You are on page 1of 3

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.

 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah


merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya
orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-
orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India
kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara
diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

 Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca
yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di
bandar-bandar sahaja.

 Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap


mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam
pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM)
dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM
juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan .
 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu.

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah


terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan
bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan ,
Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.

You might also like