 3 10
2 kali 4 14
3 kali 7 24
4 kali 3 7
5 kali 4 14
6 kali 3 10
7 kali 4 14
Lain-lain 2 7
Jadual 4.5 : Kekerapan ke surau dalam seminggu

Rajah 4.5 : Kekerapan ke surau dalam seminggu

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian menunjukkan kekerapan 3 kali seminggu mendapat jumlah dan
peratus tertinggi iaitu 7 dan 24% masing-masing. Seterusnya,kekerapan 2, 5 dan 7
kali mendapat jumlah dan peratus yang sama iaitu sebanyak 4 kali dan peratusannya
14%. Jumlah dan peratusan kedua terendah ialah 3 kali (10%) jatuh kepada kekerapan
sekali dan 6 kali seminggu. Peratus yang terendah ialah kekerapan 4 kali dan lain-lain
kerapan iaitu hanya merekodkan sebanyak 2 responden (7%). Lain-lain kerapan
ditujukan kepada 2 responden yang berbangsa Cina kerana mereka hanya pergi ke
surau hanya sekali setahun. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk pergi ke

19
000109-06-0948

surau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Maka kajian terhadaap aktiviti yang


dijalankan di surau boleh dikaji.

4.2 Mengkaji aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Surau Ar-Rahman Taman Emas

20
000109-06-0948

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Surau Ar-Rahman Taman Emas adalah


pelbagai. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jenis aktiviti yang dilaksanakan
serta sambutan penduduk terhadap sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Responden
menandakan jawapan di bahagian B yang mengandungi 4 soalan terdiri daripada
soalan a, b, c dan d.Soalan d agak berbeza dengan yang lain kerana responden perlu
menandakan jawapan mengikut pengkelasan skala likert iaitu “Sangat tidak setuju”
untuk skala 1, “Tidak setuju” untuk skala 2, “Setuju” untuk skala 3, “Sangat setuju”
untuk skala 4. Hasil kajian adalah seperti di bawah.

4.2.1 Apakah jenis aktiviti yang dilaksanakan di Surau Ar-Rahman Taman Emas?

Jenis Aktiviti Jumlah Peratus (%)


Solat fardhu/sunat 28 26
berjemaah
Majlis ilmu/kuliah 19 18
Kelas tadarus/hafazan Al- 15 14
Quran
Aktiviti khidmat 8 7
masyarakat
Gotong-royong 20 18
Jamuan/kudapan ringan 18 17
Jadual 4.6 : Jenis aktiviti yang dilaksanakan

21
000109-06-0948

Rajah 4.6 : Jenis aktiviti yang dilaksanakan di Surau Ar-Rahman Taman Emas

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Bagi soalan ini responden bebas untuk menanda lebih dari satu aktiviti yang
dinyatakan.Dapatan hasil kajian mendapati 28 responden memilih solat fardu/sunat
berjemaah sebagai aktiviti utama yang dilaksanakan kerana mendapat peratusan
tertinggi (26%) manakala aktiviti khidmat masyarakat mendapat jumlah dan peratusan
terendah iaitu sebanyak 8 responden (7%). Aktiviti solat fardu dan sunat berjemaah
mendapat peratus tertinggi kerana aktiviti ini merupakan perkara wajib yang perlu
dilaksanakan oleh setiap yang beragama Islam manakala bagi aktiviti khidmat
masyarakat, aktiviti ini pernah dilaksanakan akan tetapi organisasinya masih tidak
berkembang dan aktif kerana kebanyakan penduduk di Taman Emas tidak mengetahui
akan kewujudannyaa.

