You are on page 1of 28

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

( )

TANDATANGAN CALON TARIKH :

[1]
PENDIDIKAN MORAL

[2]
PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus saya yang telah
diusahakan selama ini.Kerja kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara
merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah saya Pn. Nor kerana memberi ilmu yang secukupnya
untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.Tanpa tunjuk ajar beliau tidak
mungkin kerja kursus ini disiapkan dengan jayanya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya yang
telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini
disiapkan.Di samping itu,saya ingin mengucapankan terima kasih kepada mereka
membantu saya dari segi kewangan.Sesungguhnya tanpa mereka sudah tentu usaha
saya tidak memdapat restu.
Selain itu,tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberikan
sumbangan berbentuk idea kepada saya untuk menambah baikan lagi kerja kursus
ini.Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya
untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna.Kepada rakan sekelas,saya
mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara
langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali,saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus dijalankan dan
dibentangkan dengan baik dan lancar.
Sekian Terima Kasih.

[3]
Senarai Kandungan

NO TAJUK MUKA SURAT


1 Pengakuan Pelajar 1
2 Tajuk 2
3 Penghargaan 3
4 Senarai kandungan 4-5
5 1.0 Pengenalan 6
6 2.0 Konsep Asas Moral 7
7 2.1 Konsep Moral 8
8 2.2 Konsep Akhlak 9
9 2.3 Kosep Etika 10
10 2.4 Konsep Baik 11
2.5 Konsep Patut
2.6 Pernyataan Normatif
11 2.7 Pernyataan Deskriptif 12
3.0 Konsep Asas Moral
3.1 Konsep nilai 13-16
3.1.1 Nilai Instrumental
3.1.2 Nilai Instrinksik
3.1.3 Nilai Subjektif
3.1.4 Nilai Objektif
3.1.5 Nilai Relatif
3.1.6 Nilai Mutlak
3.2 Teori-teori Etika

12 3.2.1 Teori Teologikal 17-18


3.2.1.1 Utilitarianisme
3.2.1.2 Egoisme
14 3.2.2 Teori Deontologikal 19
4.0 Nilai Moral dan Nilai Kepimpinan dalam 20-21
membentuk Insan Moral
15 5.0 Latar belakang Seorang Insan Moral 22-23

16 6.0 Pandangan dan cadangan dalam pembentukan 24


insan moral individu.
17 Refleksi 25-27
18 Rujukan 28
19 Lampiran 29

[4]
1.0 Pengenalan

Pendidikan moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam
di peringkat sekolah rendah dan Menengah. Sejak zaman berzaman pendidikan moral
merupakan salah satu misi utama dalam proses pendidikan. Mata pelajaran ini yang
memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.. Justeru dalam melihat peranan dan sumbangan pendidikan
moral dalam era sebegini, kita perlu jelas tentang apakah asas keperluan dalam

[5]
pendidikan moral yang boleh dianggap sesuai dan berkesan untuk diterapkan dalam
diri setiap individu dalam konteks masyarakat kita yang mempunyai kepelbagaian
dalam sistem kepercayaan, adat resam, norma dan juga sistem nilai. Oleh itu kertas ini
akan membincangkan tentang keperluan dalam proses pendidikan moral disamping
cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan proses tersebut membuahkan hasil. Ini
adalah kerana untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia,
serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan Negara.
Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar
kepada pelajar sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada generasi
masa kini.Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai murni,
subjek ini diperkenalkan di sekolah-sekolah. Pelajar sekolah akan dapat mendalami
maksud nilai yang sebenarnya dengan adanya subjek Pendidikan Moral. Mengikut
Frankena pada tahun 1973, nilai moral merujuk nilai yang dianggap oleh individu atau
kumpulan masyarakat sebagai sesuatu nilai yang baik dan patut dari segi moral. Hal ini
kerana terlebih dahulu pelajar-pelajar harus tahu akan kepentingan nilai murni dalam
kehidupan seharian, sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Apabila
mereka sudah memahami erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam
diri dan kehidupan mereka akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya
dapat membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dengan ini, seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang berlaku di masyarakat tersebut
dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu
dinilai mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya.

