You are on page 1of 3

     Memang tidak dinafikan, menjaga alam sekitar merupakan

tanggungjawab semua. Justeru, kita perlu berganding bahu untuk


menjaga kebersihan alam sekitar demi kesejahteraan hidup.  

      Usaha pertama ialah membuang sampah ke dalam tong sampah.


Sekiranya kita membuang sampah ke dalam tong sampah, pastilah alam
sekitar akan bersih dan kesihatan kita terjamin makhluk perosak seperti
lalat, tikus atau nyamuk yang boleh membawa pelbagai penyakit tidak
dapat membiak.   Manakala orang yang membuang sampah merata-rata
boleh dikenakan denda sebagai pengajaran,

      Selain itu, usaha mengadakan gotong-royong juga dapat menjamin


keindahan alam sekitar.  Masyarakat  boleh mengadakan gotong-royong
pada pada hari cuti umum. Jika kita mengadakan aktiviti
bergotong-royong, bukan sahaja alam sekitar terpelihara malah
hubungan silaturahim juga dapat dipererat.

      Seterusnya, menanam pokok di kawasan persekitaran seperti taman


perumahan atau taman rekreasi  juga dapat mengindahkan alam sekitar.
Antara pokok yang boleh ditanam ialah pokok kelapa, pokok rambutan,
dan pokok bunga. Udara juga menjadi segar kerana tumbuh-tumbuhan
menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen.  

      Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha menjaga


keindahan alam sekitar supaya negara akan sentiasa bersih bak kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 

You might also like