You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH 1/2016

SK KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT, PAHANG

Tarikh : 15 Jun 2016


Hari : Rabu
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Gerakan, SK Kuala Tahan
Kehadiran :
En Baharum Bin Bakar (Guru Besar)
Pn Roziah Binti Abd Hamid - GPK Pentadbiran
Pn Norliza Binti Ismail - GPK HEM
Pn Rohana bt Abdul Hamid (Guru Pra)
PnFadilah bt Yahya (Guru Pra)
Pn Zanariah bt Mat Hassan (PPM)
Pn Rozian bt Idris (PPM)

Agenda 1 : Aluan Pengerusi


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat tersebut.
1.3 Pengerusi mengharapkan agar prasekolah dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang setiap
hari.
1.5 Beliau mengharapkan guru dan PPM dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik
mungkin dan lebih bermotivasi agar pendidikan peringkat awal ini mampu memberi kesan positif
kepada murid.

Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Pn Rohana membentang minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Pn Fadilah mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan.
2.3 Disokong oleh Pn Zanariah
Agenda 3 : Perkara Berbangkit
3.1 Masalah kebocoran atap di kelas Prasekolah Cahaya masih berlaku walaupun atap kelas telah
diganti.
3.2 Tandas di kelas Prasekolah Cahaya masih belum boleh digunakan. Murid terpaksa berkongsi
satu tandas. Pn Norliza memaklumkan jika tandas tersumbat maklumkan kepada pihak pentadbir
untuk urusan penyelengaraan.
3.3 Barang-barang yang tidak digunakan perlu dibuat penyelarasan hapus kira.
3.4 Penetapan sebut harga untuk penyelenggaraan kelas Prasekolah Sinar dan Cahaya telah
dikeluarkan oleh JKR. Perlu tunggu tindak balas dari Unit Pembangunan Jerantut.

Agenda 4 : Laporan Prasekolah sehingga Feb 2015


4.1 Prasekolah Cahaya – sehingga bulan Jun 2016 masih terdapat 2 orang murid yang belum
menguasai kemahiran 3M. salah seorang daripadanya telah mendapat perhatian Doktor dan akan
dicadangkan untuk pemeriksaan secara lanjut.
4.2 Prasekolah Sinar – sehingga bulan Jun terdapat 2 orang murid yang masih belum menguasai
kemahiran 3M. perhatian yang lebih diberikan supaya murid dapat melepasi tahap kemahiran
yang diperlukan.
4.3 Guru dan pembantu akan cuba sedaya upaya menjalankan yang terbaik untuk anak-anak
prasekolah.

Agenda 5: Program Prasekolah


5.1 Pn Rohana membentangkan beberapa program yang dirancang dan telah dijalankan untuk
murid Prasekolah.
5.2 Antara program yang akan dijalankan ialah Lawatan Sabil Belajar murid Prasekolah ke
Pertosains Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Program ini dijalankan pada 14 Mei yang lalu.
5.3 Iklan kemasukan ke Prasekolah bagi sesi 2017 akan dibuka bermula daripada 11 Julai
sehingga 11 Ogos 2016. Ikalan ini dibuka selama sebulan untuk ibu bapa yang berminat untuk
menghantar anak mereka ke kelas Prasekolah.
5.4 Prasekolah Sinar bertanggungjawab menyediakan borang serta keperluan permohonan
tersebut. Setiap permohonan mestilah memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan.
5.5 Mesyuarat pemilihan akan diadakan pada bulan bulan September.
5.6 Prasekolah juga terlibat dengan program NILAM yang dianjurkan oleh Pusat Sumber
Sekolah. Seramai 13 orang murid Prasekolah Cahaya dan 10 orang murid Prasekolah Sinar
menyertai program ini. Melalui program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan murid
prasekolah. Hadiah pembaca terbanyak akan dibuat pada hujung tahun sekali dengan murid kelas
Perdana.
5.7 Pada tahun ini pihak pengurusan Prasekolah akan meneruskan program graduasi murid di
luar. Program ini akan dijalankan di Xcape Resort memandangkan dana untuk graduasi telah
dipungut daripada penjaga. Tarikh untuk program ini masih dalam perbincangan dengan pihak
Resort.
5.8 Mesyuarat khas untuk program graduasi akan dibuat untuk membincangkan mengenai
jawatankuasa dan keperluan untuk melancarkan program tersebut.
5.9 Beberapa aktiviti lain akan menyusul mengikut tarikh dan perancangan yang telah dibuat.

Agenda 6 : Pengurusan Prasekolah


6.1 Bajet untuk murid prasekolah yang tertunggak masih belum diterima setakat ini.
Kemungkinan akan dapat pada akhir tahun.
6.2 Pn Rohana Menyatakan bahawa seorang murid Prasekolah akan berpindah ke kedah. Jumlah
murid akan berkurangan seorang untuk kelas Prasekolah Cahaya. Surat akuan dan sijil akan
dikeluarkan untuk murid tersebut.

Agenda 7 : Hal-hal lain


7.1 Guru besar mencadangkan agar semua staff dan PPM turut serta dalam perhimpunan sekolah.
Cadangannya diadakan pada minggu pertama setiap bulan. Tujuan diadakan untuk memudahkan
sesuatu maklumat disalurkan kepada semua guru dan staff yang terlibat.
7.2 Pn Fadilah menyatakan bahawa murid prasekolah Sinar tiada tempat untuk bermain
memandangkan taman permainan mengalami kerosakan akibat tanah runtuh.
7.3 Pn Rohana menjelaskan bahawa pada tahun ini prasekolah SK Kuala Tahan tidak dapat
menghantar murid ke karnival Prasekolah peringkat daerah. Oleh yang demikian dana
kokurikulum yang dikutip digunakan untuk menampung kos graduasi di Xcape nanti. Secara
tidak langsung mengurangkan kos penjaga yang ingin menyertai program tersebut.
7.4 Cadangan tersebut dipersetujui oleh ahli mesyuarat, Pn Roziah meminta guru prasekolah
memperjelaskan mengenai penggunaan duit tersebut kepada pewaris pada mesyuarat akan
datang.

Agenda 8 : Ucapan Penangguhan


8.1 Tuan pengerusi mengucapkan tarima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan mengharapkan
supaya guru dan ibu bapa dapat bekerjasama dalam melaksanakan setiap aktiviti yang diadakan.
8.2 Meminta supaya semua dapat memberi sumbangan yang besar dalam memajukan bidang
pendidikan di Prasekolah.
8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang dengan bacaan Surah al-Asr.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

____________________ ____________________
(ROHANA BT ABDUL HAMID) (BAHARUM BIN BAKAR)
Guru Prasekolah, Guru Besar,
SK Kuala Tahan SK Kuala Tahan
27000 JERANTUT. 27000 JERANTUT.

You might also like