2.0 KONSEP ASAS MORAL

KONSEP
MORAL

[6]
PERNYATAAN KONSEP
DISKRIPTIF AKHLAK
KONSEP
ASAS MORAL

PERNYATAAN KONSEP
NORMATIF ETIKA

KONSEP
KONSEP BAIK
PATUT

2.1 KONSEP MORAL


Apakah yang dimaksudkan dengan moral? Moral merupakan pengetahuan yang
menyangkut budi pekerti manusia yang beradab. Moral adalah istilah manusia
menyebut ke manusia atau orang lainnya dalam tindakan yang mempunyai nilai positif.
Istilah ini digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat kehendak, pendapat, atau
perbuatan yang secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk.Di
samping itu, moral merupakan pengetahuan yang menyangkut budi pekerti manusia
yang beradab Moral juga bererti ajaran yang baik dan buruk perbuatan dan kelakuan
(akhlak). Moralisasi, berarti uraian (pandangan, ajaran) tentang perbuatan dan
kelakuan yang baik. Demoralisasi, bererti kerusakan moral.
Menurut asal katanya “moral” dari kata mos dari bahasa Latin, bentuk jamaknya
mores, yang ertinya adalah tata cara atau adat istiadat, kemudian diterjemahkan
menjadi “aturan kesusilaan”. Dalam bahasa sehari-hari, yang dimaksud dengan
kesusilaan bukan mores, tetapi petunjuk-petunjuk untuk kehidupan sopan santun dan
tidak cabul. Jadi, moral adalah aturan kesusilaan, yang meliputi semua norma
kelakuan, perbuatan tingkah laku yang baik. Kata susila berasal dari bahasa
Sansekerta, su artinya “lebih baik”, sila bererti “dasar-dasar”, prinsip-prinsip atau
peraturan-peraturan hidup. Jadi susila bererti peraturan-peraturan hidup yang lebih
baik.
Menurut kamu Kamus Bahasa Indonesia (Tim Prima Pena) : Ajaran tentang
baik buruk yang diterima umum mengenaik akhlak-akhlak dan budi pekerti, kondisi
mental yang memperngaruhi seseorang menjadi tetap bersemangat, berani, disiplin,
dan lain-lain. Tambahan pula,mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi
keenam, moral diberi pengertian kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang
perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal.

[7]
Pengertian moral dibedakan dengan pengertian kelaziman, meskipun dalam
praktikal kehidupan sehari-hari kedua pengertian itu tidak jelas batas-batasnya.
Kelaziman adalah kebiasaan yang baik tanpa pikiran panjang dianggap baik, layak,
sopan santun, tata karma. Oleh itu, kelaziman itu merupakan norma-norma yang diikuti
tanpa berfikir panjang dianggap baik, yang berdasarkan kebiasaan atau tradisi. Selain
itu,moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu
apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.

2.2 KONSEP ETIKA


Kata moral juga sering disinonimkan dengan etika. Etika berasal dari perkataan
‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian. Istilah Etika
berasal dari bahasa Yunani kuno. Bentuk tunggal kata ‘etika’ yaitu ethos sedangkan
bentuk jamaknya yaitu ta etha. Ethos mempunyai banyak erti iaitu tempat tinggal yang
biasa, padang rumput, kandang, kebiasaan atau adat, akhlak,watak, perasaan, sikap,
cara berfikir. Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan
Ia juga bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Salah satu cabang
utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik ialah etika.
Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti
yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan
yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku
moral oleh banyak ahli falsafah.
Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya
menentukan perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk dikatakan baik atau buruk.
Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku
betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Erti kata lain, etika adalah
aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan
antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan
jahat. Dengan adanya etika pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan
buruknya.
Pada hakikatnya moral menunjuk pada ukuran-ukuran yang telah diterima oleh
suatu komuniti sementara etika umumnya lebih dikaitkan dengan prinsip-prinsip yang
dikembangkan di pelbagai wacana etika. Akhir-akhir ini istilah etika mulai digunakan

[8]
secara bergantian dengan falsafah moral sebab dalam banyak hal dan ini juga
mengkaji secara cermat prinsip-prinsip etika

2.3 KONSEP AKHLAK


Menurut istilah akhlak adalah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian, dan
paksaan. Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara
untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat
dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang
menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu
kebaikan dan keburukan dan apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai
baik dan buruk; dan apakahmotif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara
manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup
antara manusia dengan Allah.
Dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat
semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang ialah akhlak.
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqunyang bererti budi pekerti, perangai,
tingkah laku atau tabiat. Menurut pengertian yang diberi oleh Prof. Omar Al Toumy Al
Syaibani pula, ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan,
kejahatan,kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak,
motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Di samping itu,menurut Profesor
Dr Ahmad Amin, akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi
kebiasaan yang mudah dilakukan.
Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam
hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan
makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia

[9]
dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak,
sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.
Dari pengertian diatas bisa kita simpulkan bahawa perbedaan antara akhlak
dengan moral dan etika dapat dilihat dari dasar penentuan atau standar ukuran baik
dan buruk yang digunakannya. Standar baik dan buruk akhlak berdasarkan Al Qur’an
dan Sunnah Rasul, sedangkan moral dan etika berdasarkan adat istiadat atau
kesepakatan yang dibuat oleh suatu masyarakat jika masyarakat menganggap suatu
perbuatan itu baik maka baik pulalah nilai perbuatan itu.

2.4 KONSEP BAIK


Perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya menurut kamus pelajar baru. Hal ini menunjukkan bahawa perasaan
dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.Huraian ini menunjuk
kepada perasaan individu terhadap sesuatu yang telah digunakan.Konsep baik berbeza
mengilur dengan situasi-situasi seperti secara fizikal, kepuasan diri, kelakuan dan
penyakit.Selain itu, konsep baik ini merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu

2.5 KONSEP PATUT


Istilah patut juga digunakan untuk membawa maksud ‘jangan melakukan
sesuatu yang seseorang itu patut…’ dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa. Ini
bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut ‘jangan
lakukan’. Dalam konsep patu pula patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, ‘sesuai’ dan
mempunyai unsur bertindak waras dan bijaksana.Sesuatu yang wajib dipatuthi oleh
seseorang.

2.6 PERNYATAAN NORMATIF


Mengikut Frankena,(1973) dan Abdul Rahman Md.Aroff.(1999) domain moral
atau etika memberi tumpuan kepada niali normative yang dianggapkan baik, benar
betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu
dan hubungan antara individu. Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya ia
sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan ‘salah’ jika ia bertentangan konsep baik
dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah
menakrifkannya dengan konteks atau cara yang berbeza.

