You are on page 1of 1

2018 BCL-KKPP

MODUL ULANGKAJI SPM – BUKU CATATAN PERTAMA – PERCUBAAN SPM KEDAH 2018

Encik Razlan memulakan perniagaan Zlan Motor Enterprise yang menjual alat ganti motosikal pada
1 Januari 2018 dengan aset-aset berikut:

RM
Tunai 800
Bank 57 000
Perabot 18 000
Kenderaan 35 000

Berikut ialah urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Januari 2018 :

Jan 2 Membeli komputer RM3 650 dengan cek daripada Ezy Computer.

5 Mengeluarkan wang daripada bank RM1 500 untuk kegunaan perniagaan.

8 Belian barang niaga secara kredit RM3 540 daripada Jonah Trading.

10 Menerima nota kredit daripada Jonah Trading kerana barang yang rosak

dipulangkan bernilai RM570.

15 Mengambil barang niaga berkos RM996 untuk tujuan promosi.

17 Jualan barang niaga secara kredit RM4 635 kepada Kedai Fizi.

20 Membayar belanja utiliti dengan tunai RM505.

22 Belian barang niaga secara kredit RM2 276 daripada Perniagaan Semarak.

24 Menghantar nota debit kepada Kedai Fizi kerana invois jualan pada 17 Januari

2018 terkurang caj sebanyak RM515.

26 Membayar semua hutang dengan cek kepada Jonah Trading.

27 Menerima bayaran penuh hutang daripada Kedai Fizi setelah memberi diskaun
RM210.
28 Mengeluarkan cek bernilai RM180 untuk bayaran insurans hayat peribadi.

29 Menerima komisen dengan tunai RM250.

31 Membayar gaji pekerja dengan cek RM1 500.

Berdasarkan maklumat urus niaga di atas, anda dikehendaki merekodkannya ke dalam:


a) Jurnal Am.
b) Jurnal Khas (tidak termasuk jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai).
c) Buku Tunai.

10

You might also like