You are on page 1of 32

EMM 432 ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

1. Gelles (1974) telah mengutarakan teori psikopatologi berkaitan keganasan keluarga dari sudut
individu. Jelaskan. (Mei’17, Sept’16)
a. bermaksud satu tindakan yang dilakukan dengan niat atau niat yang dipersepsikan untuk menyebabkan
kesakitan atau kecederaan fizikal terhadap orang lain.
b. keganasan keluarga merujuk kepada sebarang tindakan yang diambil terhadap individu yang mempunyai
hubungan yang sah dengan pelaku atau terhadap mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
pelaku.
c. keganasan yang berlaku antara anggota sesebuah keluarga disebabkan terdapat ciri-ciri psikologi
yang tidak normal.
d. diandaikan terdapat dalam personaliti penganiaya itu sendiri. Penganiaya menjadi ganas disebabkan
gangguan personaliti, penyakit mental ataupun emosi,atau akibat salahguna alkohol atau dadah.
e. Keganasan atau penganiayaan adalah hasil pengimpangan daripada keadaan yang lazim atau
disebabkan penyakit, sedangkan dipercayai seseorang itu sebagai sihat,maka tindakan yang diambilnya
itu tidak boleh dikatakan sebagai menyakitkan atau menganiaya.
f. Keganasan merupakan sumber yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang
diingininya, iaitu apabila sumber-sumber lain seperti wang, penghormatan, kasih sayang, dan
matlamat yang dikongsi bersama yang dirasakan telah berkurangan , tidak mencukupi ataupun tiada.
g. dua ciri yang kemungkinan besar berlakunya keganasan :
Pertama, ketaksamaan dalam erti kata.Lelaki lebih kuat berbanding dengan wanita atau dewasa
lebih kuat daripada kanak-kanak.
Kedua, sifat peribadi keluarga itu sendiri. Anggota keluarga gak berat untuk meminta bantuan daripada
orang lain
2. Terdapat 2 jenis kes buli iaitu buli mental dan buli fizikal yang berlaku dalam kalangan
remaja di sekolah. Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
a)Buli fizikal
- pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit
atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

b) Buli mental
-lebih kepada ejek-mengejek. ( Nama , tubuh badan , air muka…..)

Fizikal Verbal
Secara a. Serangan dalam bentuk fizikal. a. Menggelar dengan nama yang buruk.

langsung b. Bercakap dengan bahasa kesat.


Secara tidak a. Menyembunyikan atau merosakkan harta. a. Menyebarkan fitnah.

langsung
b. Penyisihan daripada kumpulan. b. Menghina mangsa di belakangnya.

1. faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
2. gangguan personality seperti antisosial.
3. merupakan individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.
4. berasa bosan dengan pembelajaran di sekolah.
5. faktor persekitaran : sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplin hingga penerapan
nilai-nilai ini dalam diri remaja.
6. kekurangan hubungan komunikasi antara remaja dengan orang dewasa menjadi faktor
penyumbang kepada tingkah laku buli.
7. Kesibukan para guru menyebabkan bereleluasanya kegiatan membuli di sekolah.
8. sikap guru yang suka memuji pelajar tertentu pandai di dalam kelas.
9. pihak sekolah dan kementerian yang terlalu menekankan program-program bercorak akedemik.
10. dari segi fizikal: bertubuh besar membuli yang bertubuh kecil untuk menunjukkan kuasa dan
kekuatan fizikal.
3. Jelaskan faktor-faktor sosial dan faktor-foktor lain yang menyebabkan remaja
terlibat dengan kegiatan merokok. Sokong jawapan anda dengan contoh-contoh
yang berkaitan. (Mei’17, Jan’17, Sept’16, Mei’16, Mei’15)
1. pengaruh sosial yang paling tinggi mempengaruhi remaja untuk merokok adalah pengaruh
peribadi atau dorongan diri sendiri
-untuk menghilangkan kebosanan -perasaan ingin mencuba
-mengawal selera makan saya -keseronokan
-ingin berjaga hingga lewat malam -merokok apabila berasa tertekan dan
stress.
-merasa kebebasan -memberikan ilham kepada diri saya

