You are on page 1of 5

SPSK PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA LA SALLE, SRI PETALING


MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI-1 / TAHUN 2020
Tarikh : 27.12.19
Masa : 10.30 a.m
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah
Pengerusi : PN. CHOW SIEW JUAN
Nama Yang Hadir : Seperti Di Senarai Tandatangan
Nama Yang Tidak Hadir :-
Turut Hadir (Jika Ada) :.........................................................
Setiausaha :-
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat.
Tindakan: Maklum
2 PENGESAHAN MINIT MEYUARAT
2.1 Tiada

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN UNIT


4.1 Pengurusan Kokurikulum
4.1.1 Pengerusi memperkenalkan carta organisasi pengurusan kokurikulum 2020,
termasuk setiausaha kokurikulum,setiausaha sukan, guru ketua rumah sukan,
penyelaras PAJSK dan lain-lain. (Rujuk Takwim Kokurikulum 2020)
4.1.2 Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan untuk memilih 3 aliran kokurikulum
(Persatuan, Badan Beruniform, Sukan) selama dua jam setiap unit, setiap aktiviti
pilihan perlu disertai dan tidak dibenarkan bertukar aktiviti dalam tempoh masa
setahun.
4.1.3 Guru kelas Tahun 4 membantu murid Tahun 4 memilih aktiviti kokurikulum
mengikut minat masing-masing dan merekod butiran dalam SSMS sebelum
07.01.2020.
4.1.4 Murid yang ingin membuat penukaran aktiviti kokurikulum perlu membuat
laporan kepada guru penasihat aktiviti masing-masing. Selepas mendapat
kebenaran daripada pihak sekolah, guru kelas boleh mengambil tindakan.
4.1.5 Murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum sebanyak tiga kali perlu dicatat nama
dan buat laporan kepada GPKKK.
4.1.6 Murid hanya dibenarkan memakai pakaian persatuan masing-masing atau baju
yang mempunyai logo sekolah semasa waktu kokurikulum.
4.1.7 Antara tiga aliran kokurikulum(Persatuan, Badan Beruniform, Sukan), 25 jenis
aktiviti kokurikulum telah ditubuh. Guru penasihat perlu menjalankan tugas dan
memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan dengan lancar pada setiap
khamis mengikut jadual yang ditetapkan.
4.1.8 Guru penasihat perlu menghantar satu salinan surat pelantikan, ahli
jawatankuasa, surat permohonan penubuhan dan surat kelulusan penubuhan
kepada setiausaha kokurikulum (KIU KWONG XIAN).
4.1.9 Guru penasihat haruslah menyempurnakan rancangan aktiviti tahunan, pelan
taktikal dan pelan operasi dalam tempoh tiga minggu selepas sesi persekolahan
baru dan menghantar dua salinan kepada GPKKK untuk menyimpannya dalam
Fail Laporan Rancangan Aktiviti Tahunan.
4.1.10 Guru bertugas dikehendaki mencatat kehadiran murid dan menulis laporan
ringkas aktiviti mingguan selepas perjumpaan aktiviti kokurikulum dalam Buku
Rekod Kokurikulum dan sistem sekolah. Guru bertugas dikehendaki mengambil
dan meletakkan fail rekod kokurikulum selepas mengisi maklumat aktiviti yang
dijalankan tempoh hari.
4.1.11 Guru bertugas dikehendaki menjalankan aktiviti mengikut masa aktiviti yang
ditetapkan, tidak dibenarkan masuk lewat, awal melepaskan murid atau berada
di pejabat guru. Aktiviti yang mempunyai lebih daripada seorang guru bertugas
tidak boleh mengambil giliran untuk bertugas.
4.1.12 Guru bertugas yang mengambil cuti atau menghadiri mesyuarat atau berkursus
perlu memaklumkan kepada pihak sekolah. Murid yang balik awal atau cuti
perlu menghantar sijil cuti doktor.
4.1.13 Guru bertugas harus memastikan semua peralatan yang hendak digunakan
dalam keadaan selamat dan meletak balik ke tempat asal selepas
menggunakannya. Sepanjang masa aktiviti dijalankan, guru dikehendaki berada
di lokasi aktiviti untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangnan.
4.1.14 Guru bertugas bagi setiap aktiviti kokurikulum perlu menyediakan laporan
tahunan kokurikulum dalam 3 minggu sebelum tamatnya penggal akhir sekolah
dan menghantar kepada GPKKK untuk simpanan.
4.1.15 Pengerusi menerangkan jadual Pengiraan Markah Untuk Murid Terbaik Dalam
Kokurikulum(Rujuk Takwim Kokurikulum 2020). Murid Tahun 6 yang mendapat
jumlah markah yang tertinggi dipilih sebagai Pemenang Piala Kokurikulum tahun
berkenaan.
4.1.16 Pengerusi membentang aktiviti Kokurikulum Tahunan yang akan dijalankan pada
tahun 2020. Semua aktiviti Kokurikulum telah dicatatkan dalam buku takwim.
4.2 Pertandingan Luar Sekolah
4.2.1 Pengerusi menerangkan prosedur membawa pasukan.
i. Membimbing murid menyertai pertandingan, mengambil gambar
pasukan, gambar individu dan gambar aktiviti sebagai bukti.
ii. Merekod butiran murid dan keputusan aktiviti
iii. Mengisi Laporan Aktiviti dan Pertandingan Luar Sekolah dalam tempoh
satu minggu dan menghantar laporan serta gambar tertentu kepada
GPKKK.
4.2.2 Pengerusi menerangkan cara mengisi pencapaian murid dalam pertandingan
luar sekolah ke dalam sistem SSMS dam PAJSK.
4.2.3 Guru penasihat aktiviti Kokurikulum haruslah sentiasa mencungkil bakat murid
dan mengalakkan murid tersebut menyertai pertandingan.
4.2.4 Aktiviti latihan wakil sekolah akan dijalankan bermula pada waktu 4.00p.m.
hingga 6.00 p.m.
Hari Latihan
Isnin Bola keranjang (P)
Selasa -
Rabu Ping Pong , Bola keranjang (L)
Khamis Bola Tampar (P) , Olahraga, Bola Sepak
Jumaat Bola Tampar (L)

