Professional Documents
Culture Documents
MAKNA SILAJ
Silaj merupakan bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan
sampingan pertanian yang disimpan di tempat yang kedap udara.Foder yang berkelembapan tinggi (65-
75%) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik) dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan
kerosakan.
MEMBUAT SILAJ
Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa
mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder
atau bahan makanan ternakan terutama di musim kemarau atau banjir.
Rumput dipotong pendek antara 3-15cm keratan dengan menggunakan mesin khas ’CHOPPER’.
Rumput perlu dilayukan – bahan kering 30% adalah terbaik.
Pengisian foder dan pemampatan dilakukan secepat mungkin, Penutupan hendaklah dilakukan segera.
PROSES SILAJ
Fasa 1
Rumput dimasukkan ke dalam silo
• Respirasi berterusan
• Oksigen digunakan
• CO2 dan haba dihasilkan
• Suhu meningkato
Fasa 2
asetik dikeluarkan
• pH turun dari 6.0 ke 4.2o
Fasa 3
• Asid laktik di hasilkan
.Asid asetik menurun
Fasa 4
• Pengeluaran asid laktik berterusan
• Suhu turun
• Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.
KELEBIHAN SILAJ
• Lebih selera daripada rumput kering
• Tidak bergantung kepada cuaca
• Boleh disimpan lebih lama tanpa kerosakan
• Tidak mudah terbakar
• Kurang ruang penyimpanan
KESIMPULAN
• Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin
meningkat.
• Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.
• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj.
• Secara am silo mestilah kedap udara.
• Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo.
• Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia.
Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari
SILAJ JAGUNG
1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 700 gram
3. Garam - 700 gram
4. Urea – 350 gram
5. Air – 2.8 kg
6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).
Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/additif.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari