You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah merupakan satu

program yang dianjurkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rini,

Johor Bahru bersama dengan AADK cawangan Johor Bahru.

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid

tentang bahaya dadah kepada mereka serta menanamkan budaya membenci

dadah di kalangan murid-murid. Ini merupakan antara langkah pencegahan

yang terbaik bagi menyahut seruan kerajaan supaya membenci dadah kerana

dadah telah terbukti memusnahkan pemuda-pemudi harapan negara pada

hari ini.

2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

2.1 Maklumat Sekolah

Nama Sekolah : SJKT LADANG RINI

Alamat Sekolah : LIMA KEDAI, SKUDAI, JOHOR BAHRU

Telefon : 07-5103760

Laman Web : http://sjktrini.tripod.com

E-mail Sekolah : jbd1022@hotmail.com

Nama Guru Besar : Pn G.Kasturibye

Jumlah Murid : 419 orang


2.2 Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah

Kursus anti dadah :”Anda Cuba, Anda Sengsara”

3.0 CADANGAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

3.1 Matlamat Program

- Menanam budaya membenci dadah

- Mewujudkan sikap bertanggungjwab dan rasa sayang terhadap diri

sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara

3.2 Objektif Program

- Melahirkan insan yang mempunyai sifat sayang pada diri sendiri

- Mensyukuri dan menghargai pemberian Pencipta

3.3 Program Yang Akan Dijalankan

i) Pameran

Pameran mengenai jenis-jenis dadah seperti ganja, heroin,

candu dan lain-lain lagi serta alat-alat yang digunakan oleh

penagih seperti jarum suntikan. Selain itu, ada juga pameran

mengenai hukuman yang akan dikenakan bagi pesalah

pengedar dadah atau penagih dadah seperti sebat dan penjara.

ii) Ceramah
Ceramah-ceramah mengenai dadah juga dijalankan serta

disampaikan oleh penceramah-penceramah dari PEMADAM,

AADK Johor Bahru dan juga pihak polis yang terlibat bagi

menangani masalah ini.

iii) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

LDK ini adalah untuk menilai pemahaman murid mengenai

dadah serta semangat kerjasama antara murid. Selain itu, ia juga

untuk mencungkil bakat murid dari segi berani berdepan dengan

orang ramai dan pengetahuan mereka tentang bahaya dadah.

3.4 Kumpulan Sasaran

Semua murid-murid Tahun 6 SJKT Ladang Rini, Johor Bahru iaitu

seramai 70 orang murid.

3.5 Tempoh Program

Program akan dijalankan selama 1 hari iaitu 09 Okt

3.6 Tenaga Pengajar

i) Penceramah-penceramah dari PEMADAM dan AADK Johor

Bahru.

ii) Pegawai Polis yang terlibat dalam membasmi kegiatan dadah


3.7 Tempat Program Dijalankan

Program ini akan dijalankan di Dewan SJKT LADANG RINI

3.8 Penilaian

i) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

4.0 PENUTUP

Program pencegahan dadah yang diadakan pada kali ini amat berbeza daripada

program pencegahan dadah yang diadakan sebelum ini. Pada kali ini, program lebih

praktikal kerana bukan hanya tertumpu pada ceramah semata-mata, bahkan

bengkel-bengkel dan pertandingan turut diadakan dalam rangka menanamkan

kebencian dalam hati murid-murid terhadap dadah. Di samping itu, diharapkan

program pencegahan dadah yang diadakan mampu meningkatkan jati diri dan moral

murid-murid supaya mereka tidak terjebak dengan bahana dadah kelak.


LAMPIRAN A

ATURCARA KURSUS ANTI DADAH

”ANDA CUBA, ANDA SENGSARA”

10 Okt 2009 ( Jumaat)

8.00-8.15 pg : Pendaftaran peserta

8.15 -10.00 pg : Ceramah

Oleh Chief Inspektor Mathavan IPD NUSA JAYA

10.00-10.15 pg : Minum pagi

10.15-11.00 pg : Ceramah

Oleh Ketua AADK Johor Bahru, Tuan Sukumaran.

11.00-12.00 tghri : Pameran

12.00-1.00 : Makan Tengah hari


LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

”JAUHI DADAH, HINDARI PADAH”

Penasihat : Puan G.Kasturibye - GURU BESAR

Pengerusi : Pn.Kohila - GPK HEM

Setiausaha :Pn.G.Parama - Penyelaras Prg UPSR

AJK

Penyelaras Program : En.S.Thirumurthi (bahagian penceramah)

: Puan S.Hemamalini (bahagian Pameran)

: Puan B.Muneshkumari (bahagian LDK)

Makanan & Minuman : Pn N.Mariammal

Pendaftaran : Pn.M.Sri Devi

Hadiah & Cenderahati : En.Sulaiman Bin Moiden

Siaraya : En.M.Rasangam

You might also like