You are on page 1of 13

KANDU

Bil
01
Perkara NGAN
Maklumat sekolah
Muka surat
i
02 Kandungan ii
03 Penghargaan dan Pengesahan oleh Guru Besar iii
04 Pengenalan 1
05 Rasional, matlamat dan objektif 2
06 Jawatankuasa 3
07 Senarai jumlah makmal/ bilik Sains dan pelan lokasi 4
08 Jadual bertugas makmal 5
09 Usaha sekolah dalam mewujudkan makmal yang kondusif 6
10 Gambar Makmal/ Bilik Sains 7
11 Kesimpulan dan Penutup 10

i
NAMA SEKOLAH :
SK( L) JALAN PASAR 2

ALAMAT SEKOLAH :
JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR

TEMA :
MAKMAL KONDUSIF

MOTO :
PEMBELAJARAN MENARIK, BILIK SAINS TERBAIK

ii
PENGHA
 
RGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran
kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyiapkan portfolio
pertandingan makmal/bilik Sains tepat pada waktunya .

Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada rakan-rakan guru dan Guru Besar kerana
memberi sokongan dan bantuan dalam menyediakan makmal/bilik Sains yang agak selesa
untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran Sains yang lebih efektif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….………………. ………………………..……
(NORHANA BT MOHAMED BAHARIN)
Penyelaras Panitia Sains,
SK(L) Jalan Pasar 2,
Kuala Lumpur.

iii
PENGEN
SK(L) Jalan Pasar 2 terletak di dalam kawasan SK Jalan Pasar 1 dan 2. Sekolah
kami merupakan sekolah kecil dengan enrolmen murid seramai 24 orang serta bangunan
sekolah yang terhad. Walau bagaimanpun sekolah mampu menyediakan kemudahan bilik
Sains yang berkongsi guna dengan bilik Kemahiran Hidup. Semua peralatan dan bahan bantu
mengajar disimpan dan disusun dengan rapi di dalam bilik Sains dan Kemahiran Hidup.

Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti P&P Sains seperti
eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah
Bilik Sains ialah sebuah meja yang sesuai, Kabinet, punca bekalan air, punca kuasa
elektrik ,pemadam api,almari penyimpanan bahan,rak buku atau bahan rujukan dan peralatan
sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku
Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang serba kekurangan, proses
pengajaran dan pembelajaran Sains masih berjaya dilaksanakan dengan baik. Pengajaran dan
pembelajaran di bilik Sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung
kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali dalam
proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tunjang utama bagi membolehkan pelajar
menguasai kemahiran proses sains yang amat penting.

Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan
pentadbiran bilik sains yang lebih cekap diwujudkan. Jadual penggunaan bilik yang berkesan
disediakan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Semua peralatan
disimpan di dalam almari dan laci yang berlabel untuk memudahkan pencarian dan
penyimpanan peralatan.

1
RASION
Makmal/bilik sains diwujudkan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif
serta membantu murid mencapai kefahaman membelajaran yang optimum. Kegiatan
pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah memerhati, membuat atau melakukan
sesuatu atau “hand-on” di samping “mind-on”. Kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai
persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut. Oleh itu bilik yang dikenali
makmal sains disediakan.

MATLA
 Konsep makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi
kegiatan amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran
terkawal.

 menyediakan persekitarn bilik sains yang ceria dan berinfomasi.

OBJEKTI
Objektif Bilik Sains ialah untuk :

 Membekalkan dan menyediakan segala keperluan dari segi bahan dan radas bagi

kemudahan murid dalam melakukan eksperimen Sains.

 Menekankan kemahiran saintifik yang sewajarnya kepada murid bagi mewujudkan

P&P berpusatkan murid.

 Membolehkan murid berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

2
JAWATANKUASA PENGURUSAN
BILIK SAINS 2016

PENASIHAT
EN. MOHD RIZAN BIN BABA
(Guru Besar)

PENGERUSI
PN. ROSENI BT YAHYA
( GPK Tadbir dan Kurikulum )

PENYELARAS SAINS
PN. NORHANA BT MOHAMED
BAHARIN
GPK 1 SK (L) Jalan Pasar 2

3
PELAN LOKASI BILIK SAINS SK (L) JLN PASAR 2
JADUAL TUGASAN MURID

BILIK SAINS 2016

HARI KUMPULAN BERTUGAS


Isnin Kump. 1
Selasa Kump. 2
Rabu Kump. 1
Khamis Kump. 2
Jumaat Kump. 1 dan 2

SENARAI TUGASAN :

Menyapu sampah

Membuang sampah

Membersih papan putih

Menutup lampu / kipas

5
USAH
A
SEKO
LAH
1) Guru Besar sentiasa menyelesaikan masalah kekurangan peruntukan untuk mata
pelajaran Sains untuk pembelian peralatan Sains untuk kegunaan PdP guru.

2) Bilik Sains dilengkapi dengan beberapa buah netbook untuk kemudahan murid
menyediakan persembahan kumpulan dan menjalankan PdP Sains dan teknologi
tahun 1,2 dan 3.

3) Menyediakan kemudahan talian internet untuk mencari maklumat semasa PdP di


dalam kelas.

6
KEMU
DAHA
N
BILIK
SAINS

7
8
9
PENUTU
P
Pihak sekolah berbesar hati berkongsi pengalaman berkenaan situasi sebenar dalam
mendidik anak bangsa dengan kemudahan serba kekurangan walau pun sekolah ini berada di
dalam kawasan bandar Kuala Lumpur. Kekurangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru
Sains dan pihak sekolah untuk menyediakan bilik dan kemudahan lengkap tidak
mematahkan semangat guru-guru dan anak murid untuk terus menimba ilmu dan meneroka
ilmu Sains.

Pertandingan ini dapat meningkatkan usaha guru dan pihak sekolah agar terus
berusaha meningkatkan kemudahan dan keceriaan bilik Sains dari masa ke masa mengikut
keperluan pembelajaran alaf 21. Pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan
adalanya kemudahan dan pengurusan bilik Sains cemerlang.

10

You might also like