You are on page 1of 53

Fiqh Muamalah

Tajuk:
KHIYAR

disediakan oleh:
Muqadimah

Khiyar

Penyempurna Keredhaan Dalam


Akad
Khiyar (Pilihan)

Definisi

 Satu hak yang diberi kepada pihak-pihak


yang berkontrak samada hendak meluluskan
akad yang dibuat atau tidak.
Tujuan Khiyar

 Memastikan adanya kerelaan hati kedua


pihak untuk menerus atau membatalkan
akad.
 Menjaga kepentingan pihak-pihak yang
berakad.
Khiyar Dikalangan
Fuqaha

 Hanafi: 17 jenis khiyar.


 Syafie: 16 jenis khiyar.
 Hanbali: 8 jenis khiyar.
 Maliki: 2 jenis khiyar.
Empat (4) Khiyar Utama

 Khiyar Syarat.
 Khiyar Ru’yah.
 Khiyar A’ib.
 Khiyar Majlis.
Khiyar Syarat

Definisi

Satu atau dua pihak yang berkontrak


mempunyai hak samada meneruskan akad
yang dibuat atau memfasakhkannya jika pilihan
itu disyaratkan dalam akad.

Contoh: dengan tempoh (3 hari).


 Berlaku apabila salah satu atau kedua-
dua pihak menetapkan syarat dia
mempunyai khiyar iaitu hak untuk
membatalkan kontrak dalam tempoh
tertentu.
 Syarat ini boleh dinyatakan ketika
memeterai kontrak atau pun selepas
daripada itu, tetapi mestilah sebelum
mereka berpisah dari majlis tersebut.
Syarat - syarat Khiyar
Syarat

1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.


2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh
melebihi tiga hari jika barangan tersebut
tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut.
3. Tempoh mestilah berturutan dan
bersambung dengan kontrak.
BILAKAH HAK KHIYAR
SYARAT TERBATAL ?

1. Tamat tempoh yang disyaratkan


2. Jual beli tersebut diteruskan dan
dipersetujui dalam tempoh khiyar.
3. Apabila pemegang hak khiyar
melakukan sesuatu yang pada
kebiasaannya hanya dilakukan oleh
seorang pemilik.
HUKUM BARANGAN DALAM
TEMPOH KHIYAR

Hak milik barangan Kerosakan


dalam tempoh barangan dalam
khiyar tempoh khiyar
HAK MILIK BARANGAN
DALAM TEMPOH KHIYAR

Jika kedua-dua pihak memegang hak


khiyar :

 Hak milik barangan dibekukan


sehingga ada keputusan sama ada
kontrak tersebut diteruskan atau
dibatalkan.
 Sekiranya kontrak tersebut
dibatalkan, hak milik barangan
tersebut kekal sebagai hak milik
penjual.
 Jika jual beli tersebut diteruskan,
barangan tersebut menjadi hak milik
pembeli bermula daripada tarikh
kontrak dimeterai dan bayaran
kepada barangan tersebut menjadi
milik penjual.
Jika pemegang khiyar hanya dimiliki
oleh satu pihak sahaja :

 Barangan tersebut menjadi hak


miliknya kerana hanya dia sahaja
yang mempunyai hak
menggunakan barangan tersebut.
KEROSAKAN BARANGAN
DALAM TEMPOH KHIYAR
Jika kerosakan berlaku sebelum
barangan diterima oleh pembeli :

 Jual beli tersebut terbatal dan hak


khiyar dilucutkan.
Sebabnya, barangan tersebut tidak
dapat diserahkan oleh penjual kepada
pembeli. Dengan itu penjual terpaksa
menanggung kerugiannya.
Jika kerosakan berlaku
selepas barangan
diterima oleh pembeli :

 Maka jual beli tersebut tidak terbatal.


Ini kerana kerosakan barangan di
bawah tanggungan pembeli
disebabkan barangan di bawah
tangannya.
 Khiyar masih diteruskan, tidak kira
sama ada pemegang hak khiyar
adalah pembeli ataupun penjual.
Sebabnya ialah keperluan untuk
menjaga kepentingan kedua-dua
pihak daripada penipuan masih
wujud.