2. pengaruh rakan sebaya


Rakan sebaya sememangnya memainkan peranan dalam kehidupan remaja hari ini. Masa
banyak dihabiskan bersama rakan-rakan. remaja lebih cenderung untuk memilih rakan
sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka.
-menunjukkan saya berani
-menyahut cabaran kawan - kawan saya yang merokok
-Kawan-kawan saya menganggap saya ”hero” atau hebat jika saya merokok- merokok
untuk diterima di dalam kumpulan
-merokok kerana mendapat secara percuma daripada kawan-kawan saya

3. pengaruh keluarga
- Pincang sebuah keluarga, pincanglah kehidupan anak-anak.
-hubungan kuat antara tabiat tidak merokok dengan larangan ibu bapa mereka sendiri
-ibu bapa mensosialisasikan anak-anak meraka tentang pelbagai tingkah laku iaitu jika ibu bapa
merokok, anak-anak juga mempunyai peratusan yang tinggi untuk merokok dan jika ibu bapa
tidak merokok, maka kemungkinan besar anak-anak mereka juga tidak akan merokok.

4. Faktor persekitaran
-rokok memang mudah dibeli
-pekedai yang menjual rokok tidak pernah melarang atau menegur remaja yang
membelinya
-pekedai yang menjual rokok hanya mementingkan keuntungan
4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan murid dalam "geng
rempit". Sokong jawapan anda dengan contoh-contoh yang berkaitan. (Mei’17)

Geng rempit : penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan
menggunakan motosikal kapcai atau skuter 飙车族
1. Faktor Diri Sendiri
- ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.
- Ingkar arahan ibu bapa - Kebebasan
- Kurang amalan agama
2. Faktor Keluarga
- Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- pendapatan ibu bapa yang rendah dan anak membesar dalam keadaan terbiar.

- Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak


*keluarga membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh
yang besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

- konflik dan tekanan psikologikal


- konflik dalam keluarga mereka sendiri
- Kekurangan komunikasi yang berkesan dan kasih sayang dalam keluarga turut memainkan
peranan dalam pembentukan personaliti dalam diri remaja.
- Ibu bapa bukan role model terbaik

- Ibu bapa bersikap pilih kasih


3. Faktor Pengaruh Rakan Sebaya
- Mereka yang terlibat dalam tingkah laku agresif disebabkan mahukan kemewahan lantas mereka kerap mencuri
bersama dengan rakan-rakan. Ibu bapa tidak dapat memberikan kemewahan kepada anak-anak
menyebabkan mereka akan mencuri bersama-sama rakan kerana ingin mendapat kekayaan dengan
mudah tanpa memikirkan akibat daripada tindakan yang mereka lakukan. Keinginan remaja untuk menikmati
kesenangan telah mendorong mereka melakukan apa sahaja demi mendapatkan kemewahan, lantas mereka
akan mencuri untuk mendapatkan kemewahan dengan mudah

faktor pengiktirafan 认可
@ supaya mereka dihormati dan diiktiraf oleh rakan-rakan iaitu ahli kumpulan walaupun ia berdosa
@ Mereka cenderung untuk bersama rakan-rakan yang mempunyai tingkah laku yang sama.

- faktor kepuasan bersama rakan-rakan.


@ Mereka akan berasa seronok dan puas jika mereka berkelakuan tidak sopan bersama rakan- rakan
mereka. Kepuasan yang mereka perolehi bersama rakan-rakan adalah sesuatu yang
menggembirakan kerana mereka mudah menerima tingkah laku rakan-rakan yang lain. rakan-
rakan mereka sering mengajak remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
@ remaja mudah menerima ajakan dari rakan-rakan kerana mereka percaya apa yang dilakukan
oleh rakan mereka adalah betul dan boleh mendatangkan keseronokan.

