You are on page 1of 3

Iklan Bil : 1/2020

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan
ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus pegawai perkhidmatan
pendidikan Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam
bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Instititut Pendidikan Guru
Kampus. Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak layak mendapat Elaun
Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai
warden) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

JAWATAN AKADEMIK
PENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


a) Warganegara Malaysia;
b) Disahkan dalam perkhidmatan;
c) Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% untuk setiap tahun bagi tahun 2017,
2018 dan 2019;
d) Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah (rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 3 Tahun 2009);
e) Telah melaksanakan perisytiharan harta;
f) Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan;
g) Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;
h) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
i. Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh
dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
ii. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
Atau
iii. Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
i) Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah/ Pengetua/ Guru Besar).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
JAWATAN AKADEMIK
JURULATIH KOKURIKULUM Gred DG44

i. Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) hingga (i)


ii. Kelayakan tambahan dalam bidang kokurikulum
 Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang
kokurikulum.
 Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil
Kepegawaian dalam bidang kokurikulum daripada Jabatan/ Agensi Sukan
yang diperaku.
 Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang kokurikulum

SENARAI BIDANG BERKAITAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SKIM


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BIL. SENARAI BIDANG


1. Bahasa Melayu
2. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL)
3. Bahasa Perancis
4. Bahasa Jepun
5. Bahasa Korea
6. Bahasa Arab
7. Bahasa Tamil
8. Bahasa Cina
9. Sains (Fizik)
10. Sains (Kimia)
11. Sains (Biologi)
12. Pendidikan Islam
13. Pendidikan Islam (Al-Quran - Keutamaan kepada bidang Taranum)
14. Pendidikan Awal kanak-kanak
15. Pendidikan Jasmani
16. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
17. Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
18. Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
19. Matematik
21. Kokurikulum
22. Sejarah
23. Pendidikan Moral
24. Rekabentuk Teknologi
BIL. SENARAI BIDANG
25. Pendidikan Islam
26. Pendidikan Islam (Al-Quran - Keutamaan kepada bidang Taranum)
27. Pendidikan Awal kanak-kanak
28. Pendidikan Moral
29. Reka Bentuk Teknologi
30. Bahasa Jerman

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Pemohon dikehendaki menggunakan Borang PPPM 1A yang disediakan.
i) Sila sertakan semua Salinan dokumen/ sijil (yang telah disahkan oleh Pegawai
dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional - Kumpulan A) seperti berikut:
a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Ph.D)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum/ Penglibatan NGO
e) Sijil Kelayakan Profesional bagi Pensyarah Perubatan (sekiranya ada)
f) Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan
g) Borang Ringkasan CV
ii) Sila nyatakan (Jawatan Kosong IPGM-‘Bidang yang dipohon’) pada sebelah
kanan sampul surat.
iii) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan
sahaja.
iv) Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan calon-calon yang disenarai
pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
v) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran
(Ph.D).
vi) Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2020 (Jumaat)
vii) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia


Pejabat Pendaftar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, SELANGOR

You might also like