22
000109-06-0948

4.2.2 Berapakah kekerapan aktiviti dijalankan dalam seminggu di surau?

Kekerapan (seminggu) Jumlah Peratus


1 kali 2 7
2 kali 1 3
3 kali 10 33
4 kali 9 30
5 kali 8 27
6 kali - -
7 kali - -
Jadual 4.7 : Kekerapan aktiviti dijalankan dalam seminggu

Rajah 4.7 : Kekerapan aktiviti dilaksanakan dalam seminggu

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian menunjukkan 2 (7%) responden memilih 1 kali dan hanya 1
(3%) responden memilih 2 kali. Akan tetapi bagi 3, 4 dan 5 kali masing-masing
mencatatkan jumlah dan peratus yang tertinggi. Paling tinggi ialah 3 kali iaitu 10
(33%) responden, seterusnya diikuti oleh 4 kali iaitu 9 (30%) responden dan yang
paling rendah di antara 3 ini ialah 5 kali iaitu 8 (27%) responden memilihnya. Ini
menunjukkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali aktiviti dilaksanakan di surau
dalam seminggu. Walau bagaimanapun, kekerapan aktiviti dilaksanakan dalam
seminggu tidak dapat ditetapkan oleh kerana kebanyakan responden tidak pergi ke
surau hampir setiap hari.

23
000109-06-0948

4.2.3 Adakah anda dimaklumkan dengan lebih awal mengenai sesuatu aktiviti yang akan
dilaksanakan di surau?
YA/TIDAK Jumlah Peratus (%)

24
000109-06-0948

YA 23 88
TIDAK 7 12
Jadual 4.8 : Jumlah responden yang dimaklumkan dan tidak dimaklumkan

Rajah 4.8 : Peratus responden yang memilih “YA” dan “TIDAK”

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Dapatan hasil kajian menunujukkan majoroti responden bersetuju dengan


menandakan pada kotak “YA” bahawa mereka dimaklumkan dengan lebih awal
mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan dengan 23 (88%) responden memilih “YA”
manakala jumlah dan peratus yang menanda kotak “TIDAK” hanyalah 7 (12%)
responden. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa Ahli Jawatan Kuasa surau sangat
memainkan peranan dalam memastikan sebarang aktiviti yang dijalankan mendapat
sambutan dan sentiasa diketahui penduduk. Sealin itu, Ahli Jawatan Kuasa turut aktif
dalam menyumbang idea bagi memastikan surau sentiasa diimarahkan dengan
aktiviti-aktiviti yang mendatangkan faedah.

4.2.4 Mengkaji aktiviti yang sering mendapat sambutan penduduk Taman Emas

Aktiviti Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat setuju Min


setuju (2) (3) (4)

25
000109-06-0948

(1)
Jumlah (%) Jumlah (%) Jumlah (%) Jumlah (%)
1. Solat - - - - 10 33.33 20 66.67 3.67
fardu/sunat
berjemaah
2. Majlis - - - - 12 40.00 18 60.00 3.60
ilmu/kuliah
3. Kelas - - 6 20.00 20 66.67 4 13.33 2.93
tadarus
/hafazan Al-
Quran
4. Aktiviti 9 30.00 10 33.33 7 23.33 4 13.33 2.20
khidmat
masyarakat
5. Gotong- - - - - 13 43.33 17 56.67 3.57
royong
6. Jamuan/ - - - - 15 50.00 15 50.00 3.50
kudapan
ringan
Jadual 4.9 : Aktiviti yang sering mendapat sambutan penduduk Taman Emas

Rajah 4.9 : Min aktiviti yang sering mendapat sambutan penduduk Taman
Emas

26
000109-06-0948

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Responden telah disediakan dengan 6 pilihan bagi aktiviti yang sering dijalankan di
Surau Ar-Rahman Taman Emas dan responden dikehendaki memilih aktiviti yang
sering mendapat sambutan dari penduduk mengikut skala likert. Jadual 8 dan rajah 8
menunjukkan aktiviti yang sering mendapat sambutan dari penduduk Taman Emas.
Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pengkaji,bagi aktiviti pertama iaitu solat fardu
dan sunat berjemaah, seramai 10 orang (33.33%) memilih setuju dan 20 orang
(66.67%) memilih sangat setuju. Oleh itu, min bagi aktiviti ini ialah 3.67 yang
menunjukkan kebanyakan responden memilih setuju. Kebanyakan responden memilih
sangat setuju kerana solat fardu merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan
oleh penganut agama Islam mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan setiap hari
berbeza dengan aktiviti lain seperti majlis ilmu yang dihukumkan sunat sahaja untuk
melakukannya.