[10]
Selain itu, bukan semua pernyataan normatif pula yang melibtkan soal moral.
Oleh itu, pernyataan ini terbahagi kepda dua elemen iaitu iaitu pernyataan normatif
moral dan pernyataan normatif tidak moral. Penegasan atau pernyataan yang
menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan
diterima atau ditolak merupakan pernyataan normatif moral. Di dalam perbuatan
normatif termasuk agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial,
Untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang istilah baik, buruk, dan
sebagainya tidak diguna pakai dalam situasi seperti ini.

2.7 PERNYATAAN DESKRIPTIF


Pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan
pertimbangan nilai-nilai moral. Hujah diataskan mengungkapkan oleh Rahman Aroff
(1999). Tujuan pernyataan deskriptif digunakan adalah untuk menyatakan fakta logical.
Deskriptif terdiri daripada laporan atau deskriptif.Tambahan pula,pernyataan ini
merupakan value-neutral..

3.0 KONSEP ASAS NILAI

INSTRUMENTAL

INSTRINKSIK

SUBJEKTIF

KONSEP NILAI

NILAI DAN KONSEP


ETIKA OBJEKTIF

TEORI ETIKA

RELATIF

[11]

MUTLAK
3.1 KONSEP NILAI
Dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda, nilai merupakan standard
dan prinsip kita. Dengan kata lain, nilai ialah satu kepercayaan yang preskriptif sama
ada diharapkan atau tidak diharapkan. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita
mempertimbangkan sesuatu benda seperti objek, idea, manusia dan tingkah laku
sebagai baik, berfaedah, diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah atau di
antara kedua pola ini, iaitu sederhana. Dengan ini nilai bertindak sebagai ukuran yang
membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.
Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang
bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai
tingkah laku sendiri serta orang lain. Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang
diharapkan dan positif berbanding dengan nilai malas yang tidak diharapkan serta
negatif. Ada kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu berbanding
dengan nilai lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan daripada nilai orang lain. Selain
itu, nilai bukan hanya merangsang malah mengehadkan perlakuan seseorang. Nilai
juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan. Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai
seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh
individu dalam pelbagai konteks..Antaranya nilai instrumental, nilai intrinsik, nilai
subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak

3.1.1 Nilai Instrumental


Nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. Nilai yang
menjadi pedoman pelaksanaan dari nilai dasar ialah nilai instrumental. Nilai dasar
belum dapat bermakna sepenuhnya apabila belum memiliki formulasi serta parameter
atau ukuran yang jelas dan konkrit.  Ia akan menjadi norma moral apabila nilai
instrumental itu berkaitan dengan tingkah laku manusia dalam kehidupan sehari-hari
makan.
Namun apabila nilai instrumental itu berkaitan dengan suatu organisasi atau
Negara, maka nilai instrumental itu merupakan suatu arahan, kebijakan, atau strategi

[12]
yang bersumber pada nilai dasar sehingga dapat juga dikatakan bahwa nilai
instrumental itu merupakan suatu eksplisitasi dari nilai dasar. Nilai ini juga bergantung
pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contohnya dia berpura-pura
rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya. Oleh itu, nilai di atas bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya.

3.1.2 Nilai Instrinksik


Nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat
merupakan nilai instrinksik.  Kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.Kualiti
bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa
mengira kesannya. Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi
penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan
menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap
perbuatan.Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama, contohnya baik hati, kasih
saying, keadilan dan sebagainy.
Misalnya, kasih sayang terhadap ibu bapa merupakan suatu kewajipan anak
(intrinsik) dan bukan kerana ingin mewarisi harta mereka (instrument). Dalam situasi
lain, Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan
jenayah yang dilakukan.Daripada hal tersebut kita dapat melihat bahawa nilai di atas
pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamatnya. Kesimpulnya nilai
intrinsik merupakan setiap objek mengandung kualitas tertentu dan nilai tersebut berdiri
sendiri.

3.1.3 Nilai Subjektif


Definisi bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh
seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap
sesuatu benda atau perkara Utilitarianisme menyatakan bahwa suatu tindakan diangap
baik bila tindakan ini meningkatkan derajat manusia. Penekanan dalam utilitarianisme
bukan pada memaksimalkan derajat pribadi, tetapi memaksimalkan derajat masyarakat
secara keseluruhan. Dalam implementasinya sangat tergantung pada pengetahuan kita
akan hal mana yang dapat memberikan kebaikan terbesar. Seringkali, kita tidak
mungkin benar-benar mengetahui konsekuensi tindakan kita sehingga ada resiko
bahwa perkiraan terbaik bisa saja salah.

[13]
3.1.4 Nilai Objektif
Nilai Objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Kualiti yang
bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Niali objektif ini diterima
atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau
kebanyakan orang. Kita boleh mengatakan bahawa nilai yang diterima atau ditolak
berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang
dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Nilai objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek
tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti
bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.
Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak
mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan memang memberi banyak
kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan
harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat penderaan haiwan dengan cara
dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja
mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.

3.1.5 Nilai Relatif


Untuk mencapai matlamat masyarakat secara umunya, nilai realatif boleh
didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan
masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrari, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna
dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah
mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang
dibincangankan.

