You are on page 1of 4

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

KERTAS KERJA CADANGAN PELAKSANAAN KURSUS “SCADA SYSTEM IN


POWER PLANT TO DISTRIBUTION NETWORKING” BAGI SUBJEK GENERATION
AND PARALLEL OPERATION MEB 1034

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan


peruntukan bagi melaksanakan Kursus “Scada System in Power Plant to
Distribution networking” bagi subjek generation and parallel
operation MEB 1034 kepada pensyarah-pensyarah Program Diploma
Kompetensi Elektrik Penjaga Jentera A4 Institut Kemahiran MARA.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program Diploma Kompetensi Elektrik Penjaga Jentera A4 merupakan salah


satu program baru yang dinaiktaraf daripada Sijil Kompetensi.

2.2 Program Diploma Kompetensi Elektrik Penjaga Jentera A4 yang dijalankan


adalah mengikut Silibus MARA yang di semak oleh Suruhanjaya Tenaga dan
program DKM tahap 4 menggunakan Noss:EE-320-4:2012 Low Voltage
Electrical Installation & Maintenance. Butiran adalah seperti berikut;

Program Kursus Jam


Diploma MEB 1034 – Generation and Parallel Operation 160 jam

2.3 Program Diploma Kompetensi ini merupakan satu program upgrading Skill
dan competency bagi pelajar – pelajar yang telah mempunyai kompeten
Penjaga Jentera A1 yang hanya terdapat di empat buah Institut Kemahiran
MARA sahaja.
3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Pensyarah – pensyarah Elektrik memerlukan satu perubahan Teknologi terkini


yang telah berada dipasaran industri bagi memenuhi keperluan persediaan
proses pembelajaran.

3.2 Teknologi Scada merupakan satu Teknologi perhubungan Elektrik hasil


gabungan sistem mekanikal, elektronik dan elektrikal yang diaplikasikan
melalui perhubungan perisian komputer seperti PLC , KNX dan pelbagai
program yang termaju.

3.3 Dengan adanya Kursus ini, Pensyarah dapat mengaplikasi penggunaan sistem
ini ke dalam pensuisan Papan Suis yang selama ini dibuat secara manual
kepada secara software.

3.4 Kursus ini perlu dilaksanakan segera kerana pensyarah perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi dalam menghadapi pelajar yang semakin maju ke
hadapan pada masa kini.

3.5 Di dalam usaha pihak kami untuk mengenalpasti pusat yang menyediakan
latihan bersesuaian dan bertepatan dengan keperluan bagi memenuhi
kehendak Noss: EE-320-4:2012 Low Voltage Electrical Installation &
Maintenance kami telah mendapatkan beberapa sebut harga dari syarikat
dan Institut yang menjalankan kursus ini.

3.6 Mendapat sijil ”Scada system operation” daripada syarikat dan Institut yang
bertauliah kepada semua pensyarah Elektrik yang telibat.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Jadual Program ;

Cadangan tarikh : 12hb – 16hb MAC 2018

4.2 Modul dan Bahan Latihan ;

 Mengikut silibus ILSAS dan Suruhanjaya Tenaga


 Mengikut Noss EE-320-4:2012 Low Voltage Electrical Installation &
Maintenance
4.3 Tenaga Pengajar/Penceramah ;

Pensyarah ILSAS dan SCADA

4.4 Tempat Kursus ;

- Seperti Dalam Sebut Harga –

4.5 Peserta ;

20 orang pensyarah DCA,DCB dan DCS

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Butiran anggaran kos adalah seperti berikut:


Kadar
Jumlah kos
(seorang/
Bil Perkara Kuantiti (5 hari)
hari)
(RM)
(RM)
 Penceramah
 Nota/Bahan Rujukan
 Sijil ”Scada System
Operation”
1  Makan minum 5 x 4,000.00 20 Orang 80,000.00
sehari
 Penginapan peserta
Deluxe Room (shering
2 person)

Jumlah(RM) 80,000.00

6.0 PENUTUP

Adalah dengan ini dipohon kelulusan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal
untuk meluluskan cadangan pelaksanaan “Scada System in Power Plant to
Distribution networking” kepada pensyarah IKM Semalaysia.

Di sediakan oleh :

AHMAD ZAFRI BIN SHAFI’I


Ketua Jabatan Elektrik
Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur

Di semak oleh :
ROSNANI BINTI MOHD ROSDI
Timbalan Pengarah HEA
Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur

Di sahkan oleh :

NOOR ZAINEE SHAH BIN IBRAHIM, SMP


Pengarah
Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur

KERTAS KERJA CADANGAN PELAKSANAAN KURSUS “SCADA SYSTEM IN


POWER PLANT TO DISTRIBUTION NETWORKING” BAGI SUBJEK GENERATION
AND PARALLEL OPERATION MEB 1034

Kelulusan oleh Pengarah BKT

Cadangan pelaksanaan Kursus “Scada System in Power Plant to Distribution


networking” kepada pensyarah IKM dengan anggaran peruntukan sebanyak RM
80,000.00 (Ringgit Malaysia : LAPAN PULUH RIBU SAHAJA )

Di Luluskan Tidak Di Luluskan

MAHZAN BIN TEH


Pengarah
Bahagian Kemahiran Dan Teknikal
MARA

You might also like