4. Faktor Kurangnya Pendidikan dan Penghayatan Agama


remaja yang mempunyai pegangan agama yang kukuh menunjukkan tahap keterlibatan yang
- rendah dengan aktiviti yang tidak sihat seseorang individu yang mempunyai kepercayaan yang
tinggi terhadap agama kurang terdedah dengan aktiviti yang tidak berakhlak
Hodge, Cardenas, & Montoya (2001) dalam kajiannya pula mendapati bahawa agama
- merupakan benteng yang kuat untuk menghalang perlakuan yang tidak bermoral dan seterusnya
berupaya memberi perlindungan melalui dua cara iaitu:
(i) bertindak sebagai penolakan kepada perbuatan yang bercanggah dengan kepercayaan agama
(ii) keterlibatan seseorang individu dalam aktiviti agama berupaya membantu untuk membentuk
kumpulan rakan yang positif serta dapat berkongsi sikap, kepercayaan dan nilai untuk
menjauhkan diri mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
- Tiada peluang pelajari dan dalami agama
- Tidak solat dan melakukan suruhan lain
- Tidak gemar ke rumah ibadat

5. Terangkan penyebab-penyebab yang mendorong vandalisme dalam kalangan murid


dari sudut sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep sendiri.
- pelajar-pelajar terbabit berasal dari status sosioekonomi yang rendah
- ibu bapa mereka keluar bekerja untuk menambah pendapatan keluarga
- Ibu bapa yang kurang pendidikan juga kurang memberi perhatian kepada pelajaran anak mereka
- kebanyakanya berlatar belakangkan keluarga berpendidikan sekolah rendah dan ada keluarganya
yang tidak pernah langsung bersekolah

b. keluarga
- Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan 形成 sahsiah 个性 keluarga
terutama terhadap anak-anak
- konflik keluarga akan timbul dan anak-anaklah yang menjadi mangsa
- tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku bermasalah
- Perhubungan yang negatif dalam sesebuah keluarga menyebabkan pelajar bertindak di luar dugaan
seperti terlibat dengan tingkah laku devian 心里异常的人 atau anti-sosial
- kenakalan berpunca dari ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap kegiatan seharian anak
- salah laku di kalangan pelajar terjadi kerana pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga

c. sekolah
- Persekitaran sekolah mungkin mengandungi unsur-unsur seperti struktur bilik darjah, interaksi di
antara guru-pelajar, pelajar-pelajar dan pelajar-persekitaran
- masalah akan timbul jika kemerosotan berlaku dalam perhubungan di antara guru dan murid
- faktor sekolah berpunca dari persepsi 洞察力/理解力 negatif pelajar terhadap gurunya, sikap dan
personaliti 个性 dan kokurikulum yang tidak fleksibel 伸缩性

d. rakan sebaya
- peranan rakan sebaya merupakan pengaruh kuat kepada pelajar dalam membuat sesuatu tindakan
- pelajar lebih cenderung untuk berkelakuan devian apabila bersama rakan-rakan
- seorang remaja tidak berminat atau tidak berhasrat untuk melakukan sesuatu aktiviti sebelum dia
menggabungkan diri dengan rakan sebaya yang terlibat dengan aktiviti tersebut

e. konsep sendiri
- pelajar yang mempunyai konsep kendiri negatif adalah golongan yang paling tinggi potensinya
untuk terlibat dalam salah laku
- pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar tidak nakal
memiliki konsep kendiri yang positif
- pelajar yang rendah konsep kendiri tidak suka pada sekolah mereka, merasa sunyi dan merasakan
diri tidak popular

6.Jelaskan bagaimana remaja mendefinisikan hubungan seksual sebagai cara untuk


menyatakan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan dan usaha-usaha atau tindakan
yang perlu dilakukan dalam membendung salah laku seksual dalam kalangan remaja
kini.解释青少年如何将性关系定义为表达对夫妇的爱和情感的一种方式和现在需要采取
措施遏制青少年的性行为不端
remaja mendefinisikan hubungan seksual sebagai cara untuk menyatakan perasaan cinta dan
kasih kepada pasangan
- Perasaan cinta dan sayang ini menyebabkan responden rela menyerahkan tubuh mereka kepada
teman lelaki, dengan harapan cinta yang dibina kekal selamanya
- remaja mengenai pengalaman seronok responden semasa melakukan hubungan seksual
bersama teman lelaki
- mereka menyenangi saat dikucupi dan dibelai oleh teman lelaki
- pengalaman seronok ini yang telah mendorong mereka untuk terus berkeinginan melakukan
hubungan seksual secara berterusan

