You are on page 1of 10

EPPA3023

PERCUKAIAN I

POTONGAN, PELEPASAN,
REBAT BAGI INDIVIDU

DR. ROSIATI RAMLI


Pusat Pengajian Perakaunan
UKM
Format Pengiraan Cukai Kena Bayar
Sek. 4(a): XXX
Sek. 4(b) – 4(f): Pendapatan Kasar XXX
Tolak: Belanja dibenarkan (X)
Pendapatan Terlaras XX
Pendapatan Terkumpul XXXXX
Tolak: Potongan Cukai (X)
Jumlah Pendapatan XXXX
Tolak: Pelepasan Cukai (X)
Pendapatan Bercukai XXX
Cukai Kena Bayar XX
Tolak: Rebat (X)
Cukai Kena Bayar X
POTONGAN CUKAI (Bahagian E BE2018)
Derma/Hadiah/Sumbangan
Ditolak dari pendapatan agregat. Termasuklah:
E1: Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan negeri/pihak berkuasa tempatan.
E2a: Hadiah wang kepada institusi/organisasi/tabung yang diluluskan.
E2b: Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan.
E2c: Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan
negara yang diluluskan.
Jumlah E2a - E2c terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat.
E3: Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada kerajaan.
E4: Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan.
Terhad RM20,000.
E5: Hadiah wang atau sumbangan manafaat bagi menyediakan kemudahan di
tempat awam untuk orang yang tidak berupaya.
E6: Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan
rawatan kesihatan yang diluluskan. Terhad RM20,000.
E7: Hadiah lukisan kepada balai seni lukis negara/negeri.
PELEPASAN CUKAI - INDIVIDU

Diberikan kepada individu pemastautin sahaja.


Dalam menuntut pelepasan cukai, perlu sediakan
resit yang berkaitan dan resit perlu disimpan oleh
pembayar cukai serta dikemukakan jika diminta
oleh LHDN.
PELEPASAN INDIVIDU – T/T 2018 (ITEM F BE 2018)
1. Pelepasan diri: (F1)
Mulai t/t 2010, pelepasan RM9,000 bagi diri pembayar cukai.
Jika cacat, tambah RM6,000, iaitu pelepasan sebanyak RM15,000. (F4)
2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas, dan penjaga untuk
ibubapa: (F2a)
• Pelepasan diberi sebanyak mana yang dibelanjakan tetapi tidak
melebihi RM5,000.
• Jika lebih dari seorang anak yang menyara ibu-bapa, setiap seorang
layak terima (maksimum RM5,000).
• Termasuk kos hospital, belian vitamin & ubat-ubatan, bayaran
mengasuh dan rumah orang tua.
Atau,
Saraan ke atas ibu bapa: (F2b)
• Terhad RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa. Anak-anak perlu
berkongsi RM1,500 ini untuk tuntut pelepasan.
3. Belanja membeli peralatan sokongan asas: (F3)
• Bagi diri, suami/isteri, anak, atau ibubapa yang kurang upaya.
• Pelepasan diberi sebanyak mana dibelanjakan tetapi tidak melebihi
RM6,000.
4. Individu kurang upaya, diberi pelepasan diri RM6,000 sebagai
tambahan atas pelepasan diri RM9,000. (F4)
5. Yuran pendidikan (sendiri sahaja): (F5)
• Peringkat Sarjana dan PhD, sebarang bidang.
• Peringkat selain Sarjana dan PhD, bidang undang-undang,
perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri,
saintifik, atau teknologi.
• Pelepasan sebanyak mana yang dibelanjakan tetapi tidak melebihi
RM7,000.
6. Belanja perubatan penyakit serius dan sukar diubati: (F6)
• Bagi diri, suami/isteri, atau anak.
• Jumlah perbelanjaan ini terhad RM6,000.
7. Belanja pemeriksaan perubatan penuh: (F7)
• Bagi diri, suami/isteri, atau anak.
• Terhad kepada RM500, dan ia termasuk pada had RM6,000 di F6.
8. Belanja untuk gaya hidup meliputi belanja membeli: (F8)
i. Buku, majalah surat khabar bercetak, dan lain-lain penerbitan yang
bukan bahan terlarang,
ii. Komputer peribadi, telefon pintar atau tablet peribadi,
iii. Peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium,
iv. Bil bulanan untuk langganan internet atas nama sendiri.
• Jumlah layak dituntut terhad RM2,500.
9. Pembelian peralatan penyusuan ibu bagi anak berumur 2 tahun ke
bawah, terhad RM1,000 dan potongan hanya sekali dalam setiap 2
t/taksiran. (F9)
10. Yuran hantar anak umur 6 tahun ke bawah ke TASKA/Tadika. Terhad
RM1,000. (F10)
11. Skim Simpanan Pendidikan Nasional: (F11)
• Simpanan bersih setahun (jumlah simpanan tolak pengeluaran bagi
tahun 2018). Terhad kepada RM6,000.
12. Pelepasan suami/isteri/bayaran alimoni kepada bekas isteri: (F12)
• Terhad RM4,000.
• Bagi suami, jika ada lebih dari seorang isteri, hanya mohon pelepasan
ini dengan salah seorang dari isteri.
13. Pelepasan isteri/suami yang kurang upaya: (F13)
• Terhad pelepasan RM4,000 di atas ditambah dengan RM3,500 maka
jumlah pelepasan terhad RM7,500.
14. Pelepasan anak: (F14a – F14c)
• Anak sendiri, anak tiri, atau anak angkat yang sah yang belum pernah
berkahwin.
• Mulai t/t 1996, isteri yang tinggal bersama suami dan ditaksir secara
berasingan dari suami boleh memohon untuk mendapat pelepasan
bersama bagi anak.
• Pelepasan yang diberi ialah sebanyak:
• Terhad RM2,000 bagi setiap anak yang berumur kurang dari 18 tahun.
Jika cacat terhad RM6,000.
• Jika lebih dari 18 tahun tapi belum berkahwin dan
belajar/mengikuti latihan sepenuh masa di pusat pengajian
tinggi, samada di Malaysia atau di luar Malaysia, diberi
RM8,000 pelepasan. Jika cacat RM14,000.
• Jika, anak yang sedang menuntut atau mengikuti latihan itu
mempunyai pendapatan hasil dari bekerja sambilan, maka
pelepasan hanya diberi jika pendapatan anak itu lebih rendah
berbanding dengan pelepasan anak yang layak diberi.
15. Premium insuran nyawa dan caruman KWSP: (F15)
• Bagi insuran nyawa dan caruman KWSP yang diluluskan, terhad
kepada RM6,000.
16. Skim Persaraan Swasta yang diluluskan diberi pelepasan
RM3,000. (F16)
17. Premium insuran pendidikan dan perubatan untuk anak, terhad
kepada RM3,000.
18. Caruman kepada PERKESO terhad RM250.
REBAT – T/T 2018
Ialah item yang ditolak dari cukai kena bayar.
1. Rebat cukai:
• Diberi sebanyak RM400 bagi individu yang mempunyai
pendapatan bercukai kurang dari RM35,000.
• Tambahan RM400 jika suami/isteri mendapat pelepasan
isteri/suami.
2. Zakat.
3. Potongan cukai berjadual (PCB)

Sekiranya rebat melebihi cukai kena bayar, lebihan tidak akan dibayar
kepada pembayar cukai dan tidak boleh dibawa ke t/t berikutnya.

You might also like