 Pihak yang memegang hak khiyar


masih berhak meneruskan atau
membatalkan jual beli tersebut.
 Apabila kontrak tersebut dimeterai,
pihak pembeli perlu membuat bayaran
kepada penjual kerana barangan itu kini
sah miliknya.
 Jika jual beli dibatalkan, pihak pembeli
perlu menggantikan barangan yang
sama atau membayar nilai barangan
pada waktu kerosakan berlaku.
 Sementara bayaran yang telah dibayar
oleh pembeli perlu dikembalikan.
 Ini kerana jelas barangan tersebut
belum lagi menjadi milik pembeli.
Khiyar Ru’yah
(penglihatan)
Definisi

 Hak kepada salah satu pihak yang


berkontrak samada meluluskan akad
atau fasakh setelah dia melihat subjek
kontrak.
Akad-Akad Yang Boleh
Menerima
Khiyar Ru’yah
 Akad jualbeli.
 Akad sewaan.
 Perjanjian damai.
 Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang
membeli sesuatu yang dia tidak
melihatnya maka baginya hak khiyar
apabila dia melihatnya.”

 Dan dalam riwayat yang lain menyebut


tambahan iaitu:
“Jika ia ingin boleh teruskan akad itu
dan jika ia ingin membatalkannya itu
haknya.”
Syarat Khiyar Ru’yah

 Belum melihat subjek sebelum/semasa


akad.
 Harta yang tertentu dan khusus.
 Akad yang boleh menerima fasakh.
Perkara-Perkara Yang
Menggugurkan
Khiyar
 Rela dengan akad.
 Pemilik khiyar telah jual,hadiah atau
sewakan subjek.
 Subjek sudah rosak/musnah.
 Pemilik khiyar meninggal dunia.
 Penambahan terhadap barang selepas
penyerahan yang menghalangnya daripada
dikembalikan.
Khiyar A’ib
Definisi

 Hak memilih untuk membatalkan akad


atas sebab-sebab kecacatan pada
subjek kontrak berkenaan.
 Apabila kontrak jual beli telah dimeterai
dan pembeli telah memperolehi
barangan yang dijual tanpa dinyatakan
kecacatan pada barangan tersebut
kemudian baru disedari wujudnya
kecacatan pada barangan tersebut, jual
beli tersebut masih sah.
 Walau bagaimanapun pembeli diberikan
pilihan sama ada merelakan kecacatan
yang ada atau memulangkan semula
barangan tersebut kepada penjual
dengan dia membatalkan jual beli
tersebut dan mengambil semula
bayaran yang telah dibuat.
 Dia dibenarkan berbuat demikian
sekiranya dia tidak mengetahui
kecacatan tersebut wujud ketika kontrak
dimeterai mahupun ketika penerimaan.
Dalil-dalil bagi masalah ini ialah :
1. Hadis Aisyah r.a ; Seorang lelaki telah
membeli seorang hamba. Ketika
menggunakan khidmat hamba ini,
didapatinya hamba ini cacat. Lantas
dia mengembalikan hamba ini kerana
kecacatannya. Namun penjual
berkata : Dimana keuntungan hamba
saya ini ? Nabi s.a.w bersabda :
“Keuntungan menurut tanggungan”
(Riwayat Ahmad)
2. Berpandukan kepada rasional ;

Pada dasarnya, jual beli mestilah


melibatkan barangan yang sempurna.
Pihak pembeli akan membuat bayaran
penuh bagi memperolehi barangan
yang sempurna. Dengan ini barulah
wujud timbal balik antara bayaran yang
dibuat dengan barangan yang dijual.
 Jika barangan yang dijual tidak dapat
digunakan kerana kecacatan yang ada,
ini bermakna tujuan pembelian tersebut
tidak tercapai dan tidak bertepatan
dengan persetujuannya.

Dengan ini, pembeli berhak


membatalkan kontrak tersebut dan
memulangkan semua barangan yang
dibeli dan mengambil semula bayaran
yang telah dibuat.
SYARAT DIBENARKAN KHIYAR
AIB
1. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut
sememangnya sedia ada.
2. Berdasarkan amalan perniagaan,
kecacatan tersebut dianggap sebagai
kecacatan yang boleh menjejaskan
nilai barangan.
3. Pada kebiasaannya, kecacatan
tersebut tidak wujud.
BILAKAH BARANGAN KHIYAR
AIB BOLEH DIPULANGKAN ?

 Hak memulangkan semula barangan


kerana khiyar aib diberikan sebaik
sahaja kecacatan tersebut dikenal
pasti, namun ia perlu menurut amalan
setempat (uruf) yang diguna pakai.
 Jika kecacatan disedari ketika
pembeli sedang makan atau solat,
pemulangan boleh dilewatkan
sehingga dia selesai.
 Jika disedari pada waktu malam, dia
boleh memulangkannya pada
waktu pagi.
 Jika dia lewat memulangkan
barangan tersebut sedangkan dia
mampu melakukannya lebih awal,
hak khiyarnya digugurkan.
 Hak ini juga gugur jika pembeli
menggunakan barangan tersebut
setelah menyedari kecacatannya
dan sebelum menggunakannya, dia
mampu memulangkannya.
Ini kerana kelewatan memulangkan
barangan tersebut menjadi tanda dia
memilih untuk meneruskan jual beli
walaupun menyedari wujudnya
kecacatan.
PERTAMBAHAN PADA
BARANGAN YANG CACAT
 Pertambahan pada barangan yang
cacat tidak menggugurkan haknya
untuk memulangkan semula
barangan tersebut.

Tetapi perlu dilihat pada beberapa


perkara:
 Jika pertambahan tersebut tidak boleh
dipisahkan, pembeli boleh
memulangkan semuanya ataupun
meneruskan jual beli tersebut.
 Jika pertambahan tersebut berasingan,
pembeli boleh memulangkan barangan
tersebut tanpa pertambahannya.
Ini kerana pertambahan berlaku dalam
tempoh pemilikannya atau dalam
tempoh tanggungannya.
KECACATAN TAMBAHAN
KEPADA KECACATAN SEDIA
ADA

 Jika berlaku kecacatan baru selain


daripada kecacatan sedia ada, hak
pembeli untuk memulangkan semula
kepada penjual secara paksa
digugurkan.
 Walau bagaimanapun ada beberapa
perkara yang perlu dilihat :

 Jika penjual bersetuju menerimanya :

Pembeli boleh memulangkannya.

 Jika pembeli bersetuju menerima


kecacatan tersebut :

Pembeli boleh menggunakannya


terus.
 Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju :

Pilihan yang ada ialah sama ada :

a) pembeli membayar ganti rugi bagi


kecacatan baru dan memulangkan
semula barangan tersebut kepada
penjual

b) penjual perlu membayar gantirugi


bagi kecacatan sedia ada kepada
pembeli.
 Jika kedua-dua pihak bersetuju
dengan salah satu penyelesaian ini,
mereka boleh menggunakannya.

Ini kerana masing-masing


mempunyai hak dan persetujuan
kedua-dua pihak adalah perlu.
 Jika mereka masih tidak mencapai
persetujuan;

→ Penjual menuntut supaya barangan


itu dipulangkan kepadanya dan
meminta pembeli membayar gantirugi
bagi kecacatan yang baru terjadi,
sementara pembeli pula mahu terus
memiliki barangan tersebut dan
meminta penjual membayar gantirugi
bagi kecacatan yang sedia ada.
→ Atau pun pembeli mahu
memulangkan semula barangan
tersebut dan bersedia membayar
gantirugi bagi kecacatan baru,
sementara penjual pula mahu
pembeli terus mengambil barangan
tersebut dan dia juga bersedia
membayar gantirugi bagi
kecacatan yang sedia ada.
 Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang
menuntut supaya kontrak tersebut
dikekalkan akan diberikan hak.

 Dalam kes pertama pembeli akan


diberikan hak. Manakala dalam kes
kedua, penjual diberikan hak.
SYARAT TIADA CACAT CELA
 Jika penjual meletakkan syarat kepada
pembeli ketika kontrak, bahawa dia tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang
kecacatan yang ada pada barangan
yang dijual, kontrak tersebut sah.

