You are on page 1of 4

Warna

 - Terdapat 3 jenis warna iaitu:


 a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna lain)
 b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’,
Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
 c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:


 a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga,
selesa dan seimbang)
 b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna
(menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
 c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada
terang kepada gelap)

 - Terdapat 2 suhu warna iaitu:


 a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada
roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah
dsb)
 b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna
(menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut
bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan
sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada
permukaan kertas.

ikat dan celup 


menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup
ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan
dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catan


menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

 
sulaman 
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan
jalinan sentuh

kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan
seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

You might also like