You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LIANG BATU

KAMPUNG LIANG BATU,


LENGA, 84040 MUAR,
JOHOR DARUL TAKZIM
No.Tel : 069712923
No.Fax: 069712923

Ruj: 500-1/1/3 ( )
Tarikh: 14 September 2022
Kepada :
Pegawai Pelajaran Daerah Muar
Pejabat Pelajaran Daerah Muar
JKR 242, Jalan Arab
84000 Muar
Johor.
(U.P. : En Mohd Isa Bin A Rahim, Penolong PPD Rendah.)

Tuan,
Serahan Minit Mesyuarat Pelarasan Perjawatan HEM SK Liang Batu

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dilampirkan bersama minit berkaitan perlarasan perjawatan HEM DG44 untuk makluman dan
tindakan Tuan. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara diatas, saya sedia dihubungi di talian 018-2580381.

5. Sekian untuk makluman dan tindakan daripada pihak tuan. Kerjasama dan keperihatinan tuan
dalam perkara diatas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

#BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA


#BANDAR WARISAN, BERSIH DAN SEJAHTERA
#MUAR PERKASA 2030
#BANDAR MAHARANI BERSIH, LESTARI DAN BERDAYA HUNI

” WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ”

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,


SEKOLAH KEBANGSAAN LIANG BATU
MINIT MESYUARAT
PELARASAN PERJAWATAN 2022
BIL 1/2022

TARIKH : 14.08.2022
MASA : WAR ROOM SK LIANG BATU
PENGERUSI : EN MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI ( GURU BESAR )
KEHADIRAN : 10/10

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1.Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca suarah Al-Fatihah dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat mengenai pelarasan perjawatan yang bakal
Dilaksanakan di peringkat pentadbiran.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


TIADA

3.0 PERKARA BERBANGKIT


TIADA

4.0 PELARASAN PERJAWATAN


4.1 Pengerusi memaklumkan akan berlaku pertukaran perjawatan di peringkat
pentadbiran.

4.2 Seperti yang semua guru sedia maklum , perjawatan PGB HEM di sekolah SKM
Adalah secara hakiki dan PGB yang sudah dianugerahkan gred DG48 samada
secara hakiki / secara sandangan KUP tidak lagi layak untuk memegang jawatan
pentadbiran di SKM .

4.3 Penolong Kanan HEM di SKM mesti berada di gred maksimum DG 44.
4.3 Oleh itu Penolong Kanan HEM sedia ada iaitu Pn Hajah Saedah binti Ab Rahman
terpaksa akur untuk melepaskan jawatannya sebagai Penolong Kanan HEM
seperti yang dikehendaki oleh pihak PPD melalui perbualan telefon antara Guru
Besar dengan Pegawai PPD Rendah iaitu En Mohd Isa Bin A Rahim pada tarikh
19 Ogos 2022 tepat pukul 11.01 pagi.

5.0 PELANTIKAN PGB HEM BARU


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pelantikan Penolong Kanan HEM baru adalah
di bawah bidang kuasa Guru Besar dengan nasihat dan perbincangan bersama
pentadbir.

5.2
PENOLONG KANAN HEM LAMA PENOLONG KANAN HEM BARU

Pn Saedah binti Ab Rahman En Norhisam bin Rahmat

5.3 Pengerusi mengumumkan pelarasan perjawatan yang telah dibincangkan dan


dipersetujui di peringkat pentadbir dan dipersetujui oleh semua guru.

5.4 PK HEM yang telah dilantik bertanggungjawab untuk merancang serta


menyelaraskan segala tugasan yang berkaitan dengan bidang PK HEM.

6.0 PROSES SERAH TUGAS

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa proses Serah Tugas akan dilaksanakan pada
1 September 2022 di antara PK HEM yang Lama kepada PK HEM yang baru.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Tugas HEM lama akan diserahkan secara soft landing sehingga menjelang tarikh
1 September 2022.

8.0 PENUTUP
8.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar dapat memberikan kerjasama yang
jitu kepada Penolong Kanan HEM yang Baru dilantik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang .

Disediakan oleh ,

….…………………………………

Disahkan oleh ,

….…………………………………

You might also like