3.1.6 Nilai Mutlak


Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah
masyarakat adalah nilai mutlak. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten
dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan
mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain.
Tambahan pula, segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau

[14]
terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di
semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Selain itu,
nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan
individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.
Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran hidup
berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada
remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan
keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat
dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada
diri dan pihak lain. Dengan ini nilai ini ialah nilai yang kebaikan tidak terikat kepada
sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat. Kita juga boleh dikatakan sebagai diterima
umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.

3.2 TEORI-TEORI ETIKA

TEORI-TEORI ETIKA

TEORI
TEORI TEOLOGIKAL
DEONTOLOGIKAL

UTILITARIANISME EGOISME

[15]
Etika diberi pengertian sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan. Dalam etika masih dijumpai banyak teori yang mencuba menjelaskan
suatu tindakan, sifat, atau objek perilaku yang sama dari sudut pandang atau perspektif
yang berlainan.Teori teologikal dan teori deontologikal merupakan dua pandangan
utama dalam sejarah etika. Dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral,
kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain.

3.2.1 Teori Teologikal


Daripada perkataan Yunani “telos” perkataan teologikal berasal.Perkataan telos
ini memberi maksud bahawa matlamat atau tujuan.Teori ini mengukur baik buruknya
suatu tindakan berdasarkan tujuan yang mahu dicapai dengan tindakan itu atau
berdasarkan akibat yang ditimbulkan oleh tindakan itu.Teori teologikal menyatakan
bahawa kriteria dan piawaian asas tentang sesuatu tindakan atau peraturan yang
benar, baik, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang
dianggap baik. Menurut teori ini, kebaikan atau kejahatan ditentukan oleh nilai
instrumentalnya.
Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan
bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Kalau
akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus
dilakukan.Hal ini kerana suatu tindakan dinilai baik, kalau bertujuan mencapai sesuatu
yang baik atau akibat ditimbulkan oleh tindakan itu adalah baik. Oleh bagaimanapun,
ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik
dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujudkan
beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.

3.2.1.1 Utilitarianisme
Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud berguna
atau kegunaan. Utilitarianisme menyatakan bahawa suatu tindakan diangap baik bila
tindakan ini meningkatkan derajat manusia. Etika utilitarianisme ini berpegang kepada
prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan
kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagian yang paling banyak
kepada sejumlah insan yang paling ramai.

[16]
Di samping itu, teori ini telah diserapi dengan nilai “Machiavellian” iaitu matlamat
menghalalkan cara. Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar
yang melampau sehingga memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam
juga dilarang dalam Islam. Sebenarnya hal ini memerlukan pertimbangan semasa.Hal
inilah yang menjadikan Islam sebagai agama mengikut zaman dan tempat. Tambahan
pula, penekanan dalam utilitarianisme bukan pada memaksimalkan derajat peribadi,
tetapi memaksimalkan derajat masyarakat secara keseluruhan. Dalam
implementasinya sangat tergantung pada pengetahuan kita akan hal mana yang dapat
memberikan kebaikan terbesar. Seringkali, kita tidak mungkin benar-benar mengetahui
konsekuensi tindakan kita sehingga ada risiko bahawa perkiraan terbaik bisa saja salah
litarianisme.

3.2.1.2 Egoisme
Untuk mempertahankan dan meningkatkan pandangan yang menguntungkan
bagi dirinya sendiri, dan umumya memiliki pendapat untuk meningkatkan citra peribadi
seseorang dan pentingnya egoism salah satu cara. Egoisme bererti menempatkan diri
di tengah satu tujuan serta tidak peduli dengan penderitaan orang lain, termasuk yang
dicintainya atau yang dianggap sebagai teman dekat. Istilah lainnya adalah "egois".
Satu-satunya tujuan tindakan moral setiap orang adalah mengejar kepentingan pribadi
dan memajukan dirinya. Egoisme ini baru menjadi persoalan serius ketika ia cenderung
menjad ihedonistis, yaitu ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan
semata-mata sebagai kenikmatan fisik yg bersifat vulgar.
Friedrich Wilhelm Nietche mengungkapkan teori egotisme yang merupakan
pengkritik keras utilitarianisme dan juga kuat menentang teori Kemoralan Sosial. Teori
egoisme berprinsip bahawa setiap orang harus bersifat keakuan, yaitu melakukan
sesuatu yang bertujuan memberikan manfaat kepada diri sendiri. Tambahan pula,
setiap perbuatan yang memberikan keuntungan merupakan perbuatan yang baik dan
satu perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri.