Aktiviti kedua ialah majlis ilmu dan kuliah.Seramai 12 orang (40%) memilih
setuju dan 18 orang (60%) memilih sangat setuju. Maka min bagi aktiviti ini ialah
3.60 iaitu rata-rata penduduk sangat setuju aktiviti ini selalu mendapat sambutan. Ini
menunjukkan aktiviti ini menarik minat penduduk untuk menyertainya serta aktiviti
ini juga kerap dilakukan sehingga adakalanya dilakukan sebanyak 2 kali sehari pada
hujung minggu. Contoh majlis ilmu ialah ceramah sempena peristiwa-peristiwa
penting dalam kalendar Islam iaitu ceramah sempena Israk Mikraj serta kuliah-kuliah
selepas solat fardu seperti kuliah Subuh dan Maghrib.

Aktiviti ketiga ialah kelas tadarus daan hafazan Al-Quran. Seramai 6 orang
(20%) memilih tidak setuju manakala seramai 20 orang (66.67%) memilih setuju dan
4 orang (13.33) memilih sangat setuju. Min bagi aktiviti ini ialah 2.93,ini
menunjukkan kebanyakan penduduk memilih setuju. Bagi aktiviti ini,terdapat seramai
6 orang memilih tidak setuju kerana pada kebiasaanya aktiviti ini dijalankan pada
waktu pagi ketika waktu bekerja. Oleh itu, kebanyakan penduduk tidak dapat
menghadiri aktiviti ini.

Aktiviti keempat ialah mengenai aktiviti khidmat masyarakat. Seramai 9 orang


(30%) memilih sangat tidak setuju diikuti seramai 10 orang (33.33%) memilih tidak
setuju. Seterusnya, seramai 7 orang (23.33%) memilih setuju dan hanya 4 orang
(13.33%) memilih sangat setuju. Min bagi aktiviti ini ialah 2.20, ini menunjukkan

27
000109-06-0948

kebanyakan penduduk tidak bersetuju aktiviti khidamat masyarakat jarang mendapat


sambutan dari penduduk. Ini berkemungkinan kerana aktivit ini jarang dilakukan serta
tidak dihebahkan kepada penduduk secara meluas.

Seterusnya bagi aktiviti kelima ialah gotong-royong, seramai 13 orang


(43.33%) memilih setuju manakala bagi sangat setuju, seramai 17 orang (56.67%)
memilihnya. Min bagi aktiviti ini ialah 3.57 iaitu min kedua terbesar berbanding min
bagi aktiviti lain. Ini menunjukkan lebih separuh daripada penduduk memilih sangat
setuju bagi sambutan penduduk terhadap aktiviti gotong-royong. Kesan positifnya
ialah persekitaran dan dalaman surau kekal bersih dan selesa digunakan penduduk
serta lebih ramai penduduk yang akan mengimarahkan surau dari hari ke hari.

Aktivti terakhir ialah jamuan dan kudapan ringan. Seramai 15 orang (50%)
memilih setuju dan selebihnya (50%) memilih sangat setuju. Min bagi aktiviti ini
ialah 3.50 dan ini menjelaskan bahawa semua penduduk sangat bersetuju bahawa
aktiviti ini sering mendapat sambutan penduduk. Apa yang dapat diperhatikan ialah
jamuan ataupun kudapan ringan yang selalu dihidangkan selepas usai solat Isyak telah
berjaya menarik minat kanak-kanak dan golongan tua khususnya untuk ke surau pada
sebelah malam.

4.3 Mengkaji kesan aktiviti yang dilaksanakan di surau terhadap integrasi


penduduk Taman Emas

Kesan-kesan aktiviti yang dilaksanakan di surau terhadap integrasi penduduk Taman


Emas adalah pelbagai. Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat kesan-kesan
aktivti yang dilaksanakan terhadap integrasi penduduk Taman Emas. Responden
dikehendaki menanda jawapan pada borang soal selidik pada tempat kosong yang
disediakan iaitu “Sangat tidak setuju” untuk skala 1, “Tidak setuju” bagi skala 2
manakala “Setuju” bagi skala 3 dan “Sangat setuju” bagi skala 4.

Kesan-kesan Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat setuju Min


setuju (2) (3) (4)
(1)
Jumlah (%) Jumlah (%) Jumlah (%) Jumlah (%)
1. Menghubungkan - - 2 6.67 26 86.67 2 6.67 3
penduduk

28
000109-06-0948

perumahan fasa 1
dan fasa 2.
2. Memupuk nilai- - - 3 10 20 66.67 7 23.33 3.13
nilai murni dalam
diri penduduk.
3. Membantu - - - - 27 90 3 10 3.1
dalam membina
masyarakat yang
berilmu,beriman
dan beramal.
4. Penduduk berasa 5 16.67 7 23.33 12 40 6 20 2.63
tanggungjawab
terhadap
kebersihan surau
5. Menyedarkan 5 16.67 16 53.33 9 30 - - 2.13
penduduk
mengenai
kepentingan
berkhidmat kepada
masyarakat.
6. Suasana harmoni - - - - 20 66.67 10 33.33 3.33
dapat diwujudkan
dan dikekalkan.
Jadual 4.10 : Kesan-kesan aktiviti yang dilaksanakan di surau terhadap
integrasi penduduk Taman Emas

29
000109-06-0948

Rajah 4.10 : Min kesan aktiviti terhadap integrasi penduduk Taman Emas

(Sumber kajian : Kajian Lapangan,2019)

Responden telah disediakan dengan 8 kesan daripada aktiviti yang


dilaksanakan terhadap integrasi penduduk Taman Emas dalam borang soal selidik
yang di sediakan pada bahagian C.Jadual 4.10 dan Rajah 4.10 telah menunjukkan
kesan-kesan aktiviti yang telah dilaksanakan terhadap integrasi penduduk Taman
Emas.Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pengkaji, bagi kesan 1 iaitu
menghubungkan penduduk perumahan fasa 1 dan fasa 2,seramai 2 orang (6.67%)
memilih tidak setuju manakala bagi setuju dan sangat setuju masing-masing dipilih
sebanyak 26 (86.67%) dan 2 (6.67%) oleh responden. Min bagi kesan ini ialah 3, ini
menunjukkan kebanyakan bersetuju bahawa aktiviti ini telah menghubungkan
penduduk di fasa 1 dan fasa 2. Aktiviti yang dijalankan telah berjaya mengeratkan
penduduk Fasa 1 dan Fasa 2 kerana melalui aktiviti ini penduduk dapat berkumpul
dan meluangkan masa bersama-sama di bawah bumbung yang sama serta berkenal-
kenalan berbeza dengan keadaan sebelum wujudnya surau tersebut.

Kesan kedua ialah memupuk nilai-nilai murni dalam diri penduduk. Seramai 3
(10%) orang tidak bersetuju tetapi bagi bersetuju, seramai 20 (66.67%) orang
memilihnya dan 7 (23.33%) memilih sangat setuju. Maka, min bagi kesan ini ialah
3.13 iaitu majoriti bersetuju bahawa nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam diri apabila

30
000109-06-0948

menyertai aktiviti di surau. Misalnya nilai bekerjasama jelas dapat dilihat dalam diri
penduduk apabila mengendalikan sesuatu majlis yang besar seperti jamuan sempena
Hari Raya Aidiladha di mana penduduk bekerjasama ketika menyembelih lembu dan
kambing serta bersama-sama melapah daging tersebut.

Kesan yang ketiga ialah membantu penduduk membina masyarakat yang


berilmu, beriman dan beramal. Seramai 27 (90%) penduduk memilih sesutuju dan
hanya 3 (10%) penduduk memilih sangat setuju. Min bagi kesan ini ialah 3.1, ini
menjelaskan bahawa purata penduduk bersetuju dengan kesan ini kerana lebih ramai
kanak-kanak serta remaja berminat untuk menghadiri sebarang aktiviti di surau seperti
majlis ilmu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menguatkan keimanan diri.