4.3 Selepas menjalankan aktiviti Kokurikulum guru penasihat diarah untuk membawa murid
ke gate masing-masing dan bertugas di gate sehingga 3.50 p.m.
4.4 Aktiviti latihan wakil sekolah akan dijalankan bermula pada waktu 4.00p.m. hingga 6.00
p.m.
Hari Latihan
Isnin Bola keranjang (P)
Selasa Bola keranjang (L)
Rabu Ping Pong , Bola Tampar (L)
Khamis Bola Tampar (P) , Olahraga, Bola Sepak
Jumaat 24 drum

4.5 Hadiah bagi setiap pemenang adalah 5 orang iaitu:


Tempa t Bilangan
Pertama Seorang
Kedua Seorang
Ketiaga Seorang
Sagu hati Dua orang

4.6 Guru yang mengendalikan pertandingan haruslah mengisi data murid dalam Sistem
SSMS sekolah selepas pertandingan. Tarikh pertandingan telah dicatat dalam buku
takwim sekolah, jikalau terdapat masalah , sila berjumpa dengan PKKK untuk
berbincangan.

4.7 Tempat perhimpunan bagi setiap aktiviti rujuk pada pelan yang dicatat dalam buku
takwim dan papan kenyataan sekolah. Contohnya :
Kelab dan Bilik darjah
persatuan
Olahraga Kantin
Koir Bilik muzik
4.8 Sila mengambil gambar laporan semasa aktiviti pertandingan dijalankan. Gambar yang
diambil haruslah jelas.
4.9 Guru penasihat aktiviti Kokurikulum haruslah sentiasa mencungkil bakat murid dan
mengalakkan murid tersebut menyertai pertandingan.
4.10 Badan Beruniform haruslah melatih murid berbarisan dalam sepanjang tahun
2019.

5 Hal-hal lain
5.1 Setiap majlis perayaan perlukan persediaan awal supaya aktiviti sekolah
berjalan
dengan lancar.
5.2 Pertandingan ko-akademik, setiap orang guru yang bertugas perlu memberi
latihan
kepada murid pada masa yang sesuai supaya Pdpc tidak diganggu.
5.3 Guru penyelaras Kokurikulum / GPKKK perlu memantau perjalanan kk pada
setiap hari
Khamis. Jikalau GPKKK menghadiri mesyuarat tiada di sekolah pada hari tersebut, guru
penyelaras perlu bertugas sehingga pukul 3.50pm.

6 Mesyuarat ditangguh pada 12.00p.m

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................ ................................. ....................................


(Hoe Wen Yan) (Wai Yok Man) (Tan Kim Huay)
Setiausaha Pengerusi Guru Besar

You might also like