You are on page 1of 2
PEJABAT KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JABATAN PERDANA MENTERI) Teen aT sy TINGKAT 3, WEST BLOCK, ‘Gombe erseeizz WISMA GOLDEN EAGLE REALTY SDN BHD, bin eect 142-C, JALAN AMPANG, Lamanvieb ww soagoe ay 50450 KUALA LUMPUR, Ruj. Kami: JAKOA/PP.30.049JId 57( ) Tarikh : Mac 2020 SEPERTI SENARAI EDARAN Tuan/Puan, LANGKAH PENCEGAHAN MENANGANI PENULARAN WABAK PENYAKIT CORONAVIRUS (COVID19) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2, Adalah dimakiumkan bahawa keadaan jangkitan penyakit COVID-19 telah memasuki fasa gelombang kedua dan semakin menular di bebarapa negara di serata dunia, Pada masa kini pihak Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau secara rapi perkembangan jangkitan penyakit COVID-19 di serata dunia. 3. Sehubungan itu, bagi membendung penularan penyakit ini dari terus merebak, Jabatan ini telah mengambil langkah — langkah pencegahan seperti berikut:- i) Mana — mana program yang melibatkan pengumpulan 50 orang ke atas akan dibatalkan atau ditangguhkan sehingga penyakit COVID-19 ini kembali reda. Sekiranya terdapat sebarang mesyuarat yang perlu diadakan segera dan tidak boleh ditangguh dan keahliannya kurang daripada 50 orang, pihak urus setia perlu memastikan langkah —langkah penjagaan seperti yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia wali dikuti; ii) Penutupan sementara tempat tumpuan umum bagi orang ramai seperti Muzium Orang Asli Gombak, Muzium Orang Asli Jeli, Perpustakaan Orang Asli Gombak dan Pusat — Pusat latihan JAKOA berkuatkuasa dari 17 Mac 2020; dan i) Pembatalan dan penangguhan sebarang Program Khidmat Masyarakat dan lawatan untuk melakukan kajian penyelidikan ke Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia berkuatkuasa dari 17 Mac 2020. Oleh itu, mana —mana surat kebenaran yang telah dikeluarkan bagi tujuan ini adalah TERBATAL dan perlu ditunda ke tarikh lain sehingga penyakit COVID-19 kembali reda. iv) Penangguhan aktiviti banci di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia berkuatkuasa serta merta. 3. Langkah-langkah pencegahan ini adalah kekal berkuatkuasa selari dengan saranan Ketua Setiausaha Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebarang perkembangan baru berkaitan arahan ini akan dimaklumkan kelak. 4, Oleh yang demikian, pihak tuan/puan dipohon untuk memaklumkan kepada semua kakitangan JAKOA dan Ketua — Ketua masyarakat Orang Asli berhubung arahan ini bagi mencegah serta mengawal penyakit ini dari terus merebak. Pihak tuan/puan juga dinasihatkan untuk menglkuti perkembangan terkini mengenai penyakit COVID-19 dan langkah — langkah pencegahan serta kawalan seperti yang disyorkan oleh pihak KKM melalul laman web www.moh.gov.my. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih, Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, (PROF.DR-ZOLLA/L EDO) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

You might also like