Kesan yang keempat ialah penduduk akan berasa bertanggungjawab terhadap


kebersihan surau.Seramai 5 (16.67%) orang sangat tidak bersetuju dan 7 (23.33%)
orang tidak bersetuju terhadap kesan ini manakala bagi setuju dan sangat setuju
masing-masing dipilih seramai 12 (40%) orang dan 6 (20%) orang. Min bagi kesan ini
ialah 2.63 iaitu kebanyakan penduduk memilih setuju bahawa penduduk akan lebih
bertanggungjawab terhadap kebersihan surau. Kesannya, kebersihan surau sentiasa
terpelihara kerana penduduk yang menggunakan surau sering bergotong-royong
membersihkan surau serta penduduk juga ingin berasa selesa apabila duduk di dalam
surau.

Kesan yang kelima ialah menyedarkan penduduk mengenai kepentingan


berkhidmat kepada masyarakat. Hanya 9 (30%) orang bersetuju dan selebihnya
memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju. Bagi sangat tidak setuju, seramai 5
(16.67%) memilihnya manakala bagi sangat tidak setuju seramai 16 (53.33%)
memilihnya. Min bagi kesan ini adalah yang paling rendah dengan merekodkan 2.13,
ini menjelaskan bahawa majoriti tidak bersetuju dengan kesan ini. Hal ini berlaku
kerana aktiviti ini tidak dijalankan dengan kerap dan kebanyakan penduduk tidak tahu
mengenainya.

Kesan yang terakhir ialah suasana harmoni dapat diwujudkan dan dikekalkan.
Seramai 20 (66.67%) orang bersetuju dan 10 (33.33%) orang sangat setuju. Min bagi
kesan ini adalah yang paling tinggi iaitu 3.33. Ini membuktikan hampir keseluruhan
penduduk bersetuju bahawa suasana harmoni dapat diwujudkan dan dikekalkan

31
000109-06-0948

kerana tiada berlakunya pergaduhan dan permusuhan sesama jiran malah setiap
penduduk hidup aman dan damai.

4.4 MENGKAJI LANGKAH YANG DIAMBIL AHLI JAWATANKUASA


SURAU DALAM MEMASTIKAN AKTIVITI YANG DIANJURKAN
MENDAPAT SAMBUTAN

Melalui temu bual yang telah dijalankan, beberapa soalan telah diajukan
kepada dua orang Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rahman Taman Emas untuk mengkaji
langkah yang dilaksanakan mereka dalam memastikan setiap aktiviti yang
dilaksanakan mendapat sambutan dan sokongan dari penduduk. Bagi soalan pertama
iaitu adakah organisasi Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rahman menjalankan tugas
masing-masing dengan baik ?, kedua-dua responden bersepakat bahawa setiap ahli
memainkan peranan dan cekap menjalankan tugas. Antara sebab mereka berkata

32
000109-06-0948

sedemikian ialah bagi setiap aktiviti yang dirancang, setiap ajk ditugaskan pada
bahagian-bahagian khusus. Contohnya bagi majlis ilmu atau kuliah yang menjemput
penceramah dari luar, ajk tersebut akan sentiasa berhubung dengan penceramah untuk
memastikan kehadiran dan jika pencermah tidak dapat hadir, ajk akan terus mencari
penceramah lain untuk menggantikannya.

Seterusnya mengenai soalan apakah langkah yang diambil supaya


sebarang aktiviti yang dilaksanakan mendapat sambutan dari penduduk?. Menurut
reponden, terdapat beberapa langkah telah dilakukan seperti penggunaan media
massa. Bagi setiap aktiviti yang akan dilaksanakan, ajk akan segera memaklumkan di
dalam ‘group Whatsapp’ penduduk Taman Emas. Selain itu, ajk juga akan memilih
hari-hari yang tertentu seperti pada hari minggu. Hal ini kerana kebanyakan penduduk
lebih berkelapangan berbanding pada hari bekerja. Di samping itu, jamuan secara
kecil-kecilan juga disediakan selepas selesai aktiviti dijalankan, perkara ini juga dapat
menaikkan semangat penduduk untuk sentiasa menyertai sebarang aktiviti yang
dianjurkan.