usaha-usaha atau tindakan


- Hubungan di antara remaja dan ibu bapa perlu diperbaiki supaya anak-anak tidak mencari kasih
sayang dan kebahagiaan di luar dari lingkungan keluarga.
- Peranan ibu bapa memantau 监督 dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-
anak dapat membantu dalam mencegah berlakunya permasalahan seksual ini.
- Menerapkan 应用/实践 pendidikan agama kepada remaja supaya menjadi pendinding 庇护人
yang mampu,membantu remaja dalam melakukan pertimbangan terhadap perbuatan yang
benar dan salah.
- Pendidikan seksual memberi penekanan 压制 terhadap isu cinta, intimasi 亲密关系 dan
keinginan seksual, supaya remaja dapat membezakan aktiviti seksual dan komitmen 承诺
dalam perhubungan
- Kaunselor perlu diberikan kemahiran yang mendalam bagi membantu remaja yang mengalami
ketagihan seksual.
- Program intervensi 介入 yang dibina memfokuskan kepada pemulihan tingkah laku seksual dan
salah laku devian 亲密关系
7.

A)penganiayaan fizikal
yang bermaksud keganasan dan tindakan yang disengajakan, yang menimbulkan kesakitan
kepada kanak-kanak berkenaan dan boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan yang kekal
terhadap perkembangan kanak-kanak itu atau keupayaannya berfungsi dengan sempurna.

B)pengabaian fizikal
yang merujuk kepada kegagalan menyediakan keperluan asas kepada seorang kanak-kanak untuk
membolehkan ia hidup dengan sempurna termasuk makanan, pakaian, tempat kediaman,
keselamatan emosi, rawatan perubatan dan pendidikan. Pengabaian fizikal termasuk ditinggalkan
atau dibiarkan tanpa jagaan untuk satu tempoh yang lama.

C)penganiayaan seksual 与性有关的


Penganiayaan jenis ini berlaku apabila seorang yang lebih tua memaksa seseorang kanak-kanak
mengambil bahagian dalam aktivi bersifat seksual atau mengguna kanak -kanak untuk
memenuhi keperluan dan kepuasan seksualnya . Penganiayaan jenis ini termasuk perhubungan
seks, meraba, marstubasi, seks oral, meliwat, ataupun mendedahkan kanak-kanak kepada bahan
video, majalah dan buku lucah.

D)penganiayaan dan pengabaian emosi (atau psikologi)


Penganiayaan jenis ini berlaku apabila ibu bapa gagal menyediakan keperluan emosi secara
berterusan dan gagal untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka sehingga
menyebabkan kanak-kanak itu hilang kepercayaan, tiada keyakinan diri,menjadi takut, merasa
bersalah, murung, menjadi pendiam atau menjauhkan diri.

Pengkategorian jenis-jenis penganiayaan ini menunjukkan tingkat kesedaran masyarakat


terhadap gejala tersebut. Henry Kempe (1978) telah menerangkan penganiayaan kanak-kanak
sebagai meliputi daripada bayi yang dihentam kepada penganiayaan fizikal yang dikenakan
terhadap kanak-kanak pelbagai umur, sehinggalah kepada kegagalan kanak-kanak untuk
berkembang, pengabaian, penganiayaan psikologi dan emosi dan penganiayaan seksual.
Sebab Berlakunya Penganiayaan Kanak-kanak
Penganiayaan berlaku dalam keluarga ialah pengangguran atau tingkat pendapatan yang rendah
yang mengakibatkan tekanan ekonomi berlaku; rumah yang sesak, berbahaya, kotor atau tidak
sihat; keluarga yang tidak mempunyai banyak hubungan dengan saudaramara,jiran, rakan dan
sebagainya; kejiranan yang tidak selamat; keluarga beribu tunggal yang terpaksa berkerja dan
memenuhi bermacam tanggungjawab yang lain lalu menghadapi tekanan yang amat sangat;
masalah kesihatan dalam keluarga dan lain-lain. Seperti keganasan suami-isteri, gejala
penganiayaan kanak-kanak secara umumnya merentasi sempadan sosial dan ekonomi sesebuah
masyarakat. Namun, seperti juga keganasan yang berlaku antara suami- isteri itu, penganiayaan
kanak-kanak lebih sering berlaku dalam kalangan keluarga yang berkedudukan sosio-ekonomi
yang relatifnya rendah.

Terdapat banyak faktor atau sebab berlakunya kes penderaan kanak kanak ini. Antaranya ialah,
1) Ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja dan sikap
majikan yang pemarah menyebabkan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak
yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka
perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan
mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu
tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga
diperlakukan sebegitu.

2) masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu akan menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,
sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat
menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang
masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah
keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah.

3) Tekanan ibu bapa bertambah disebabkan anak seperti anak yang tidak dikehendaki iaitu anak
yang bermasalah seperti sakit atau cacat. Ibu bapa berasa beban kerana hendak menanggung kos
perubatan yang tinggi.
4) krisis 危机 rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin
disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya
pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa.

5) Ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau ayah
tiri mereka seolah-olah membenci anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan
kes penderaan kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di
rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu
atau ayah mereka tiada. Jika di dapan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayamgi kanak-
kanak tersebut. Kebiasaannya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal
dan penderaan yang dilakukan oleh ayah tiri bersifat fizikal dan seksual.

6) Berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di


kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi
panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.

7) Keadaan mabuk, akibat ketagihan dadah, pergaduhan suami isteri, dan pertelingkahan antara
ibu dan bapa akan berakhir dengan situasi di mana anak-anak mereka dizalimi.

8) pengalaman dianiaya oleh ibu, bapa atau kedua-duanya meningkatkan kemungkinan kanak-
kanak mangsa itu melakukan tindakan yang sama semasa ia dewasa. Bahkan, pengalaman
perlakuan keibubapaan yang melampau (seperti serangan secara lisan dan keganasan fizikal),
kekurangan perlakuan keibubapaan yang positif (seperti kemesraan, tunjuk-ajar dan berbincang)
dan menyaksi berlakunya penganiayaan pasangan boleh menyumbang kepada kejadian
penganiayaan kanak-kanak.
8.

2.9 Faktor Remaja Terlibat Dengan Masalah Sosial

Antara factor yang mempengaruhi remaja dalam melibatkan diri di dalam gejala sosial iaitu :
i. Faktor Perkembangan Diri
ii. Pengaruh Rakan Sebaya
iii. Kelemahan-kelemahan dalam Sistem Pendidikan.
iv. Sikap Negatif Orang Dewasa
v. Kelemahan Sistem Kawalan Sosial
vi. Keluarga yang Tidak Berfungsi.
vii. Persekitaran yang Menggalakkan Maksiat dan Jenayah

1 Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa


Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu
bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-
anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk
dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat
kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat
perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk
mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini
semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

2 Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya


Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan
faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi
mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka
yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap
rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan
perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan
hiburan di pusat-pusat hiburan.
3)Sikap Individualistik 个人主义 Masyarakat
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor
penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga
hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan
tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka
berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang
tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di
kalangan remaja.

4)Pengaruh Negatif Media Massa


Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangka lagi Remaja
cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana
remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang
baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang- wenangnya. Remaja perlulah menilai
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.

5)Kendiri
Remaja hari ini kurang mampu dan mapan mengurus diri sendiri kerana semua keperluan diri
disediakan oleh ibu bapa yang tidak mahu anak-anak merasa susah dalam kehidupan mereka.
Kesan daripada sikap ibu bapa yang memanjakan anak-anak dengan material dan perhatian
berlebih-lebihan itu menjadikan anak-anak kurang berdikari dan tidak mahu susah dalam
kehidupan mereka.
Akibatnya anak-anak remaja sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan dengan masalah
hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Kebanyakan remaja tidak tahu mengendalikan emosi
marah, bahagia, derita atau cinta yang melingkari kehidupan seharian mereka. Jika mereka
berhadapan dengan tekanan dan pujukan rakan-rakan yang mengajak melakukan jenayah atau
kehidupan sosial negatif yang lain seperti minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya,
mereka tidak mampu menepis dan menolak pujukan tersebut kerana tidak mempunyai jati diri
yang kukuh.
6)Keluarga
Ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti
kehidupan berkeluarga dan anak-anak. Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk memberi
kesenangan kepada anak-anak dan keluarga, namun pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu
diberi perhatian. Jika ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa
pengawasan tidak bimbang untuk melakukan jenayah dan kegiatan tidak sihat di rumah sendiri
atau di kawasan persekitaran rumah seperti menagih dadah, menonton video lucah dan mencuri
sebagainya. Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak
seperti ibu bapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak akan merasakan diri kurang
kasih sayang dan pembesaran yang tidak sihat itu akan membentuk kerapuhan diri dan jiwa
anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar.

