You are on page 1of 4

KOD UPU : UE4224001

KOD PROGRAM : LG120

ARAHAN DAN KEPERLUAN CALON BAGI PROGRAM BERTEMUDUGA


DIPLOMA SEPENUH MASA
DIPLOMA BAHASA INGGERIS KOMUNIKASI PROFESIONAL
SESI 1 2020/2021 (KEMASUKAN OKTOBER 2020)

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

ARAHAN AM

Temuduga bagi semua program di bawah kelolaan Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti
Teknologi MARA (UiTM) tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka bagi Sesi Akademik 1 2020/2021.
Perkara ini ekoran daripada Pandemik COVID-19 yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sebagaimana yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.

Bagi tujuan penilaian calon, saudara/saudari yang telah memenuhi syarat permohonan dikehendaki
menjawab Ujian Bertulis atas Talian dan Penghantaran Video Pendek serta Dokumen Sokongan
melalui pautan Google Form yang disediakan.

Kaedah ini HANYA terpakai bagi Sesi Akademik 1 2020/2021 berikutan Pandemik COVID-19 yang
sedang melanda Malaysia ketika ini.

A. UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN

1. Calon perlu menduduki Ujian Bertulis atas Talian melalui capaian Google Form berikut
https://forms.gle/CNsKkaAdTLRkNEyNA pada 2 Mei 2020 sebelum jam 4:00 p.m.

2. Calon dikehendaki menjawab SATU soalan esei pendek (180 – 200 patah perkataan)
berdasarkan soalan yang disediakan.

3. Calon perlu melengkapkan esei tersebut dalam tempoh 30 minit.

4. Kegagalan melengkapkan ujian bertulis ini akan menyebabkan saudara/saudari tidak


dipertimbangkan sebagai calon jaya.

B. VIDEO PENDEK

1. Calon dikehendaki menyediakan dan menghantar SATU video pendek yang berdurasi tidak
lebih dua (2) minit.

2. Video tersebut perlu dihantar beserta dokumen sokongan melalui pautan Google Form berikut
https://forms.gle/h2PC15Azfk2Yij7v7 sebelum atau pada 2 Mei 2020 jam 11:59 p.m.
Penghantaran di luar tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

3. Video tersebut perlu mengandungi maklumat berikut:


i. Pengenalan diri (Talk about yourself)
ii. Sebab-sebab calon perlu diterima belajar dalam program LG120. (Why should you be
selected to join LG120?)
KOD UPU : UE4224001
KOD PROGRAM : LG120

4. Video hendaklah menunjukkan keseluruhan diri calon dan mempunyai audio dan visual yang
jelas.

5. Calon hendaklah mematuhi peraturan arahan pakaian yang ditetapkan oleh UiTM iaitu
berpakaian kemas dan sopan (tidak dibenarkan memakai jeans dan baju-T). Arahan lain
termasuklah:

Lelaki : Berkemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut


Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan
Perempuan : Baju kurung ATAU Kebaya dan berkasut
Berambut kemas dan tidak diwarnakan

6. Kegagalan menyediakan video ini akan menyebabkan saudara/saudari tidak dipertimbangkan


sebagai calon jaya.

C. DOKUMEN SOKONGAN

1. Calon perlu membuat salinan dokumen sokongan dan dihantar beserta video pendek melalui
pautan Google Form berikut https://forms.gle/h2PC15Azfk2Yij7v7 sebelum atau pada 2 Mei 2020
jam 11:59 p.m. Penghantaran di luar tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan.

2. Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:


i. Surat panggilan temuduga
ii. Sijil asal SPM/STPM
iii. Sijil Kelahiran calon
iv. Kad pengenalan calon
v. Sijil kelahiran ibu
vi. Kad pengenalan ibu
vii. Sijil kelahiran bapa
viii. Kad pengenalan bapa
ix. 3 surat/sijil penglibatan tertinggi calon

3. Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan saudara/saudari


tidak dipertimbangkan sebagai calon jaya.