Mengenai soalan ketiga iaitu adakah langkah-langkah yang dilaksanakan


ini berkesan?, kedua-dua responden bersetuju mengatakan langkah ini berkesan pada
waktu ini. Hal ini kerana setiap malam suasana surau sentiasa kelihatan meriah
dipenuhi penduduk dari pelbagai lapisan umur tidak mengira jantina. Di samping itu,
responden juga mengatakan sumbangan yang diberikan kepada surau tidak pernah
putus, perkara ini sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan aktiviti yang
dirancang dari semasa ke semasa.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh


Surau Ar-Rahman, Taman Emas. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesan
aktiviti yang dijalankan terhadap integrasi penduduk beragam Islam di Taman Emas
serta mengkaji langkah yang diambil oleh Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rahman
Taman Emas dalam memastikan setiap aktiviti yang dianjurkan mendapat sambutan
dari penduduk.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Taman Emas


mempunyai pilihan yang berbeza terhadap jenis aktiviti yang dilkasankan di Surau
Ar-Rahman Taman Emas.

33
000109-06-0948

Aktiviti solat fardu dan solat sunat berjemaah merupakan aktiviti yang
paling mendapat sambutan diikuti oleh aktiviti majlis ilmu atau kuliah. Ini berlaku
kerana solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh orang beragama
Islam serta majlis ilmu adalah aktiviti biasa yang dilakukan oleh mana-mana masjid
dan surau. Manakala bagi aktiviti gotong-royong dan jamuan, kedua-duanya
merekodkan tahap memuaskan tetapi bagi aktiviti kelas tadarus Al-Quran dan
khidmat masyarakat, kedua-duanya mencatatkan jumlah yang paling rendah.

Seterusnya, kajian menunjukkan kesan-kesan aktiviti yang dilakukan terhadap


integrasi penduduk Taman Emas.Hampir kesemua penduduk bersetuju bahawa
aktiviti surau telah menghubungkan penduduk perumahan fasa 1 dan fasa 2, ini
kerana kedudukan surau yang terletak di kawasan perumahan fasa 2, begitu juga
dengan kesan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri penduduk. Ini dapat
mengwujudkan masyarakat yang lebih bertoleransi,hormat-menghormati dan kasih-
mengasihi antara satu sama lain. Selain itu, penduduk juga bersetuju dengan kesan
daripada aktiviti surau ialah dapat membina masyarakat yang berimu,beriman dan
beramal. Masyarakat yang berilmu dapat mengawal seseorang daripada melakukan
perkara di luar batasan. Seterusnya, terdapat peningkatan dalam peratusan penduduk
sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi kesan penduduk berasa bertanggungjawab
terhadap kebersihan surau tetapi majoriti penduduk masih bersetuju. Walau
bagaimanapun kesan aktiviti surau bagi menyedarkan penduduk mengenai
kepentingan berkhidmat kepada masyarakat, majoriti penduduk tidak bersetuju
dengan kesan ini. Kesan terakhir iaitu suasana harmoni dapat diwujudkan dan
dikekalkan, kebanyakan penduduk bersetuju sepenuhnya.

Akhir sekali, apa yang boleh dirumuskan dalam kajian mengkaji langkah yang
dilakukan AJK surau dalam memastikan aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan
penduduk ialah setiap organisasi yang dibina mestilah berfungsi dengan setiap ahli
memainkan peranan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Selain
itu, AJK surau juga perlu bijak dalam menarik perhatian penduduk untuk menyertai
aktiviti yang dianjurkan dengan mempelbagaikan cara dan menawarkan ganjaran
seperti jamuan ringan selepas selesai mendengar kuliah dapat mengelakkan penduduk
berasa jemu.

34
000109-06-0948

Kajian ini mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Walau bagaimanapun,
kajian yang lebih mendalam dan skop yang lebih luas pada masa hadapan amatlah
dialu-alukan agar hasil lebih terperinci berkenaan denagan objektif kajian dapat
dihasilkan.

Rujukan
a) Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
b) Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua, 2008, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
c) TN HJ MD Lasa Bin Yahya, Sumayah Maisarah & Sara Fieya_(2019) Nota
Minda & Lembaran Praktis Pengajian Am STPM (Semester 2) Selangor Local
Publications(M) Sdn Bhd.