7 Kewangan
Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh soal
kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan
barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak
semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada dan mampu menikmati kemewahan hidup.
Bagi remaja dari keluarga susah, mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi
soalnya bagaimana mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan
melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar
dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung
kehendak hidup mereka yang mewah.

8 Kemasyarakatan
Masyarakat hari ini sudah kurang peka dan banyak buat 'pekak' terhadap nilai hidup kejiranan
dan bermasyarakat. Struktur pembinaan perumahan hari ini juga banyak mempengaruhi gaya
hidup masyarakat yang negatif. Kondominium dan pangsapuri mewah mementingkan gaya hidup
individualistik. Rumah-rumah banglo pula diiklankan dengan gaya hidup berfokuskan
keselamatan yang berlebihan seperti guarded and gated agar tidak diganggu penjenayah. Sedar
atau tidak, masyarakat kita telah membina jurang hidup secara manual dengan jiran dan
masyarakat setempat.
9 Keagamaan
Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan remaja hari ini tidak mampu berfikir
mengenai perbuatan buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk
ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca masalah sosial ini berterusan.

Peranan Pendidik dan Ibu bapa


Ibu bapa dan para pendidik hendaklah berusaha terus-menerus tanpa berputus asa dalam
membentuk akhlak dan peribadi pelajar.
1 Menurut Mohamad Muda (1998), para pendidik bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-
nilai murni dan akhlak di mana penekanan dititikberatkan mengenai perlakuan baik, peradaban
dan tatasusila insan dalam hubungannya sesame manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat
penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara.

2) Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1985), guru sebagai pendidik memerlukan sikap
hidup dan pembawaan yang jelas. Antara sifat-sifat yang wajib dimiliki ialah:
• Sifat Zuhud dan Memberi Pelajaran Kerana Mencari Keredhaan Allah,
• Kebersihan Diri,
• Keikhlasan Dalam Bekerja,
• Mempunyai Sifat Kelembutan,
• Guru Menjaga Kehebatan dan Kehormatan Diri,
• Guru Sebagai Bapa, dan
• Kemampuan Dalam Keilmuan

3) Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak
mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka
yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.
4) Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan
sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.

5) tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih


anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta
meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

6) Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti


berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

7) Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat


sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.

8) Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis
yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan
pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis.

9) Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling


di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-
kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
10 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan) yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-palajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif.

9.

Aspek kekeluargaan, faktor sikap, pengaruh rakan sebaya, yang diandaikan mempengaruhi
tingkah laku lepak. Faktor kekeluargaan mempunyai min pemberat yang tertinggi (4.12) dan
korelasinya dengan tingkah laku lepak adalah signifikan (r = -.22, p <. 05). Korelasi negatif
menunjukkan remaja yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang longgar dan rendah akan
terlibat dengan tingkah laku lepak berbanding dengan remaja yang hubungan kekeluargaannya
tinggi. Faktor yang dapat dikategorikan sebagai menolak remaja untuk bertingkah laku lepak
adalah sikap keluarga yang tidak peka dan tidak melarang anak remajanya berbuat demikian.
Remaja yang mempunyai sikap yang rendah terhadap diri mereka bertendensi untuk lebih
terlibat dengan tingkah laku lepak. Oleh kerana itu korelasi di antara sikap dan tingkah laku
lepak juga negatif dan signifikan (r = -.23, p <. 05). Begitu juga di kalangan mereka yang
mempunyai hubungan yang tidak baik dengan rakan sebaya, mereka (r = -.20, p <. 05). Remaja
paling mudah terpengaruh dengan rakan sebaya, malahan mereka lebih mempercayai rakan
daripada ibu bapanya sendiri.

