You are on page 1of 3

Untuk pembangunan kerjaya, guru cekap seharusnya membudayakan

amalan inovasi dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan. Syed Ismail


Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2010) menyatakan bahawa pada peringkat
ini guru memberikan fokus kepada pembelajaran murid. Guru cekap mempunyai
komitmen terhadap penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid menggunakan
kemahiran yang dimiliki. Menurut Omar Abdull Kareem dan Khuan Wai Bing (2005),
salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran guru cekap adalah menerusi
pembudayaan inovasi. Dengan kata lain, guru melakukan inovasi terhadap amalan
pedagogi seperti penggunaan sumber pembelajaran dan alat bantu mengajar.
Melalui pembudayaan inovasi, guru cekap dapat mengatasi permasalahan yang
dihadapi oleh murid ketika proses  pembelajaran dan pemudahcaraan berlangsung.
Dalam pembudayaan inovasi, guru cekap perlu menghadiri bengkel-bengkel inovasi
untuk meningkatkan pengetahuan tentang inovasi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan. Menerusi pembudayaan inovasi, guru dapat mempertandingkan
inovasi yang dihasilkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan agar inovasi
tersebut dapat digunakan secara meluas. Meskipun pembudayaan inovasi
meningkatkan profesionalisme guru, masih terdapat sesetengah guru yang jarang
melaksanakan inovasi untuk meningkatkan kemahiran mereka. Perkara ini
bertepatan Azhari Mariani dan Zaleha Ismail (2013) yang menyatakan bahawa
terdapat guru di Malaysia yang kurang mengamalkan inovasi dalam pelaksanaan
proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Konklusinya, budaya inovasi dalam
kalangan guru adalah perlu untuk meningkatkan profesionalisme guru.

Peringkat keempat perkembangan guru ialah peringkat guru mahir. Pada


peringkat ini, guru telah mahir dalam bidangnya. Syed Ismail Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Miskon (2013) berpendapat bahawa guru pakar adalah golongan guru
yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam mata pelajaran atau
bidang pengkhususan masing-masing.  Guru perlulah menerapkan nilai murni dalam
melaksanakan tugasan yang telah diberikan seperti mana yang terkandung dalam
Nilai dan Etika Penjawat Awam.  Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Institut
Tadbiran Awam Negara (1991), Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
merupakan set rujukan perilaku atau prinsip-prinsip moral yang perlu dipatuhi oleh
semua penjawat awam. Penerapan nilai murni dalam pelaksanaan tugas merupakan
medium utama untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. Menurut
Yazid Abdul Manap (2001), pengamalan nilai dalam pelaksanaan tugas dapat
meningkatkan akauntabiliti seseorang guru. Pengamalan nilai murni juga mendorong
guru sebagai penjawat awam untuk bekerja dengan ikhlas dan berkesan (Ragbir
Kaur Joginder Singh, 2013). Dalam hal ini, pengamalan nilai merupakan medium
utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas. Guru sebagai
sebahagian daripada entiti penjawat awam seharusnya mengamalkan nilai dan etika
penjawat awam yang telah ditetapkan. Akan tetapi, isu yang timbul berkenaan
dengan pengamalan nilai murni dalam kalangan guru ialah terdapat sesetengah
guru yang tidak melaksanakan tugas dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
laporan yang menyatakan bahawa seorang guru tidak masuk ke kelas untuk
mengajar (Wan Faizal Ismayatim, 2018).  Secara ringkas, guru perlulah
mengamalkan nilai murni dalam melaksanakan tugas untuk memastikan akauntabiliti
guru terus terpelihara untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.

Muhamad Sani Ibrahim (2001) menyatakan bahawa pada peringkat mahir,


guru dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan
sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.  Sufean Hussin (2004)
menyatakan bahawa perubahan drastik dalam bidang pendidikan memerlukan guru
untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan. Dalam hal ini, pengintegrasian tersebut
memerlukan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (Noriati A. Rashid et al., 2012). Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan mewujudkan suasana
bilik darjah yang berinteraktif. Untuk meningkatkan kemahiran guru dalam aspek
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, guru seharusnya menyertai
bengkel yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan
dengan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan seperti bengkel Frog-VLE. Terdapat segelintir guru di negara tidak
mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk diintegrasikan dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tumuri,
2010). Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kurangnya akses terhadap internet
terutamanya di sekolah luar bandar. Guru mahir seharusnya melengkapkan diri
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sejajar dengan kehendak
semasa dunia pendidikan untuk mengangkat martabat profesion keguruan.

Peringkat kelima perkembangan guru ialah peringkat guru pakar. Pada


peringkat ini, guru telah dapat memahami dan menangani maklumat yang pelbagai
tetapi masih memiliki gaya pengajaran yang lancar. Guru pakar merupakan orang
yang berautoriti dalam profesionnya kerana idea dan kemahirannya boleh
mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan pengendalian di dalam bilik
darjah. Usaha pembangunan diri yang dapat dilakukan oleh guru pada peringkat
guru pakar ialah menyerlahkan keterampilan diri. Secara umumnya, keterampilan
diri

You might also like