You are on page 1of 2

Tarikh : April 2020

Kepada Pihak Berkuasa Yang Berkenaan,

Tuan,

PENGESAHAN PERSONEL BAGI PENUGASAN DI DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN PENTING


NEGARA (ESSENTIAL SERVICES) BAGI PENGECUALIAN PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk Tuan kepada perkara di atas.

2. Surat peringatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Johor (No.
Rujukan: KPKK.JH (S) 100. – 21/2/1 (61)) bertarikh 18 Mac 2020; Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam
Negeri (No. Rujukan: KDN.K.R.600-5/1/1 JLD. 5 (11)) bertarikh 17 Mac 2020 berkaitan ‘Peringatan
Pemantapan Operasi dan Perkhidmatan Keselamatan Sasaran Penting Semasa Perintah Kawalan Pergerakan’
(Perenggan 3.5); dan, Pengarah Bahagian Kesalamatan dan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri (No. Rujukan: MKN. 11(R)600-4(21) bertarikh 3 April 2020 berkaitan ‘Permohonan
Untuk Meneruskan Kerja-Kerja Pembinaan Baik-Pulih Dan Naik-Taraf Bagi Perkhidmatan Perlu-Kritikal
(Essential Services Critical) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Kompleks Bersepadu
Pengerang Di Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor Darul Ta’azim’ adalah juga dirujuk.

3. Bagi tujuan menepati kehendak surat-surat peringatan di Perenggan 2 di atas, adalah disahkan bahawa
personel yang membawa surat ini seperti maklumat di bawah adalah personel syarikat ini yang sedang bertugas
di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, Johor Darul Ta’azim.

Nama : <Nama Kakitangan>


No. MyKad / Paspot : <Nombor>
No. Paskad Personel : <Nombor paskad personel>
Alamat Kediaman : <Alamat Penuh Kediaman>
Alamat Tempat : Kompleks Bersepadu Pengerang, 81600 Pengerang, Johor Darul
Bertugas Ta’azim

4. Pihak kami memohon agar personel ini diberikan pengecualian pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan
dan dibenarkan untuk bergerak dari tempat kediaman ke tempat bertugas, dan tempat bertugas ke tempat
kediaman, memandangkan penugasan beliau amat penting dan kritikal bagi memastikan kesinambungan operasi
Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, Johor, yang merupakan sektor perkhidmatan penting (essential
service) negara sepertimana pengesahan dari pihak Majlis Keselamatan Negara melalui surat rujukan MKN.
11(R)600-4(21) bertarikh 3 April 2020 (dilampirkan) bagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

5. Segala kerjasama pihak Tuan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan lanjut, sila hubungi <Nama Pegawai Bertanggungjawab> di talian <nombor telefon>.

Sekian, terima kasih. .

Open
Yang benar,
b/p

…………………………………….........................
<NAMA KETUA JABATAN / PEGAWAI YANG DIBERI KUASA / PENGURUS PROJEK>
<Jawatan>
<Nama Jabatan>

Lampiran:
- Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan
- Surat Pengarah Bahagian Kesalamatan dan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan
Perdana Menteri (No. Rujukan: MKN. 11(R)600-4(21) bertarikh 3 April 2020 berkaitan ‘Permohonan Untuk
Meneruskan Kerja-Kerja Pembinaan Baik-Pulih Dan Naik-Taraf Bagi Perkhidmatan Perlu-Kritikal
(Essential Services Critical) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Kompleks Bersepadu
Pengerang Di Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor Darul Ta’azim’

Salinan
1. Ketua Bahagian Keselamatan, Kompleks Bersepadu Pengerang

Open

You might also like