You are on page 1of 3

4.

0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA

PENDUDUK KAMPUNG PISANG LAHAD DATU PADA TAHUN 1983

HINGGA TAHUN 2015.

Pada asalnya telefon bimbit dicipta untuk membuat panggilan semasa

tmemandu kereta. Penciptaan telefon bimbit yang semakin berkembang iaitu daripada

rangkaian 1G kepada 2G kemudian 3G dan kini 4G telah menjadikan banyak fungsi

dalam sebuah telefon bimbit. Perkembangan telefon bimbit dari tahun 1983 hingga

tahun 2015 memberikan banyak kepentingan kepada penduduk di Kampung Pisang.

Salah satu kepentingan utama telefon bimbit ialah membuat panggilan telefon.

Dengan adanya telefon bimbit, seseorang itu boleh membuat panggilan telefon pada

bila-bila masa dan di mana sahaja. Mereka tidak perlu pergi ke bandar semata-mata

ingin membuat pangilan telefon dengan menggunakan telefon awam. Malahan,

seseorang itu tidak perlu beratur panjang menunggu giliran membuat panggilan

telefon. Tambahan pula, dengan adanya telefon bimbit, penduduk Kapung Pisang

dapat menghubungi keluarga dan saudara mara mereka yang berjauhan untuk

bertanyakan khabar.

Selain itu, kepentingan telefon bimbit kepada penduduk Kampung Pisang

ialah boleh dijadikan sebagai alat untuk mencari maklumat. Sejak terciptanya

rangkaian selular 3G, Masyarakat zaman sekarang memerlukan internet untuk

mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Dengan adanya

kemudahan internet ini, penduduk Kampung Pisang mudah untuk mengetahui

pelbagai isu-isu semasa yang berlaku sama ada di dalam atau luar negara. Pada masa

yang sama, penduduk Kampung Pisang juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk

menyelesaikan pelbagai urusan tertentu seperti membayar bil dan urusan perbankkan.
Mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke bandar semata-mata untuk

menyelesaikan pembayaran bil mereka. Mereka hanya perlu memuat turun aplikasi

yang sedia ada di dalam telefon bimbit mereka dan melakukan pembayaran dengan

segera.

Seterusnya, telefon bimbit juga dapat dijadikan sebagai alat perbincangan atas

talian. Sejak wujudnya aplikasi seperti whatsapp dan telegram, guru-guru dan pelajar

mudah untuk berbincang melalui telefon bimbit sahaja. Mereka tidak perlu lagi pergi

ke rumah guru ataupun rakan-rakan untuk membuat perbincangan bersama-sama

kerana melalui aplikasi ini, mereka boleh menghantar gambar dan video akan perkara

yang ingin dibincangkan. Tambahan pula, mereka tidak perlu menghubungi seorang

demi seorang kerana melalui aplikasi tersebut, kumpulan perbincangan dapat

ditubuhkan untuk berbincang secara beramai-ramai.

Di samping itu, telefon bimbit bimbit juga penting kerana telefon bimbit dapat

dijadikan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dengan cepat. Sebelum

terciptanya telefon bimbit, segala maklumat seperti surat tawaran, borang makluman

akan disampaikan melalui pejabat pos atau mengirim surat tersebut melalui seseorang.

Perkara ini akan memakan masa yang lebih lama untuk surat tersebut sampai kepada

penerima. Dengan adanya telefon bimbit yang dilengkapi dengan pelbagai

kecanggihan, pelbagai maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat. Aplikasi

yang sering digunakan dalam mengirim utusan seperti itu adalah e-mail. Pengirim

hanya perlu menghantar maklumat tersebut kemudian penerima akan menerima

maklumat tersebut sejurus pengirim menghantarnya. Selain itu, maklumat seperti isu-

isu semasa juga tersebar dengan pantas dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Perkara ini hanya memerlukan seseorang untuk memuat naik maklumat tersebut
melalui laman sosial kemudian orang lain yang menggunakan laman sosial tersebut

akan melihatnya.

Mendapatkan perkhidmatan segera- grab

You might also like