KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
oc BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Tel : +603-88849586 (Aras 3)
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E +603-88849370 (Aras 4)
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks : +603-88849315
J, 62604 PUTRAJAYA Laman Web : yvw.moe.gov.my
9 MALAYSIA
Rujukan Kami: KPM.100-15/3/9 Jid. 5 (72)
Tarikh : [S Ogos 2017
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) EDISI 3.0
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selaku peneraju
inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) telah menghasilkan Panduan
Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 3.0 bagi membantu semua warga
pendidik pada peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) memantapkan keberkesanan pelaksanaan program ini sejajar dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2020 untuk memacu
peningkatan sistem dalam Gelombang ke-2 ini.
3, Sehubungan dengan itu, Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah
Edisi 3.0 ini akan mula berkuat kuasa penggunaannya mulai 15 Ogos 2017, dan surat
kami KPMSP. 100-15/3/1 Jid.6 (25) bertarikh 28 Disember 2015 berkaitan Penggunaan
Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 2.0 adalah dibatalkan
Namun pelaksanaan DTP3.0 adalah bermula pada bulan Mac 2017 selaras dengan
keputusan mesyuarat BPSH bersama-sama Timbalan Pengarah Negeri Bilangan 1
pada 6 - 8 Mac 2017 dan Mesyuarat BPSH bersama-sama Timbalan Pengarah Negeri
Bilangan 1 pada 17 ~ 19 Julai 2017.
“4 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
‘Sila catatkan ryjukan Bahagian ini apabila berhubung
s-ize4. Kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, adalah
dimohon untuk mengambil tindakan sewajarya bagi memastikan maklumat dan
prosedur yang digarapkan dalam Panduan Pengurusan Program Transformasi
Daerah Edisi 3.0 ini dipatuhi dan dimaklumkan kepada semua warga JPN dan
PPD di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan
5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Cyril Christopher
Singham melalui talian 03 8884 6962 atau Mazzleza binti Ab. Wahab melalui talian
03 8883 0636. Kerjasama dan keprihatinan tuan terhadap perkara ini amatiah dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian,
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Ay
Hi IN ADAM
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
spstupt/rublaton!