35
000109-06-0948

Lampiran 1
SMK CLIFFORD

BORANG SOAL SELIDIK INI MENGENAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN


SURAU AR-RAHMAN TAMAN EMAS DAN KESAN TERHADAP
INTEGRASI PENDUDUK BERAGAMA ISLAM

36
000109-06-0948

Kepada responden yang dihormati diharapkan kerjasama dari pihak anda agar dapat
meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan di bawah.Sila tanda dalam
ruangan ( ) yang berkenaan.
BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN
1. Jantina : Lelaki
Perempuan

2. Umur : 15-24 tahun


25-34 tahun
35-44 tahun
45-54 tahun
55 tahun ke atas

3. Bangsa : Melayu
Cina
India
Lain-lain

4. Tempat tinggal : Taman Emas Fasa 1


Taman Emas Fasa 2

5. Kekerapan ke surau dalam seminggu : Sekali


Dua kali
Tiga kali
Empat kali
Lima kali
Enam kali
Tujuh kali
BAHAGIAN B : AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN SURAU AR-RAHMAN TAMAN
EMAS
a) Apakah jenis aktiviti yang dilaksanakan di Surau Ar-Rahman Taman Emas?

Solat fardu/sunat berjemaah


Majlis ilmu/kuliah
Kelas tadarus/hafazan Al-
Quran
Aktiviti khidmat masyarakat
Gotong-royong
Jamuan/kudapan ringan

b) Berapakan kekerapan aktiviti dijalankan dalam seminggu di surau?

37
000109-06-0948

1 kali
2 kali
3 kali
4 kali
5 kali
6 kali
7 kali
c) Adakah anda dimaklumkan dengan lebih awal mengenai sesuatu aktiviti yang akan
dilaksanakan di Surau Ar-Rahman Taman Emas?

YA
TIDAK

d) Aktiviti ini sering mendapat sambutan dari penduduk Taman Emas


No. Aktiviti Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak setuju setuju
setuju
1 Solat fardu/sunat
bejemaah
2 Majlis ilmu/kuliah
3 Kelas
tadarus/hafazan Al-
Quran
4 Aktiviti khidmat
masyarakat
5 Gotong-royong
6 Jamuan/kudapan
ringan

BAHAGIAN C
Kesan-kesan aktiviti yang dilaksanakan terhadap integrasi penduduk Taman Emas
No. Perkara Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak setuju setuju
setuju
1. Menghubungkan
penduduk perumahan
fasa 1 dan fasa 2.
2. Memupuk nilai-nilai
murni dalam diri
penduduk.
3. Membantu dalam
membina masyarakat

38
000109-06-0948

yang berilmu,beriman
dan beramal.
4. Penduduk berasa
tanggungjawab
terhadap kebersihan
surau
5. Menyedarkan
penduduk mengenai
kepentingan
berkhidmat kepada
masyarakat
6. Suasana harmoni
dapat diwujudkan dan
dikekalkan.

Kerjasama dari pihak anda amat saya hargai.


Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Lampiran 2

TAJUK : RUMAH IBADAT SEBAGAI WADAH DALAM MEMUPUK


INTEGRASI DALAM KALANGAN PENDUDUK BERAGAMA ISLAM DI
TAMAN EMAS, KUALA LIPIS, PAHANG.
BORANG TEMU BUAL
Tarikh :
Masa :
Umur :
Jantina :

39
000109-06-0948

Langkah-langkah yang diambil Ahli Jawatan Kuasa Surau Ar-Rahman dalam


memastikan aktiviti yang dianjurkan mendapat sambutan penduduk Taman
Emas.

1. Adakah organisasi Ahli Jawatan Kuasa Surau Ar-Rahman menjalankan tugas


masing-masing dengan baik ?
2. Apakah langkah yang diambil supaya sebarang aktiviti yang dilaksanakan
mendapat sambutan dari penduduk?.
3. Adakah langkah-langkah yang dilaksanakan ini berkesan?

40

You might also like