You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KELABORAN

16200 TUMPAT, KELANTAN

MINIT MESYUARAT
JAWATAN KUASA PBPPP 2019

Tarikh : 26 Disember, 2019


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran :
Semua Pentadbir

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kehadiran ke Mesyuarat Penyelarasan


PBPPP kepada semua pentadbir

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir yang telah
membuat / memberi permarkahan kepada guru-guru berdasarkan pemerhatian dan
komitmen guru-guru sepanjang 2019.

Agenda 2 : Pelarasan Markah PYD

2.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat penyelarasan ini dilaksanakan kerana terdapat


6 orang guru (PYD) yang mempunyai beza purata yang besar.

2.2 Oleh yang demikan sewajarnya pelarasan perlu di buat bagi memastikan perbezaan
pemberian markah antara P1 dan P2 mempunyai beza ygn tidak ketara.

2.3 Pengerusi memaklumkan nama PYD beserta markah yang diberi oleh P1 dan P2,
beza dan purata markah masing-masing.

2.4 P1 iaitu Tn Hj Azha bin Mohd memaklumkan, 6 orang PYD yang disenaraikan
merupakan guru-guru di bawah seliaan beliau. Beliau memaklumkan bahawa
sewaktu pemarkahan di buat terdapat RALAT di mana beliau telah tersilap HANTAR
markah penilaian penggal pertama.

2.5 Beliau telah memaklumkan berkaitan perkara ini kepada Guru Besar setelah
menyedari kesilapan yang berlaku.
2.6 Beliau berharap jawatan kuasa mesyuarat akan membuat penyelarasan
semula agar markah guru-guru tersebut boleh diperbaiki.
2.7 Pengerusi memaklumkan agar P1 menyerahkan borang pemarkahan PBPPP guru-
guru yang terlibat kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk dibuat pelarasan.

2.8 Pengerusi memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk memasukkan


semula markah pelarasan ke dalam system e-prestasi melalui ID PKP dalam MENU
PELARASAN MARKAH dan klik SIMPAN.

2.9 Pengerusi selaku Guru Besar akan mengesahkan markah tersebut untuk SIMPAN
dan HANTAR.

Agenda 3 : Hal-Hal lain


TIADA

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 10.45 pagi

Di sediakan oleh, Di sahkan oleh,

Mohamad Sukri bin Salleh Norohaimah binti Muhammadd


Setiausaha PBPPP Guru Besar,
SK Kelaboran

You might also like