You are on page 1of 21

EPPA3023

PERCUKAIAN I

CUKAI PENDAPATAN:
TARAF MASTAUTIN

DR. ROSIATI RAMLI


Pusat Pengajian Perakaunan
UKM
PERBEZAAN LAYANAN CUKAI INDIVIDU
PERKARA MASTAUTIN TIDAK MASTAUTIN
Kadar cukai Dicukai pada kadar seperti Dicukai pada kadar seperti
ditetapkan di Perenggan 1, ditetapkan di Perenggan
Bahagian I, Jadual 1 ACP. 1A, Bahagian I, Jadual 1
ACP.
Pelepasan diri Berhak menuntut. Tidak berhak menuntut.

Rebat Berhak menuntut rebat di Tidak berhak untuk menuntut.


bawah sek 6A(2) ACP jika
pendapatan bercukai tidak
melebihi RM35,000.
Cukai pegangan Penerimaan tertentu Penerimaan tertentu
mungkin tertakluk kepada mungkin tertakluk kepada
cukai pegangan seperti: cukai pegangan seperti:
i) Pendapatan dari amanah i) Faedah.
pelaburan harta tanah (REITs). ii) Royalti.
ii) Faedah. iii) Gaji penghibur awam.
iv) Bayaran kontrak
PENENTUAN TARAF MASTAUTIN

Sek. 7 ACP 1967:


 Bagi INDIVIDU:
Terdapat EMPAT keadaan di mana individu dianggap
bermastautin di Malaysia:-
1. Seksyen 7(1)(a):
Berada di Malaysia selama 182 hari atau lebih.
Contoh 1:
Encik David, warganegara USA, pertama kali datang ke
Malaysia pada 15/01/2001 atas urusan kerja dengan
sebuah anak syarikat USA yang beroperasi di Malaysia.
Berikut adalah corak kediaman beliau di Malaysia bagi
tahun 2001 dan 2002:
15/01/2001 – 30/04/2001 = 106 hari
01/08/2001 – 15/12/2001 = 107 hari
30/04/2002 – 31/07/2002 = 93 hari
Status:
- T/T 2001 – bermastautin di bawah Sek. 7(1)(a),
kerana berada di Malaysia melebihi 182 hari.
- T/T 2002 – tidak bermastautin.
Contoh 2:
Dalam tahun 2003, En David datang semula dan berada di
Malaysia seperti berikut:
01/01/2003 – 28/02/2003 = 59 hari
01/04/2003 – 31/05/2003 = 61 hari
01/08/2003 – 30/09/2003 = 61 hari
Status: T/T 2003 Tidak bermastautin.
TETAPI...jika En David meninggalkan Malaysia pada
1/10/2003, jam 7.00 pagi. Jumlah hari En David berada di
Malaysia ialah: 181 + 1= 182 hari. Ini bermakna beliau
telah bermastautin dalam tahun asas 2003. Menurut
Seksyen 7(1)(a), apabila seseorang individu berada di
Malaysia untuk sebahagian hari, maka hari berkenaan
ditakrifkan sebagai satu hari.
2. Seksyen 7(1)(b)

 Berada di M’sia kurang dari 182 hari dalam tahun tertentu


tetapi tempoh itu bersambung dengan atau kepada tempoh
tinggal di M’sia selama 182 hari atau lebih secara berterusan,
samada sebelum atau selepas tahun yang kurang dari 182 hari
itu.
 Dalam mengira tempoh yang kurang dari 182 hari atau
tempoh 182 hari atau lebih secara berterusan, boleh ambil
tempoh ketiadaan sementara sebagai sebahagian dari:
i. Tempoh kurang dari 182 hari; dan/atau
ii. Tempoh 182 hari atau lebih secara berterusan
Dengan syarat individu mesti berada di M’sia sebelum dan
selepas tempoh ketiadaan sementara.
Sek. 7(1)(b):
Ketiadaan sementara termasuk sebab-sebab berikut:
1. Individu perlu menghadiri persidangan, seminar
atau kursus di luar negera berkaitan dengan
perkhidmatannya di Malaysia, atau
2. Sebab keuzuran individu atau ahli keluarganya yang
terdekat, atau
3. Lawatan sosial ke luar negara yang tidak melebihi
14 hari secara agregat.
Mulai tahun taksiran 2002:

1. Bersambungan termasuk ketiadaan secara


fizikal pada 31/12 dan 1/1.

2. Tempoh 14 hari lawatan sosial boleh meliputi


dua tempoh yang bersambung. Contoh:
Tempoh lawatan sosial mulai 28/12/2009
hingga 5/1/10. Namun hanya jumlah cuti di
tahun persambungan yang diambil kira dalam
mencukupkan bilangan 182 hari.
Contoh 3:

En David datang lagi dalam tahun 2005 dan berada di


Malaysia mulai 01/11/05 sehingga 01/07/06. Bermula
23/12/05 hingga 02/01/06 beliau pulang ke USA untuk cuti
Krismas dan tahun baru. Kemudian beliau datang ke
Malaysia mulai 03/01/06 hingga 01/07/06. Tempoh beliau
berada di Malaysia adalah seperti berikut:
01/11/05 – 22/12/05 = 52 hari
23/12/05 – 31/12/05 = - 9 hari di luar
01/01/06 – 02/01/06 = - 2 hari di luar
03/01/06 – 01/07/06 = 180 hari
Contoh 3: Penyelesaian:
01/11/05 – 22/12/05 = 52 hari dalam Malaysia
23/12/05 – 31/12/05 = - 9 hari di luar
01/01/06 – 02/01/06 = - 2 hari di luar
03/01/06 – 01/07/06 = 180 hari dalam Malaysia
Status:
T/T 2001 – bermastautin, Sek 7(1)(a).
T/T 2002 dan T/T 2003 – tidak bermastautin.
T/T 2004 – tidak bermastautin.
T/T 2005 – bermastautin di bawah Sek.7(1)(b) kerana
bersambungan dengan tempoh 182 (180+2) hari dalam
tahun 2006.
Ringkasan Contoh 3:
Tahun 2005 Tahun 2006
USA M’sia USA M’sia USA
304 hari 52 hari 9 182 hari
hari

11 hari
ketiadaan
sementara

Mastautin
Sek 7(1) (b)
Tempoh 182 hari atau lebih secara
berterusan termasuk tempoh
ketiadaan sementara
3. Seksyen 7(1)(c)

i) Berada di Malaysia pada tahun asas tidak kurang


dari 90 hari, dan
ii) Dalam 3 daripada 4 tahun sebaik sahaja sebelum
tahun asas individu sama ada:
a) bermastautin, atau
b) berada di Malaysia tidak kurang 90 hari.
Contoh 4:

En David juga berada di Malaysia bagi tahun 2007


bermula 01/05/2007 sehingga 31/07/2007.

Penyelesaian:
1) T/T 2006 – 180 hari - bermastautin di bawah
Sek. 7(1)(c) kerana:

i. Berada lebih dari 90 hari dalam tahun 2006, dan


ii. 3 dari 4 tahun sebelumnya,
a) Bermastautin dalam tahun 2005,
b) Berada lebih dari 90 hari dalam tahun 2003,
c) Berada lebih dari 90 hari dalam tahun 2002.
Status:
2) T/T 2007 – 92 hari - bermastautin di bawah
Sek. 7(1)(c) kerana:

i. Berada lebih dari 90 hari dalam tahun 2007, dan


ii. 3 dari 4 tahun sebelumnya,
a) Bermastautin dalam tahun 2006,
b) Bermastautin dalam tahun 2005,
c) Berada lebih dari 90 hari dalam tahun 2003.
4. Seksyen 7(1)(d)

Individu adalah pemastautin pada tahun asas jika


beliau pemastautin:
i) pada tahun sebaik selepas tahun asas, dan
ii) pada 3 tahun sebaik sebelum tahun asas.
Contoh 5:

En David kembali ke Malaysia pada tahun 2009


bermula 01/02/2009 sehingga 28/02/2010.
Penyelesaian:
01/02/09 – 31/12/09 = > 182 hari dalam Malaysia
01/01/10 – 28/02/10 = 59 hari dalam Malaysia

Status:
T/T 2008 ? Bermastautin di bawah Sek. 7(1)(d) kerana
bermastautin dalam tahun 2009, 2007, 2006, dan 2005.
T/T 2009 – bermastautin di bawah Sek. 7(1)(a).
T/T 2010 – bermastautin di bawah Sek. 7(1)(b).
PENENTUAN TARAF MASTAUTIN
SYARIKAT (SEK 8 ACP 1967)

Seksyen 8(1)(b):

Sesebuah syarikat ataupun perbadanan adalah


pemastautin di Malaysia jika pengurusan dan
kawalan perniagaannya di jalankan di Malaysia.
Makna pengurusan dan kawalan

• Where the Directors hold the meeting, and where


decisions are taken to direct and control the
company.
• Permanent establishment – where the main office
is located.
• Not location of operation or trading.
• M&A (memorandum and articles of association) is
not enough
Seksyen 8(1)(c):

Bagi syarikat, jika telah bermastautin bagi sesuatu


tahun asas, maka diandaikan syarikat itu akan
bermastautin bagi tahun-tahun berikutnya
sehinggalah syarikat tersebut tidak lagi
bermastautin di Malaysia.
PEMASTAUTIN vs BUKAN PEMASTAUTIN (SYARIKAT)

MASTAUTIN BUKAN
PEMASTAUTIN
Skop percukaian Syarikat biasa: Pendapatan
Pendapatan diperolehi diperolehi M’sia
M’sia. Syarikat perbankan,
insuran, perkapalan dan
penerbangan: Pendapatan
diperolehi dan yang
dibawa masuk ke M’sia.
Kemudahan Syarikat selain perbankan, Tiada pengecualian
pengecualian insuran, perkapalan, dan
cukai penerbangan, jika terima
pendapatan dari luar
dikecuali.
PEMASTAUTIN vs BUKAN PEMASTAUTIN (SYARIKAT)

MASTAUTIN BUKAN
PEMASTAUTIN
Pendapatan Dicukai jika diperolehi di Hanya dicukai jika
perniagaan M’sia melalui ‘Permanent
Establishment’
Insentif Diberi Tidak diberi
Cukai pegangan Tidak tertakluk Tertakluk
Pelepasan cukai Diberi Tidak diberi
dua kali
Kadar cukai Tetap 24% Tetap 24%

You might also like