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Universiti berhak menolak permohonan calon atau menggugurkan status pelajar sekiranya calon/pelajar
didapati menipu atau memalsukan sijil atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada Universiti.
KOD UPU : UE4224001
KOD PROGRAM : LG120

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan calon digalakkan untuk menghantar emel atau menghubungi
Urusetia seperti di bawah:

Urusetia : lg120melaka@uitm.edu.my
Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional (LG120)
Encik Adi Idham bin Jailani : adiidham538@uitm.edu.my
Penyelaras Program LG120, UiTM Cawangan Melaka 012-368 6361

Puan Hadayat Rahmah Hasan : hadayat@uitm.edu.my


Penyelaras Program LG120, Akademi Pengajian Bahasa 016-233 3742

Puan Zainab Binti Salleh : zaina064@uitm.edu.my


Penolong Pendaftar Kanan (Akademik), Akademi 03-5544 2457
Pengajian Bahasa

Puan Suriani Binti Haji Fathilah : suriani975@uitm.edu.my


Penolong Pendaftar Kanan (Akademik), UiTM Cawangan
Melaka

Encik Nik Mohd Razif Bin Othman : nik_razif@uitm.edu.my


Pegawai Eksekutif (Akademik), Akademi Pengajian
Bahasa

PAUTAN KE GOOGLE FORM BAGI PROSES PENGHANTARAN BAHAN

Ujian Bertulis atas Talian

https://forms.gle/CNsKkaAdTLRkNEyNA

Video Pendek dan Dokumen Sokongan

https://forms.gle/h2PC15Azfk2Yij7v7
KOD UPU : UE4224001
KOD PROGRAM : LG120

SENARAI SEMAKAN DOKUMEN SOKONGAN


PROGRAM DIPLOMA, UiTM
MAKLUMAT CALON
NAMA :

NO. MYKAD :

MAKLUMAT TEMU DUGA


KOD PROGRAM UiTM / KOD PROGRAM UPU : /
NAMA PROGRAM :

KAMPUS : TARIKH :

Calon perlu menyediakan perkara-perkara berikut:


Salinan dokumen perlu disimpan dalam bentuk PDF dan melalui pautan Google Form. Pastikan nama fail dokumen mengikut susunan yang
ditetapkan di bawah.
Contoh: 01_Borang Senarai Semakan Dokumen
02_Surat Panggilan Temuduga
03_Kad Pengenalan Calon

NO. Kegagalan menyediakan dokumen seperti berikut boleh menyebabkan calon TIDAK SEMAKAN OLEH SEMAKAN OLEH
CALON FAKULTI
AKAN DITAWARKAN program pengajian yang dipohon.
(sila tandakan √) (sila tandakan √)
Surat Panggilan Temu Duga
1.
(Dicetak dari laman web online.uitm.edu.my)
Kad Pengenalan Calon
2. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan anda perlu membuat Kad Pengenalan sementara di Jabatan
Pendaftaran Negara).
Kad Pengenalan ibu dan bapa Ibu
3. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan ibu/ bapa anda perlu membuat Kad
Pengenalan sementara Jabatan Pendaftaran Negara). Bapa
Sijil Kelahiran Calon
4. (Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran, anda perlu membuat cabutan sijil kelahiran/ kad pengenalan yang
baru di Jabatan Pendaftaran Negara).
Sijil Kelahiran ibu dan bapa
Ibu
(Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran ibu/ bapa, anda perlu membuat cabutan sijil
5. kelahiran/ kad pengenalan yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara). Bagi ibu/ bapa
yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/ bapa PERLU dibawa semasa hari Bapa
temu duga
SPM/ setaraf
6. (Sekiranya kehilangan sijil SPM/ setaraf anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia).
7. Pengiktirafan Program Dari MQA (Calon lepasan O-Level sahaja)

You might also like