You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA 'SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel ¥803-8886 9302 FEDERAL. GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE 162604 PUTRAJAYA Foks : +603-8888 6680 MALAYSIA, Website: htpuiwwu.moe.gov.my! KPM.600-1/6/24 Jid. 7 (20 ) (6 Januari 2018 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, PELAKSANAAN ENAM (6) AKTIVIT! PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH DI BAWAH DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan minit Mesyuarat Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bil.2/2017 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memberi penekanan terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulum di sekolah bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selaras dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk melahirkan modal insan secara holistik yang tidak hanya tertumpu kepada kejayaan akademik semata-mata, maka Dasar 1Murid 4Sukan yang mewajibkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang- kurangnya satu aktiviti sukan adalah langkah yang wajar dalam membina kesihatan, sahsiah, kesejahteraan dan membangunkan potensi sukan dalam kalangan murid di sekolah 3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan MSSM yang terdiri daripada semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri menyokong hasrat bahawa aktiviti sukan sekolah akan lebih berdaya saing sekiranya setiap sekolah dapat memastikan pelaksanaan sekurang-kurangnya enam (6) aktiviti utama sukan sepanjang tahun seperti berikut: 3.1 Latihan dan Pertandingan Merentas Desa, 3.2 Sukantara, 3.3 Latihan dan Kejohanan Balapan dan Padang, 3.4 Latihan dan Pertandingan Antara Rumah Sukan, 3.5 Latihan dan Pertandingan Antara Kelas, dan 3.6 _Latihan dan Persediaan Pasukan Sekolah. 4. Pelaksanaan aktiviti sukan ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti fizikal khususnya sukan di samping memberi perhatian terhadap kecergasan dan kesthatan murid di peringkat_akar umbi Kandungan surat ini adalah sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16 Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) bertarikh 1 Disember 2010 dan Surat Siaran KPM Bilangan 16 Tahun 2014: Penganjuran Program/Aktiviti Sukan Tahunan/Kejohanan Olahraga di Sekolah-sekolah di Bawah Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) bertarikh 18 Disember 2014, yang mewajibkan pihak sekolah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti sukan. 5. Pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memaklumkan kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” cK HAJI AMINUDIN BIN ADAM Timbalan KetrePéngarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia sk 1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 3. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan 4. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 5. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional 6. Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian 7. Pengarah Bahagian Swasta 8. Pengarah Bahagian Sukan 9. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas

You might also like