[17]
3.2.2 Teori Deontologikal
Deontologi berasal dari kata Yunani ‘deon’ yang bererti kewajiban.‘Mengapa
perbuatan ini baik dan perbuatan itu harus ditolak sebagai buruk?’ Untuk soalan ini
deontologi menjawab kerana perbuatan pertama menjadi kewajiban kita dan kerana
perbuatan kedua dilarang. Yang menjadi dasar baik buruknya perbuatan adalah
kewajiban. Pendekatan deontologi sudah diterima dalam konteks agama, sekarang
merupakan juga salah satu teori etika yang terpenting.
Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah
mengajar di University of Konigsberg di Rusia. Deontologi selalu dikaitkan dengan
beliau. Kant berpendapat bahawa kewajiban moral harus dilaksanakan demi kewajiban
itu sendiri, bukan kerana keinginan untuk memperoleh tujuan kebahagiaan, bukan juga
kerana kewajiban moral itu diperintahkan oleh Tuhan. Selain itu, moralitas hendaknya
bersifat otonom dan harus berpusat pada pengertian manusia berdasarkan akal sihat
yang dimiliki manusia itu sendiri, yang bererti kewajiban moral mutlak itu bersifat
rasional. Tambahan pula, Kant juga mencuba membangunkan teorinya hanya
berlandaskan pemikiran rasional dengan berangkat dari asumsi bahawa kerana
manusia bermartabat, maka setiap perlakuan manusia terhadap manusia lainnya harus
dilandasi oleh kewajiban moral universal. Tidak ada tujuan lain selain mematuhi
kewajiban moral demi kewajiban itu sendiri.Hujah diatas dikatakan oleh Kant juga.
Deontologi Paradigma teori deontologi saham berbeda dengan paham egoisme
dan utilitarianisme, yang keduanya sama-sama menilai baik buruknya suatu tindakan
memberikan manfaat entah untuk individu (egoisme) atau untuk banyak orang
ataukelompok masyarakat (utilitarianisme), maka tindakan itu dikatakan etis.
Sebaliknya, jika akibat suatu tindakan merugikan individu atau sebagian besar
kelompok masyarakat, maka tindakan tersebut dikatakan tidak etis. Teori yang menilai
suatu tindakan berdasarkan hasil, konsekuensi, atau tujuan dari tindakan tersebut
disebut teori teleologi. Tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah
sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan
baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

[18]
4.0 Nilai Moral dan Nilai Kepimpinan dalam membentuk Insan Moral

Untuk melahirkan masyarakat yang lebih berpengetahuan, mampu berdaya


saing, berbudaya kerja cemerlang dan dapat memperkuatkan moral nilai-nilai murni
membantu untuk membentuk insan moral dalam masyarakat kita.Selain itu, untuk
melengkapkan konsep etika dalam diri insan bermoral, penting juga disentuh mengenai
dimensi atau aspek yang menjurus ke arah kecenderungan seseorang untuk bertingkah
laku secara bermoral. Bila seseorang itu menerima didikan atau asuhan moral yang
baik, dengan mendalam terbentuklah dirinya sebagai manusia yang mempunyai bukan
sahaja kelakuan yang baik, tetapi juga kesedaran yang timbul dalam dirinya tentang
segala kebaikan serta keburukan perbuatan, kelakuan sifat perangai diri manusia.
Insan bermoral mesti melakukan sesuatu berasaskan kepada alasan yang
munasabah. Individu yang melakukan sesuatu kerana kebiasaan, takut atau mengikut
keadaan tanpa berfikir tidak dikira sebagai insan yang mempunyai kematangan moral
atau dikatakan tidak melakukan sesuatu secara bermoral. Misalnya sekiranya kita
melatih atau mendidik anak-anak supaya menjauhi prasangka perkauman tanpa
mengetahui sebabnya, kita juga sebenarnya tidak mendidik mereka dengan bermoral.
Hanya individu yang melakukan tindakan yang betul dengan alasan atau sebab
yang betul serta boleh meyakinkan yang ianya betul saja dikira sebagai insan bermoral.
Konsep pentaakulan moral perlu terutamanya dalam masyarakat majmuk di negara ini
di mana masyarakat berbeza tentang kesignifikanan sesuatu nilai atau kesepakatan
masyarakat yang berbeza tentang nilai-nilai utama mereka. Pentaakulan juga perlu
untuk mewujudkan keadilan dalam tindakan. Ringkasnya pentaakulan moral melibatkan
pemikiran dan pertimbangan yang rasional dan bebas. Ia adalah kebolehan untuk
membuat pertimbangan dan keputusan moral yang matang dan bebas dalam situasi
moral tanpa dipengaruhi oleh paksaan atau ketaatan membuta tuli.
Tambahan pula,nilai disiplin dalam diri seseorang dapat meningkatkan
kesedaran remaja dalam pelbagai perkara.Apabila kita melihat remaja zaman
sekarang, mereka tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam
mimpi.Mereka suka melepak, merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka.Akhirnya,
mereka lupa dataran dan hilang arah tuju.Dengan menguatkuasakan peraturan sekolah
para guru disiplin boleh menerapkan nilai disiplin dalam kalangan
pelajar.Sesungguhnya remaja inilah yang akan menjadi aset negera yang tidak ternilai
harganya. Dengan ini pelajar haruslah menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan

[19]
mengupah sikap yang buruk kerana buang yang keruh, ambil yang jernih.Dengan ini,
pelajar tersebut menjadi insan yang bermoral.
Tambahan pula, kini orang ramai amat mementingkan hak asasi manusia dan
autonomi individu, dan sesiapa yang menjadi pentadbir tidak boleh menghukum
“pemberontak” dengan sewenang-wenangnya. Sebenarnya, penuntutan hak asasi
manusia dan autonomi individu juga ada kaitan dengan keadilan sosial (social justice)
yang juga menjadi alat untuk mempertahankan kebajikan ahli-ahli masyarakat. Oleh itu,
apabila kita menilai keadilan sesebuah masyarakat, kita membandingkan kualitinya
dengan masyarakat yang lain, seperti kekayaan, keberkesanan, kekuatan militari, atau
taraf pendidikan masyarakat tersebut.
Nilai menghargai masa juga membantu membina insan moral dalam kalangan
remaja atau pelajar.Remaja alaf baru ini mudah hilang arah tujuan kerana mereka tiada
motivasi diri.Misalnya mereka tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk
berusaha. Orang yang berada sekeliling mamainkan peranan yang sangat penting
dalam hal ini. Guru sekolah sepatutnya mendidik pelajar untuk menjalankan tugasan
mereka pada masa yang ditetapkan.Dengan teknik pembelajaran yang sistematik,
remaja dapat mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan tahu
mencari cara untuk memajukan diri mereka. Dengan itu, remaja akan menghargai
masa dan mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah
Apakah kepentingan melahirkan insan moral? Antara kepentingannya ialah
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk ‘Minda
Kelas Pertama’. Di samping itu,dengan adanya insan moral Negara tersebut menjadi
Negara yang berdaya saing dan berdaya maju dengan cara yang baik.Tenaga muda
merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk
dibangun.Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan
sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.Akhir sekali ialah
menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan
perubahan.Sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan
transfomasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,
resam budaya, dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu dan pendidikan,
teknologi maklumat, media cetak dan letronik terhadap umat manusia.

[20]
5.0 Latar belakang Seorang Insan Moral

Guru ialah manusia yang memberikan ilmu atau mengajarkan sesuatu kepada
seseorang insan.Oleh sebab itu,guru sinonim dengan alam pembelajaran.Dengan kata
lain, guru boleh dianggap sebagai pendidik, pengajar atau pengasuh.Guru juga insan
pertama yang dikenali sewaktu seseorang itu mula menjejak kaki di alam persekolahan.
Insan itu seterusnya memainkan peranan utama untuk membina dan menggembleng
anak bangsa ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.
Dengan ini, saya telah memilih guru sekolah menengah sekolah saya untuk
menjadikan contoh insan moral. Nama beliau ialah Kumaran A/P Perumal.Beliau
merupakan guru yang mengajar bahasa tamil kepada saya. En. Kumaran juga
merupakan guru disiplin dan guru pengawas saya. Semasa saya belajar tingkatan 5 di
sekolah saya memiliki jawatan tertinggi dalam lembaga pengawas sekolah saya.Hal ini
menyebabkan saya mengadakan hubungan yang erat dengan guru saya.Beliau juga
mengajar mata pelajaran bahasa tamil selama 5 tahun kepada saya dengan rakan-
rakannya. Kita boleh menjadikan En. Kumaran sebagai teladan yang baik supaya
memajukan diri sendiri dalam kehidapan kita.
Sebagai pemimpin di kelas, En. Kumaran bertanggungjawab untuk
menyelaraskan aktiviti pengajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.Beliau juga seorang yang bertindak sebagai perancang yang bajik.Setiap
perancangan guru saya memang sesuai dengan realiti situasi alam pembelajaran di
sekolah. Saya lebih memahami pembelajaran yang disampaikan oleh guru saya
semasa mengejar dengan mengapilasikan teknik ini. Di samping itu, guru saya telah
bertindak sebagai ejen perubahan masyarakat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.En.Kumaran seorang guru yang peka terhadap isu-isu
semasa. Beliau selalu memberi input yang kepelbagaian daripada sumber-sumber
yang dipercayai.Melalui perkara ini, saya mendapati bahawa guru saya tidak saja
membentuk kami sebagai pelajar yang cemerlang dari segi akademik malah beliau
mahu kami menjadi masyarakat yang berminda kelas pertama.
Beliau juga mempamerkan sikap yang berkualiti akan menjadi teladan kepada
anak didiknya. Sebagai motivator, guru saya telah memotivasikan murid untuk berjaya.
Berkat bimbingan guru saya, asas yang kukuh untuk anak didiknya mencapai kejayaan
menjadi mudah asalnya kami belajar dengan sungguh-sungguh demi masa hadapan
yang lebih cemerlang. Hampir pada setiap kelas En. Kumaran memberi dorongan dan

[21]
sokongan moral kepada kami untuk membina sifat-sifat personaliti kami.Beliau juga
bercerita tentang sejarah dan latar belakang tokoh-tokoh yang berjaya dalam
kehidupannya.Ini memberikan satu insipari kepada kami untuk lebih berusaha.Sebagai
seorang guru pengawas En.Kumaran juga memberi banyak sumbangan kepada
pelajar-pelajar.Beliau sangat berusaha untuk menerapkan sifat berdisiplin dalam
kalangan pelajar.Hal ini kerana konsep kemoralan sangat berkaitan dengan
masyarakat,iaitu tidak mematuhi peraturan masyarakat atau tidak mengikut kelaziman
adat boleh dianggap sebagai tidak bermoral.Apabila kita melihat tingkah laku En.
Kumaran,beliau merupakan seorang yang bermoral.
Tambahan pula, guru saya merupakan seorang insan yang sanggup
berkorbankan masa dan tenaga.Beliau juga sering mengadakan kelas tambahan untuk
semua pelajar.Beliau tidak pernah memilih kasih terhadap kami. Beliau juga adil
kepada semua orang tanpa mengira status, agama, latar belakang dan lain-lain.
En.Kumaran juga lebih mengutamakan ketepatan masa dalam kelas.Beliau merupakan
seorang manusia yang sangat menghargai masa. Selain menyampaikan ilmu
pengetahuan, guru juga perlu menjadi sudi teladan.Setiap gerak laku guru menjadi
perhatian pelajar.Sedikit kesilapan mampu mencetuskan kekecohan.Dari sudut ini, kita
boleh menjadikan En.Kumaran sebagai suri teladan kepada kita.
Dengan sebab itu, untuk menjadi guru yang berjiwa guru bukanlah mudah,
sebaliknya memerlukan keikhlasan, sifat penyayang, sanggup berkorban, dan
ketabahan hati serta komitmen yang berterusan.Saya berasa guru saya melaksanakan
tugasan beliau dengan penuh amanah dan amanah.Dengan adanya nilai seperti ini En.
Kumaran menjadi seorang insan moral yang boleh memberikan sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan negaranya. Kesimpulannya,nilai-nilai ini memainkan peranan
yang sangat penting dalam melahirkan insan moral dalam kalangan masyarakat.
Seseorang sepatutnya peka terhadap isu-isu semasa, percaya pada diri sendiri serta
memberi dorongan kepada orang lain,sanggup berkorban masa dan
tenaga,bertanggungjawab dan sebagainya untuk menjadi insan moral yang cemerlang
di sesebuah Negara.

