You are on page 1of 3

TUTORIAL 7 – PERKONGSIAN

SOALAN 1

Puan Kamariah dan Cik Sheila sama-sama bergabung tenaga dalam perniagaan menjual Sate
di pasar malam Bandar Baru Bangi. Setiap daripada mereka menyumbangkan RM10,000
untuk memulakan perniagaan tersebut. Mereka tidak mendaftar perniagaan tersebut di
Pejabat Pendaftaran Perniagaan kerana bagi mereka ia merupakan perniagaan secara kecil-
kecilan. Memandangkan tiada perjanjian secara bertulis antara mereka, mereka berdua
bersetuju secara lisan untuk membahagikan sama rata keuntungan atau kerugian daripada
perniagaan tersebut. Selain itu, akaun bank simpanan semasa telah dibuka melibatkan Puan
Kamariah dan Cik Sheila sebagai penama akaun tersebut dan kesemua cek yang dikeluarkan
harus ditandatangani oleh kedua-dua mereka.

Dikehendaki:

Nyatakan dengan alasan sama ada wujud perkongsian atau tidak.

SOALAN 2

Kasim, Selamat dan Labu telah menjadi rakan kongsi di dalam perniagaan percetakan di
Pekan Rompin sejak 2001. Mereka menutup akaun perkongsian pada 31 Disember setiap
tahun. Berikut adalah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Kasim, Selamat dan Labu:

Kasim Selamat Labu


RM RM RM
Sumbangan modal 200,000 175,000 125,000
Gaji (bulanan) 2,500 2,200 2,000
Elaun (bulanan):
Perjalanan 200 - -
Perniagaan 250 250 250
Faedah atas modal (setahun) 10% 10% 10%
Belanja peribadi (setahun) 1,200 1,000 800
Nisbah untung/rugi 2 2 1

Walau bagaimanapun, pada 30 Jun 2014 Labu telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal
dunia. Segala untung dan modal yang dimiliki oleh Labu sebelum beliau meninggal dunia
diserahkan kepada keluarga Labu. Perjanjian rakan kongsi tidak berubah selepas Labu
meninggal dunia kecuali terdapat perubahan pada nisbah untung dan rugi. Kasim dan Selamat
telah membuat perjanjian untuk dibahagi sama rata ke atas untung dan rugi yang dimiliki.
Pada 1 Oktober 2014, Kasim dan Selamat telah bersetuju untuk menambah sumbangan modal
sebanyak RM50,000 dan RM25,000 masing-masing. Pada tarikh yang sama, Labi telah

1
diambil sebagai rakan kongsi yang baru dan menyumbangkan modal sebanyak RM100,000.
Berikut adalah maklumat bagi perjanjian baru yang telah dipersetujui:

Kasim Selamat Labi


RM RM RM
Gaji (bulanan) 2,500 2,200 1,800
Elaun (bulanan):
Perjalanan 200 - -
Perniagaan 250 250 200
Faedah atas modal (setahun) 12% 12% 12%
Belanja peribadi (setahun) 1,200 1,000 500
Nisbah untung/rugi 2 2 1

Maklumat tambahan :

i) Akaun perkongsian bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan untung


bersih adalah sebanyak RM85,000 selepas diambil kira perbelanjaan seperti di bawah:

a) Belanja persendirian pekongsi.


b) Susutnilai bagi aset yang digunakan di dalam perniagaan sebanyak RM6,500.
c) Peruntukan hutang lapuk sebanyak RM3,800.
d) Derma berjumlah RM2,000 (sebanyak RM1,800 telah disumbangkan kepada
institusi yang diluluskan pada 31 Ogos 2014).

ii) Modal elaun dan caj imbangan bagi tahun taksiran 2014 adalah berjumlah RM5,000
dan RM2,000.
iii) Pada tahun yang sama juga, Kasim menerima hasil sewa bersih sebanyak RM12,000.
Selamat mempunyai rugi belum serap daripada perniagaan tunggal sebanyak RM3,500
bagi tahun taksiran 2013.

Dikehendaki:

Kirakan jumlah pendapatan bagi setiap rakan kongsi bagi tahun taksiran 2014.

SOALAN 3

Dr Amran dan Dr Sofiah merupakan rakan kongsi di Klinik Mutiara sejak tahun 2001.
Perniagaan perkongsian ini telah menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. Oleh
kerana bilangan pesakit telah bertambah dan mereka kekurangan kakitangan, Dr Amran dan
Dr Sofiah telah bersetuju untuk mengambil rakan kongsi baru iaitu Dr Nurul pada 1 Oktober
2014.

Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai perniagaan perkongsian:


i. Pada tahun berakhir 31 Disember 2014, pendapatan terlaras sementara ke atas
perniagaan perkongsian adalah RM240,000.

ii. Nisbah untung dan rugi adalah seperti berikut:

2
Dr Amran Dr Sofiah Dr Nurul
Sebelum 1.10.14 1/2 1/2 -
Selepas 1.10.14 1/3 1/3 1/3

iii. Gaji rakan kongsi, belanja peribadi dan faedah atas modal yang disumbangkan bagi
tahun berakhir 31 Disember 2011:

Gaji Faedah atas modal Belanja peribadi


RM RM RM
Dr. Amran 60,000 18,000 6,000
Dr. Sofiah 60,000 16,000 6,000
Dr. Nurul 12,000 5,000 1,000

Jumlah yang layak bagi Dr. Nurul adalah bermula dari 1 Oktober 2014 hingga 31
Disember 2014.

iv. Manakala susutnilai bagi aset peralatan pejabat bagi perniagaan rakan kongsi adalah
sebanyak RM34,000 dan elaun modal adalah RM30,000. Pada tahun yang sama, rakan
kongsi ini telah menjual aset peralatan pada harga RM20,000. Oleh itu, mereka telah
memperolehi caj imbangan sebanyak 6,000.

v. Pada tahun yang sama, rakan kongsi ini telah menderma sebanyak RM4,000 di Rumah
Orang Tua pada 5 Mei 2014 dan RM3,000 di Persatuan Kanak-Kanak Istimewa pada
12 November 2014(kedua-dua pertubuhan ini telah mendapat kelulusan dari LHDN).

vi. Pada tahun 2014, selain daripada pendapatan hasil dari perniagaan perkongsian, Dr
Amran dan Dr Sofiah juga telah memperolehi pendapatan lain seperti berikut:

Dr Amran RM
Pendapatan berkanun dari perniagaan tunggal 20,000
Rugi terlaras belum diserap di bawa kehadapan 2,000

Dr Sofiah RM
Rugi terlaras dari perniagaan tunggal (10,000)
Hasil sewa 24,000

vii. Dr Amran mempunyai rugi terlaras belum diserap dari perniagaan perkongsian
sebanyak RM1,000 baki di bawa kehadapan dari tahun lepas.

Dikehendaki:

Kirakan jumlah pendapatan bagi setiap rakan kongsi bagi tahun taksiran 2014.

You might also like