You are on page 1of 1

Nama : Fatin Nurain Binti Nurbin

Kelas : 5 Beta
SOALAN 2
a) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting adalah kerana hak
keistimewaan rakyat Tanah Melayu terjaga. Selain itu, sistem demokrasi
diperkenalkan. Seterusnya, kerakyatan melalui jus soli. Tambahan pula,
kerakyatan akan diberi secara naturalisasi. Selain itu, pentadbiran secara
demokrasi mula diperkenalkan. Disamping itu, keharmonian kaum dalam
Negara dapat dicapai. Akhir sekali, perpaduan kaum semakin utuh.

b) Peranan tokoh-tokoh yang membawa kemerdekaan Persekutuan Tanah


Melayu 1957 ialah Tunku Abdul Rahman. Beliau ialah Perdana Menteri yang
pertama. Beliau berperanan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957 selepas perbincangan secara damai dengan pihak
British. Perbincangan tersebut adalah secara damai tanpa pertarungan antara
Tanah Melayu dengan pihak British. Seterusnya, Tun Abdul Razak. Beliau ialah
Perdana Menteri yang Kedua. Beliau juga terlibat secara langsung dalam
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

c) Sebagai rakyat Malaysia, saya dapat meletakkan Malaysia di persada dunia


adalah dengan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang
cemerlang. Hal ini akan memudahkan saya untuk melanjutkan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi dan jauh seperti di luar Negara. Apabila perkara
sedemikian berlaku, saya akan terus meningkatkan lagi prestasi saya di Negara
luar. Dengan adanya perkara ini, nama saya akan dinaiktaraf sebagai seorang
pelajar yang membawa nama Malaysia ke persada dunia. Oleh itu, nama
Malaysia akan lebih dikenali sama ada di Asia Tenggara mahupun di seantero
dunia.

You might also like