You are on page 1of 4
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. [OFFICE OF THE DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF HEALTH (PUBLIC HEALTH) ‘DEPARTMENT OF PUBLIC HEALTH “MINISTRY OF HEALTH, MALAYSIA] ARAS 8, BLOK E10, KOMPLEKS F PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, No. Tel: 03-8883 4016 (62590 PUTRAJAYA, MALAYSIA. No. Fax : 93-8883 4030 uj. Tuan Ruj. Kami KKM.600-30/8/1 JLD 6( 5 ) Tarikh gx Por 2020 YBrs. Tuan Haji Adzman bin Talib Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ‘Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tuan, PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, Bahagian ini mengambil maklum sekolah masih tidak dibuka sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan. Hal yang demikian menyebabkan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terutamanya aktiviti imunisasi tidak dapat beroperasi seperti biasa 2. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko berlakunya penyakit cegahan vaksin dalam kalangan murid sekolah. Selain daripada itu, stok vaksin sedia ada dalam simpanan pejabat dan klinik kesihatan juga berkemungkinan akan luput tarikh sebelum sesi persekolahan bermula dan menyebabkan pembaziran vaksin. 3. Adalah dimaklumkan bahawa imunisasi ke atas murid sekolah merupakan perkhidmatan yang boleh diteruskan semasa fasa /afe containment dan mitigation COVID-19. Memandangkan sesi persekolahan masih belum bermula perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah boleh dijalankan di klinik kesihatan. 4, Untuk itu, bagi memastikan: murid mendapat liputan imunisasi lengkap ibu bapa perlu membawa anak mereka ke Klinik kesihatan yang terdekat. Ini melibatkan murid Tahun 1 untuk MR (Measles, Rubella) dan DT (Difteria, Tetanus), murid perempuan Tingkatan 1 untuk HPV dan murid Tingkatan 3 untuk ATT (Tetanus Toxoid). (Please quote our reference number whe rephing) 5. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak Tuan dapat memanjangkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk memaklumkan kepada ibu bapa supaya membawa anak mereka ke klinik kesihatan terdekat mengikut temujanji yang akan ditetapkan oleh pihak kesihatan. Aktiviti ni adalah khusus bagi tahun 2020. 6. Pejabat Kesihatan Daerah akan berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menyelaraskan pelaksanaan aktiviti ini di peringkat daerah. Bersama ini disertakan jadual imunisasi murid sekolah seperti di LAMPIRAN 1, Segala kerjasama daripada pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, f) (DATO’ (ONG CHEE KHEONG) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia sk. 1. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perlis 3. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 4. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang 5. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perak 6 Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 7. Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya 8. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan 9, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Melaka 10. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Johor 11. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 12. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 13.Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 14. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak 15. Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 16.Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan LAMPIRAN 1 JADUAL IMUNISASI MURID SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TAHUN PERSEKOLAHAN | JENIS SUNTIKAN TINDAKAN MR TAHUN 1 tr TINGKATAN 4 | Dilaksanakan di Klinik (MURID PEREMPUAN HPV Kesihatan (Keutamaan SAHAJA) kepada murid Tahun 1 terlebih dahulu) TINGKATAN 3 ATT

You might also like