Ini kerana syarat tersebut mengukuhkan


lagi kontrak dan menafikan hak pembeli
untuk memulangkan semula atau
membatalkan pembelian.
 Jika barangan tersebut tidak
bernyawa:

Syarat tersebut tidak terpakai. Jadi


pembeli masih berhak memulangkan
semula dan penjual perlu
bertanggungjawab terhadap sebarang
kecacatan yang wujud pada barangan
tersebut.
 Jika barangan yang dijual tersebut
bernyawa :

 Penjual boleh melepaskan sebarang


tanggungjawab terhadap sebarang
kecacatan yang tidak nyata sahaja pada
barangan tersebut pada masa kontrak
dan di luar pengetahuannya.
Sebabnya, pada kebiasaannya benda
yang bernyawa mepunyai kecacatan
tidak nyata.
 Jika kecacatan itu kelihatan dengan
jelas, penjual tidak berhak melepaskan
tanggungjawabnya kerana kecacatan
tersebut mudah dilihat.
 Demikian juga jika kecacatan itu
diketahui oleh penjual, penjual
bertanggungjawab memberitahu
mengenainya. Jika tidak, dia dianggap
telah menipu.
 Demikian juga jika pembeli tidak tahu
tetapi kecacatan tersebut kelihatan
dengan jelas.
 Penjual juga tidak boleh melepaskan
tanggungjawabnya jika kecacatan
tersebut berlaku selepas kontrak
dimeterai dan barangan tersebut
belum diterima oleh pembeli.
(Ini kerana syarat tersebut hanya merujuk kepada
kecacatan yang ada ketika kontrak.)
 Jika penjual meminta pelepasan
tanggungjawab daripada kecacatan
yang akan berlaku, permintaannya
tidak dibenarkan kerana permintaan
tersebut dianggap menggugurkan
sesuatu yang belum berlaku.
Khiyar Majlis
Definisi
 kedua-dua pihak yang berakad berhak
menarik balik akad walaupun akad
tersebut sempurna, telah dipersetujui
dan disahkan.

 Dengan syarat ia dilakukan dimajlis


(sesi) yang sama secara fizikalnya dan
mereka belum berpisah.
 Apabila keduanya telah berpisah, khiyar
tidak dibenarkan dan akad tersebut
perlu dilaksanakan.

 Berpisah boleh dirujuk kepada uruf.


CARA BERPISAH DALAM MAJLIS JUAL
BELI
 Jika kontrak dimeterai di dalam sebuah
rumah yang besar, sekiranya salah satu
pihak keluar dari bilik ke halaman rumah
atau sebaliknya, mereka dianggap
berpisah.
 Jika mereka berada di dalam rumah yang
kecil, perpisahan dianggap berlaku apabila
salah satu pihak keluar dari rumah
tersebut.
 Jika mereka berada di pasar atau kawasan
lapang atau di atas kapal atau sebagainya,
perpisahan dianggap berlaku apabila salah
satu pihak berpusing ke belakang dan
melangkah beberapa tapak.
 Sekiranya mereka berdua keluar bersama-
sama atau berjalan bersama-sama, majlis
tersebut masih berterusan dan mereka
masih berhak menuntut khiyar.
 Sabda Rasulullah s.a.w “Dua pihak yang
berjual beli boleh membuat pilihan selagi
mereka tidak berpisah dan sebelum itu
mereka bertemu, atau salah seorang di
antara mereka memberi pilihan kepada
seorang lagi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim)
 Ibnu Umar telah menafsirkan hadis ini
melalui perbuatannya kerana beliau adalah
periwayat hadis ini.
 Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ rh.a
katanya : “Jika Ibnu Umar membeli sesuatu
yang disukainya, dia akan meninggalkan
penjualnya” (Riwayat al-Bukhari)
 Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a
katanya : “Saya menjual kepada Amirul
Mukminin Uthman sejumlah harta di al-wadi
dengan sejumlah harta miliknya di Khaibar.
Setelah selesai kami berjual beli, saya
segera berpaling dan keluar dari rumahnya
kerana saya bimbang dia akan meminta
semula jualannya. Menurut sunnah, dua
orang yang berjual beli boleh membuat
pilihan sehinggalah mereka berpisah” (Riwayat al-
Bukhari)

You might also like