You are on page 1of 5

URUS SETIA MESYUARAT:

1. PN SURIZA BT ABDULLAH S/U MESYUARAT GURU


2. PN SATIFAH BT MOHD ARIS PEN S/U MESYUARAT GURU

AGENDA
1 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 En Yusof Bin Kamaruddin, selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ke-2 bagi tahun 2018.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baharu PK Petang iaitu Pn Nurul


Asyiqin Bt Md Isa dan PK Kokurikulum Pn Rosidah Bt Ibrahim.

1.3 Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat mempertingkatkan ilmu pedagogi
dan psikologi dalam menjalankan tugas mengenal murid agar dapat membantu
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid.

1.4 Beliau juga memaklumkan bahawa semua guru Pendidikan Khas dan Pra Sekolah
perlu bersiap siaga kerana Bahagian Pendidikan Khas dan Pra Sekolah (JPNS),
telah menjalankan pemantauan di semua sekolah seluruh Negeri Selangor .

Tindakan: Semua Guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Bil 1/2018.


Dicadangkan oleh Pn Noraini Bt Zainudin.
Diterima sebulat suara.

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991PANDUAN


PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN
JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT(Maklum balas minit mesyuarat yang lepas)

3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru mengenai aduan kes buli murid Tahun 1.
Segala maklumat hendaklah dicatat dan direkodkan. Dalam masa 3 hari aduan
tersebut, barulah menjalankan siasatan. Ibubapa hendaklah mencatat aduan mereka
dalam borang yang disediakan.

3.2 Semua guru yang membuat permohonan cuti hendaklah memohon secara atas
talian (online) terlebih dahulu.

4 PERKARA YANG DIBINCANGKAN/ISU YANG DIBINCANGKAN


4.1 Dapatan Pemantauan PPD.
 Pihak sekolah telah mendapat pujian dalam penyediaan Surat Perlantikan
Jawatankuasa dan penyediaan Fail Linus yang lengkap dan kemas..
 Pihak sekolah hendaklah menyediakan laporan dalam masa 14 hari selepas
hari pemantauan,
 Terdapat catatan minit mesyuarat yang terlalu ringkas, tidak menepati 6
agenda mesyuarat dan tidak berpandukan ketetapan kurikukulum.
 Program aktiviti di dalam Perancangan Strategik tidak seiring dengan
program panitia.
 Jumlah PCG yang diterima tidak dinyatakan dalam minit mesyuarat panitia
kali 1.
 Pembelajaran kolaboratif tidak dijalanakan dalam PdPc.
 PdPc masih berpusatkan guru.
 Jumlah minggu dalam RPT tidak seragam.
 Terdapat RPT yang dicopy paste daripada sumber internet tetapi tidak
membuat suntingan semula.
 Fail putih adalah untuk kegunaan pihak pejabat sekolah sahaja, tidak perlu
disimpan dalam fail folder.
 PBS tidak ada Fail Induk.
 Catatan refleksi mestilah ditulis setiap kali selesai PdPc.
 Penulisan RPH tidak boleh ditulis bagi satu subjek untuk semua kelas.
 Cadangan daripada pihak PPD hendaklah menyebarluaskan ketetapan
kurikulum sekolah melalui pesanan whatsapp.
Tindakan: Semua Guru

4.2 Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21)

4.2.1 Penataraan PAK 21, KBAT,iTHINK mesti dilaksanakan dan dipraktikkan


di sekolah.
4.2.2 Ketua Panitia perlu memainkan peranan dalam memantau ahli guru
dalam melaksanakan 100 % PdPc yang mengandungi ciri PAK 21,
KBAT dan iTHINK.
4.2.3 Kemahiran Aras Tinggi (KBAT) perlu diperkasakan dalam kalangan guru.

Tindakan: Semua Guru

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991PANDUAN


PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN
JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

4.3 PLC

4.3.1 Semua guru hendaklah membudayakan PLC dalam menjalankan


tanggungjawab sebagai guru dan utuk mendapatkan PdPc yang
berkesan.