CADANGAN
1. Pihak berkuasa perlu sentiasa membuat pemantauan, penilaian dan pemeriksaan ke atas
permis-permis perniagaan seperti kafe siber supaya pengusaha tidak menyalahgunakan permit
yang dikeluarkan selaras dengan undang-undang dan peraturan laman agar terhalang dari
tersebarnya laman web lucah, pemesanan bahan-bahan pronografi dan minuman keras serta
menyiarkan nama teman wanita untuk tujuan seks dan sebagainya.
2. Pengawalan terhadap kemudahan permainan di internet yang melekakan kanak-kanak dan
remaja awal dengan permainan ini hingga boleh menyebabkan lebih agresif akibat unsur-
unsur keganasan yang ditonjolkan di dalam permainan tersebut.

3. Pengusaha kafe siber mestilah bertanggungjawab bukan hanya mementingkan keuntungan


semata-mata tetapi sama membendung gejala lepak di kalangan remaja. Mereka perlu
menyediakan ruang untuk merangsang pembangunan minda pengguna internet seperti sudut
bacaan dan bahan ilmiah. Di samping itu kedudukan ruang yang tersorok dan suram perlu
diubah kepada yang bentuk terbuka dan merangsang pembelajaan.

4. Pihak sekolah perlu menyediakan program dan aktiviti kokurikulum yang boleh menarik pelajar
untuk datang ke sekolah seperti program motivasi, lawatan sambil belajar, kelas komputer dan
tuisyen, kembara dan sebagainya. Pelajar digalakkan untuk turut serta dan merasakan aktiviti dan
sekolah adalah hak mereka, di samping menanamkan secara berterusan sifat cintakan sekolah.

5. Ibu bapa memainkan peranan penting mengawal tingkah laku anak. Mereke mesti prihatin
tentang masalah sosial yang dihadapi oleh golongan remaja kini. Pengawasan perlu dibuat
terhadap teman sebaya anak, ke mana mereka pergi dan apa tujuannya. Ibu bapa tidak
seharusnya bersifat terlalu pesimistik dan lessie-faire.

6. Pihak organisasi pekerjaan perlu ada inisiatif membentuk dan menghasilkan pekerja yang
bermutu dan berkualiti dan tahu menghargai masa di samping menjaga kebajikan pekerja.
Mereka perlu mengadakan aktiviti dan program sayangkan organisasi dan menyumbang kepada
organisasi di samping program berbentuk kemasyarakatan dan mengeratkan hubungan di antara
pekerja seperti Program seperti Hari Keluarga.

7. Masyarakat setempat perlu peka dan prihatin terhadap kegiatan yang dijalankan oleh
golongan remaja dan berusaha sama-sama mencegah tingkah laku yang kurang sihat. Tempat-
tempat rekreasi dan kemudahan perlu ditambah melalui semangat kerjasama khidmat
masyarakat. Program pembimbing rakan sebaya, semangat kejiranan dan nilai-nilai murni yang
bertunjangkan agama perlu diterapkan kepada seluruh anggota masyarakat khususnya di
kalangan remaja dan belia.
10.

Dengan wujud kemudahan Internet, kanak-kanak memperoleh banyak faedah untuk menimba
ilmu di samping berkomunikasi sesama mereka di laman web sosial atau di ruang sembang.
Separuh daripada bilangan pelajar (53.2%) menggunakan Internet untuk memahirkan diri dalam
penggunaan komputer. Justeru, pengaruh Internet yang semakin canggih, memberikan motivasi
kepada ramai pengguna termasuk pelajar untuk belajar menggunakan komputer. Internet mampu
mendorong pelajar untuk belajar kendiri disamping mahir dalam penggunaan komputer.

Selain itu, hampir separuh bilangan pelajar (47.9%) sangat bersetuju bahawa penggunaan
Internet membantu meluaskan pemahaman dan pengetahuan mereka. Oleh itu, Internet
merupakan medium bagi menggalakkan pelajar mencari maklumat sendiri. Perkara ini selari
dengan pernyataan bahawa mereka selalu membuat kerja sekolah dengan bantuan bahan ilmiah
di Internet memberi galakkan yang positif supaya pelajar dapat belajar sendiri dan dapat
menanam semangat belajar pelajar untuk menemui sesuatu yang baru untuk dipelajari bukan
hanya bergantung kepada guru dan juga sekolah.

