You are on page 1of 4

SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis, Guru


Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
cerita bertajuk Semut dengan Burung Merpati.

Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu
jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas.

Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak


semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah
semut.

Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih kepada burung
merpati kerana menyelamatkannya.

Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang


pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu hendak menembak
burung merpati.

Tanpa membuang masa semut terus memanjat kaki pemburu itu dan
menggigitnya. Pemburu itu menjerit kesakitan, “Aduh!”

Jeritan pemburu itu telah menyedarkan burung merpati. Merpati


terus terbang apabila melihat pemburu di situ.

Sambil terbang, burung merpati memandang ke arah semut dan


mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkannya.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah budi baik akan dibalas
dengan kebaikan juga.

Sekian, terima kasih.


Anjing Yang Tamak

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis, Guru


Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
cerita bertajuk Anjing Yang Tamak.

Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang Anjing
terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira. Sang Anjing
menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera beredar dari situ. Sang
Anjing lalu di atas sebatang titi.

Tiba-tiba Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air.


Sang Anjing

menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang Anjing


ingin merampas tulang itu.

Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang digonggongnya


jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat menyesal.

Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah bayang-bayangnya sendiri.


Itulah akibatnya jika tamak.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah sekali-kali
mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.

Sekian, terima kasih.


PENGGEMBALA DENGAN SERIGALA

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis, Guru


Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
cerita bertajuk Penggembala dengan Serigala.

Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka menipu.
Setiap hari dia menggembala kambing di puncak bukit. Suatu hari dia
berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang kampung. Dia pun
menjerit, “Tolong! Tolong! Serigala!”

Penduduk kampung terdengar jeritan lalu membawa senjata untuk


membantu. Apabila mereka sampai di bukit, budak itu terus ketawa
terbahak-bahak, “Ha! Ha! Ha! Kamu semua tertipu!” Mereka pulang
dengan perasaan marah.

Beberapa hari kemudian, penggembala itu menjerit meminta tolong


lagi. “Tolong! Tolong! Serigala!” Sekali lagi penduduk kampung pergi
menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka tertipu lagi.

Suatu hari, seekor serigala muncul dan membaham kambing budak itu.
Dia menjerit meminta tolong dengan kuatnya. Penduduk kampung
terdengar jeritan itu tetapi mereka tidak mempedulikannya.

Akhirnya, semua kambing penggembala itu habis dimakan oleh


serigala. Dia sangat menyesal di atas perbuatannya dahulu.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang suka
menipu tidak akan dipercayai walaupun dia berkata benar.

Sekian, terima kasih.


SINGA DENGAN TIKUS

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis, Guru


Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
cerita bertajuk Singa dengan Tikus.

Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang berehat di bawah


sepohon pokok. Seekor tikus tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu
terlanggar singa hingga terkejut.

Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil menuding kukunya


ke arah tikus. “Tolong jangan makan saya, Tuanku!” rayu tikus.
“Maafkan saya! Saya akan membalas budi Tuanku suatu hari nanti.”

Singa tersenyum sambil menyindir, “Tubuh sekecil ini ingin menolong


Beta. Baiklah, kamu boleh pergi.”

Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus terdengar ngauman singa. Dia


segera berlari ke dalam hutan. Dia ternampak singa terperangkap di
dalam jaring.

“Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku,” kata tikus. Si tikus mula
menggigit jaring itu dengan giginya yang kuat untuk menebuk lubang
besar. Akhirnya, singa berjaya melepaskan diri.

“Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat,” puji singa.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang hebat
juga ada kelemahannya dan turut memerlukan pertolongan.

Sekian, terima kasih.

You might also like