Tindakan :Semua Guru

4.4 Pemeriksaan Buku Latihan Murid


4.4.1 Pemeriksaan Buku Latihan Murid hendaklah dihantar kepada pihak
pentadbir.
 Bulan Februari/Mac – mata pelajaran BM, BI, Agama Islam.
 Tahun 1 & 6- Guru Besar.
 Tahun 5 – PK 1
 Tahun 4 – PK HEM
 Tahun 3 – PK Kokurikulum
 Tahu 2 – PK Petang
 Pendidikan Khas - PK Pendidikan Khas.

4.4.2 Semua guru hendaklah menggunakan borang PK06 untuk merekod


penyemakan buku latihan /kerja murid dan perlu diserahkan kepada pihak
pentadbir untuk disahkan.

Tindakan :Semua Guru


4.5 Punch Kad

4.5.1 Semua guru hendaklah bertanggungjawab untuk ‘punch card’ ketika


datang dan balik pada setiap hari persekolahan.
4.5.2 Semua guru hendaklah ada daya intergriti.

Tindakan :Semua Guru

4.6 PBS
4.6.1 Guru perlu memahami cara pelaksanaan PBD dalam PdPc bagi setiap
murid. Guru mata pelajaran mesti membuat perekodan PBS/PBD dalam
borang transit. Digalakkan membuat senarai semak setiap murid serta
dicatat dalam Buku Rekod Mengajar.
Tindakan: Semua Guru
4.7 Dialog Prestasi

4.7.1 Dialog Prestasi hendaklah dijalankan oleh semua tahun, bermula Tahun 1
hingga Tahun 6, bukan hanya dijalankan untuk Tahun 6 sahaja.
4.7.2 Dialog Prestasi adalah untuk memastikan program yang dilaksanakan
berkesan dan berimpak tinggi.

Tindakan :Semua Guru

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991PANDUAN


PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN
JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

4.8 Cuti Sakit

4.8.1 Surat Cuti Sakit hendaklah diserahkan kepada pejabat seawal mungkin,
sebaiknya selepas cuti tersebut untuk direkodkan.

Tindakan :Semua Guru


4.9 Sikap Menepati Masa

4.9.1 Semua guru hendaklah menepati masa dalam semua hal seperti hadir
dalam perhimpunan rasmi, mesyuarat, pengisian maklumat dan data
yang diminta untuk memudahkan urusan.
Tindakan :Semua Guru

4.10 Perhimpunan Rasmi

4.10.1 Semasa perhimpunan rasmi guru hendaklah banyak memberi nasihat,


motivasi dan teguran kepada murid bukan leteran.
4.10.2 Laporan guru bertugas hendaklah dicatat dalam buku laporan sebagai
evidens untuk SKPMg2.
Tindakan:Semua Guru

4.11 eOperasi
4.11.1 e-Operasi hendaklah dikemaskini dan disahkan.
4.11.2 Pastikan ada nombor cukai pendapatan.
Tindakan :Semua Guru
4.12 Hrmis
4.12.1 Hrmis hendaklah dikemaskini data dan sebarang pembetulan hendaklah
maklumkan kepada Pn Malizala Bt Rahmat.
Tindakan :Semua Guru
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Sekiranya terdapat guru yang terlibat dengan kes mahkamah perlu maklumkan
kepada pihak pentadbir.

5.2 Kursus Transformasi Minda akan diberi kepada guru yang belum disahkan
jawatan.

5.3 Guru-guru digalakkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana /Master untuk


masa akan datang. Hadiah biasiswa akan diberikan kepada guru - guru yang
menepati syarat.

5.4 Guru yang bercuti ke luar negara dinasihatkan mengambil insuran. Pada tahun
pertama insuran adalah percuma.

5.5 Semua guru yang terlibat dengan Kerani Mengundi hendaklah membuat salinan
kad pengenalan, slip gaji terkini dan pengesahan akaun bank dan diserahkan
kepada Pn Noridah binti Ahmad Masen@Ahmad Basir.

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991PANDUAN


PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN
JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

Tindakan: Semua Guru

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua
guru.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Urus Setia:

Setiausaha Minit Mesyuarat Guru


SK Seri Sekamat
16 Mac 2018

You might also like