[22]
6.0 Pandangan dan cadangan dalam pembentukan insan moral individu.

Biasanya kita dapat melihat ciri-ciri insan moral melalui perlakuan yang
menggambarkan pemikiran dan jiwanya.Marcapada ini, remaja lalai dan leka dibuai
arus modenasi.Penglibatan remaja dalam masalah sosial merupakan topic perbuatan
hangat dalam kalangan masyarakat kita.Hai ini berpunca daripada kekurangan ilmu
pendidikan moral kepada remaja kita yang zaman sekarang. Moral terdiri daripada
peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia seseorang. Ia juga memberikan faedah
positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi
mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.Dengan ini terdapat
beberapa strategi untuk menerapkan sifat moral dalam jiwa remaja.
Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni.Justeru kesedaran sivik masyarakat umum mestilah
ditingkatkan oleh semua orang untuk melahirkan warganegara yang bermoral dan
berakhlak mulia.Sementara itu,amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula.
Alangkah eloknya tradisi masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-
mana sahaja pada setiap masa.Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan
tolong-menolong tidak boleh diabaikan.Antara amalan harian yang perlu kita lakukan
untuk mengembalikan warisan silam itu termasuklah budaya berbahasa yang bersopan
dan berakhlak mulia.
Tambahan pula,ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk
sahsiah anak-anak supaya membesar dengan akhlak yang terpuji.Cabarannya hebat
kerana ibu bapa kini terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing.Pada peringkat
sekolah pula, guru-guru perlu mendidik murid mereka supaya mengamalkan nilai-nilai
murni kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah.Satu langkah drastic yang
dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh sebab itu,amalan
menerapkan nilai-nilai wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah.Malahan
amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh rakyat.Dengan perkataan lain,
setiap orang bertanggungjawab dalam mengekalkan sifat kemoralan ini.
Jika hal ini dapat diwujudkan,maka usaha untuk mencapai taraf Negara maju
menjelang tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada
ukuran kemajaun bangsa dan Negara.Rakyat dan kerajaan mesti berusaha bersama-
sama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berakhlak mulia.

[23]
Refleksi

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya telah
menganugerahi kudrat kepada  saya untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh
akhir.
Pertamanya ialah, apabila saya menerima tugasan beberapa soalan muncul di
minda saya. Bolehkah saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang singkat?
Keadaan ini menyebabkan saya berasa tertekan dan takut. Walau bagaimanapun,saya
tidak menganggap mudah untuk memberi alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh yang diberikan. Sebaliknya,saya mencabar untuk melaksanakan
tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan oleh pensyarah.
Pertama sekali Pn.Noorlela penyelasar kursus GPM 1083 telah memberikan
taklimat mengenai kerja kursus ini. Saya menyangka bahawa tugasan ini sangat susah
dan saya tidak akan menyiapkannya semasa pensyarah saya memberi penjelasan
tentang tugasan ini.Tetapi saya tidak berputus asa.Secara individual saya berjumpa
dengan pensyarah saya dan meminta beliau untuk memberi penjelasan yang kedua
mengenai kerja kursus ini.Saya berasa yakin bahawa saya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dengan bantuan pensyarah saya.
Semasa meyiapkan tugasan ini,saya mengalami pelbagai cabaran.Oleh itu,saya
mengambil pelbagai langkah proaktif sepanjang melaksanakan tugasan yang
diberikan.Sebagai contohnya,saya meminjam buku-buku ilmiah daripada rakan saya
untuk mendapatkan bahan yang berkaitan dengan ciri-ciri maklumat yang baik.Selain
itu,saya juga mengambil insiatif dengan pergi ke perpustakan IPG KRM untuk mencari
bahan rujukan mengenai tugasan yang diberikan.Dengan ini,saya lebih mengenali
sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah sekaligus untuk
mengeratkan hubungan dua hala kami.
Saya berusaha mengkaji konsep asas moral.Dengan ini, saya dapat
mempelajari konsep kemoralan.Kemoralan merupakan elemen yang penting dalam
hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan.Sekiranya keseluruhan anggota
masyarakat dapat mengamalkan nilai-nilai murni,maka masyarakat itu dianggap baik
dan bermoral.Selain itu, dengan menyempurnakan tugasan ini saya dapat mengenali
teori-teori etika.Sebelum ini,saya tidak bahawa terdapat banyak teori-teori etika.
Tambahan pula, saya juga merancang jadual pembelajaran saya ke arah
memaksimumkan potensi pembelajaran berdasarkan pembelajaran kendiri.Saya

[24]
meningkatkan kebolehan pemikiran ke tahap yang lebih baik berbanding keadaan
sebelum pembelajaran menggunakan strategi ini. Kemudian itu, saya dan rakan-rakan
saya mengagihkan tajuk tugasan yang kami dapat untuk membuat tugasan yang diberi
oleh pensyarah kami. Kami menghadapi beberapa kesusahan semasa memcari
maklumat tentang bagaimanakah membentuk insan moral individu.
Di samping itu,saya dapat mempelajari tentang sifat-sifat kemoralan.
Seterusnya tugasan ini memberikan peluang untuk saya untuk lebih mendalami nilai-
nilai dalam pembentukan insan moral secara terpimpin.Saya juga dapat tahu bahawa
kepentingan untuk membentuk insan moral dengan memberi pandangan dan cadangan
saya bagaimana pelajar boleh membantu dalam pembentukan insan moral individu.
Saya juga mendapat tahu langkah-langkah untuk medapatkan maklumat melalui
internet.Sebelum ini,saya telah melayari internet untuk mencari maklumat yang
diperlukan.Tetapi pada masa itu,saya tidak peka dengan maklumat yang saya
diperolehi betul atau salah.Selepas melaksanakan tugasan ini saya mendapati bahawa
bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan sebarang maklumat melalui sesuatu
sumber dengan efektif.
Saya dapat memperolehi banyak nilai murni dan ilmu pengetahuan tentang
konsep asas moral semasa melaksanakan tugasan ini.Antara nilai yang mempelajari
ialah nilai bertanggungjawab.Saya telah memikul dan melaksanakan tugasan serta
kewajipan saya dengan smpurna.Oleh dengan ini,saya dapat melatih diri untuk
menepati masa.Sebagai contohnya,saya dapat menyiapkan tugasan saya dalam masa
yang diperuntukkan.Tambahan pula,saya juga dapat memperolehi nilai
berdikari.Dengan ini,saya tidak bergantung kepada orang lain.Saya berasa bangga
karana saya dapat menyiapkan tugasan ini atas usaha saya sendiri.
Tugasan ini adalah berkaitan dengan silabus kami dalam subjek Pendidikan
Moral (GPM 1083). Oleh itu,tugasan ini adalah sejenis pengaliran ilmu yang secara
langsung dan berkesan.Saya dapat memcapai pemahaman yang lebih mendalam
dengan mengapilikasikan ilmu yang telah saya pelajari dalam tajuk-tajuk
tertentu.Lantaran adalah amat berguna untuk saya sebagai seorang bakal guru yang
berjaya pada masa akan datang.
Seterusnya,kerja kursus ini sebenarnya telah banyak memberi kebaikan kepada
saya dalam meningkatkan kemahiran mencari maklumat dan berkomunikasi semasa
perbincangan serta memberi pendedahan awal dalam profesion perguruan.Saya juga
boleh menggunakan kaedah-kaedah yang saya pelajari sepanjang tugasan saya ini

[25]
untuk memantapkan kemahiran berfikiran saya dan juga setelah berkhidmat sebagai
seorang guru juga saya akan aplikasikan kemahiran ini kepada murid-murid saya
kerana pada masa yang akan datang murid-murid inilah yang akan menjadi aset
kepada sesebuah Negara.Kemahiran berfikir itu akan menampilkan diri kita sebagai
kita adalah profesion perguruan.
Melalui kerja kursus ini,saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang
lebih mendalam khususnya,dalam bidang yang berkaitan dengan subjek ini.Dengan
ini,saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan
sempurna dan amat berharap hasil yang saya berikan menepati syarat dan kehendak
yang diperlukan. Selain ini,kerja kursus ini membuatkan saya lebih mencintai profesion
yang mulia serta menambahkan lagi semangat untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama,bangsa dan Negara.Akhir kata,sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan
dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

[26]
RUJUKAN

Frankena.(1973).Program Persediaan ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan

Kepujian (Pendidikan Moral)

Kamus Besar Bahasa Indonesia (1989: 592)

http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/DASAR-

DASAR%20PENGERTIAN%20MORAL.pdf Dilayari pada 27 Mac 2014

Prof. Omar Al Toumy Al Syaiban.

http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%201%20akhlak%20moral%

20etika.pdf

Profesor Dr Ahmad Amin. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/memberikan-

definisi-bagi-moral-akhlak.html Dilayari pada 27 Mac 2014

Immanuel Kant. (1724-1804). Program Persediaan ijazah Sarjana Muda Perguruan

Dengan Kepujian (Pendidikan Moral)

Immanuel Kant. http://www.slideshare.net/ciluth/teori-etika. Dilayari pada 30 Mac 2014

Friedrich Wilhelm Nietche.http://wiwiedyah.blogspot.com/2013/09/pengertian-etika-


prinsip-prinsip-etika.html.Dilayari pada 28 Mac 2014

[27]
LAMPIRAN

[28]

You might also like