You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BETA HULU

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET


BIL 1 / 2019
Tarikh : 25 Januari 2017 / ISNIN

Masa : 12.45 tengahari

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :

1. En. Che Hussin bin Harun


2. En. Norasmadi bin Mohd Zawi
3. Pn. Salisah by Ab. Ghani
4. Pn. Cik Sharinah bt Mat Nor
5. Pn. Sharifah Ruzanna bt Syed Kassim
6. Pn. Nurliza bt Ismail
7. Pn. Animuty bt Abdullah

Tidak Hadir : Tiada

Agenda
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir pada
mesyuarat kali pertama ini
1.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK Aset kerana diberikan keparcayaan oleh
pihak sekolah dengan pelantikan ini.Maka beliau berharap dengan kepercayaan
pihak sekolah ini, AJK Aset dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan
jayanya. Beliau mengucapkan tahniah juga di atas pelantikan ini
1.4 Beliau mengingatkan agar urusan asset sekolah adalah mengikut peraturan atau
garis panduan yang telah ditetapkan oleh jabatan atau kementerian.
1.5 Beliau mengingatkan kepada semua AJK agar melaksanakan segala teguran yang
diberikan oleh pihak audit agar semuanya dapat berjalan dengan lancar.

2 Perkara berbangkit
Tiada

3 Perbincangan isu semasa


3.1 Perlantikan AJK Aset ( Sesi 2017)
Majlis sebulat suara melantik AJK yang sepertimana di bawah :
Pegawai Aset : Pn. Salisah bt Ab Ghani
Setiausaha : Pn. Sharifah Ruzanna bt Syed Kassim- Pegawai Pemeriksa
AJK : Pn. Nurliza bt Ismail – Lembaga Pemeriksa Pelupusan
: Pn. Animuty bt Abdullah – Pegawai Pemeriksa
: Pn. Cik Sharinah bt Mat Nor- Lembaga Pemeriksa Pelupusan
Tindakan :
Semua AJK

3.2 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET


Pengerusi menerangkan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta
(PegawaiAset) sekolah iaitu:

1. Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan


iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan,
pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih kerajaan;

2. Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan


pemeriksaan ke atas aset setiap tahun;

3. Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan


aset .

4. Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori,


LaporanPemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih
Kerajaan dan LaporanTindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/
awal tahun berikutnya untukdisemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan
oleh Bahagian Perolehan danPengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun.

5. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan


berkesan.

6. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut
Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5
Tahun 2007

Tindakan :
Semua AJK

3.3 PENGURUSAN HARTA MODAL DAN ASET BERNILAI RENDAH

1.Pengerusi memaklumkan  bahawa Harta Modal bermaksud Aset Bernilai yang


harga perolehan asalnya RM1,000.00 dan ke atas setiap satu atau Aset Alih yang
memerlukan penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset yang
memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah disyaratkan dalam manual / buku
panduan pengguna.
                                                                                                                      

2.Aset Bernilai Rendah pula bermaksud Aset Alih yang harga perolehaan asalnya
kurang daripada RM1,000.00 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan
berjadual. Bagi perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk pula tidak
perlu mengambil kira harga perolehan asal.

3. Pengerusi memaklumkan semua Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah


didaftarkan dalam kad dengan segera agar tidak berlaku kehilangan. Tempoh yang
ditetapkan bagi pendaftaran Aset Alih mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5
Tahun 2007 adalah 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Rekod Harta
Modal adalah pada KEW.PA-2 dan Inventori pada KEW.PA-3.
Tindakan :
Semua AJK

4 Hal-hal lain
Tiada

Disediakan oleh,

.........................................
SHARIFAH RUZANNA BT SYED KASSIM
Setiausaha
Tarikh : 31 Januari 2019

Disemak oleh ,

...............................................
EN. NORASMADI BIN MOHD ZAWi
Pengerusi
Tarikh : 31 Januari 2019

Disahkan Oleh,

.............................................
EN. CHE HUSSIN BIN HARUN
Penasihat
Tarikh : 31 Januari 2019

You might also like