You are on page 1of 1

19/06/2019

REFLEKSI

Pada hari ini, saya telah menyediakan RPH untuk mengajar kelas tahun 4P
dan 4B bagi matapelajaran Pendidikan Moral. Saya dapat menjalankan kelas
mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam RPH. Saya juga dapat
menggunakan bahan bantu mengajar iaitu kertas mahjung yang disediakan. Murid-
murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melukis poster berkaitan
nilai yang diajarkan pada hari ini. Murid-murid juga dapat menjawab kepada soalan
yang ditanyakan. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapat
maklum balas yang baik daripada murid-murid. Perkara yang harus dibaiki ialah dari
segi pengurusan masa semasa aktiviti dijalankan.

You might also like