Laman yang banyak dan pelbagai di Internet membolehkan pelajar mendapatkan latihan yang
meliputi kuiz interaktif dan juga tutor online yang boleh membantu mengajar pelajar
memahami sesuatu subjek pelajaran. Malahan terdapat laman yang membolehkan pelajar dapat
berkomunikasi bersama pelajar lain bagi mempraktikkan penggunaan bahasa yang betul seperti
Bahasa Inggeris. Jika laman interaktif tidak memadai, ada laman yang lebih menarik yang
menyediakan pembelajaran secara video yang memaparkan rakaman video berbentuk
pengajaran, babak drama dan hiburan yang lebih menarik untuk tontonan sambil belajar.

Dapatan juga melaporkan terdapat segelintir (27.1%) bersetuju bahawa Internet menyebabkan
mereka rajin dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Internet menyebabkan
pelajar berminat dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Justeru, kita dapat
lihat, hanya berselangkan setahun, pengaruh Internet memberikankan reaksi yang positif
daripada pelajar untuk menimba ilmu dan menyiapkan kerja sekolah. Pada pendapat saya,
Internet juga merupakan „motivator„ kepada diri pelajar pada masa kini bagi meningkatkan
motivasi pelajar dalam menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka, sekali
gus membantu mereka meningkatkan prestasi akademik pelajar. Ini terbukti apabila statistik
mencatat 34.4 peratus bersetuju bahawa penggunaan Internet membantu meningkatkan
prestasi akademik pelajar.

Dalam aspek sosial, pelajar didapati kebanyakkannya (63.4%) menggunakan Internet Untuk
mendapatkan ramai kenalan. Jumlah rakan yang paling dominan dalam Facebook para pelajar
adalah antara 201 hingga 300 orang rakan iaitu sebanyak 36 peratus.

Menggunakan Internet untuk melepaskan tekanan adalah tujuan utama bagi kebanyakkan
pelajar (41.8%) dalam melayari Internet. Orang yang mengalami simptom ketagihan Internet
ialah orang yang mengalami tekanan. Beliau turut mendapati tekanan memberikan perbezaan
signifkan dengan tahap peningkatan penggunaan Internet secara peribadi. Apabila para pelajar
ditanya sebab menggemari permainan komputer, hampir semua menjawab itulah cara terbaik
untuk mengatasi perasaan bosan dan tekanan.

Secara keseluruhannya, penggunaan Internet di kalangan pelajar dalam aspek pelajaran dan
sosial adalah berada pada tahap sederhana. Majoriti pelajar menggunakan Internet untuk
melepaskan tekanan dan mereka juga menggunakan Internet untuk mendapatkan hiburan
disamping rajin memuat turun sesuatu. Pelajar memang memerlukan dunia hiburan untuk
menenangkan fikiran tetapi ia mesti dikurangkan bagi mengelakkan pelajar terpengaruh
dengan kehidupan artis-artis terutama artis-artis barat.
11.

Rakan sebaya
Pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar. Jika diperhatikan kejadian
membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Tekanan
rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka
yang suka membuli.

Segi fizikal.
Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi
menunjukkan `kuasa' dan kekuatan fizikal. Dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli
kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya
daripada perkara yang tidak diingini. Mereka kerap berasa curiga dan tidak selamat berada di
sekolah dan untuk mengatasi perasaan itu, mereka mula membuli pelajar junior. Kejayaan
membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Pihak sekolah dan kementerian


Terlalu menekankan program-program bercorak akademik. Tujuan program ini adalah untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Namun aspek pendidikan
sosial agak dipinggirkan. Maka lahirlah pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi menjadi
pembuli ketika di sekolah. Misalnya, pelajar sekolah berasrama penuh yang keputusan
peperiksaan mereka amat baik tetapi menjadi pembuli. Oleh itu, di samping aktiviti akademik
sekolah juga seharusnya menyediakan premis untuk para pelajar mendalami hal-hal sosial agar
insan yang keluar kelak adalah insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sikap guru
Guru yang suka memuji pelajar tertentu pandai di dalam kelas. Walaupun ianya kelihatan
remeh namun sikap guru ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan cemburu pelajar
lain yang kurang pandai. Kesibukan para guru juga dikatakan merupakan salah satu penyebab
berleluasanya kegiatan membuli di sekolah termasuklah sekolah-sekolah berasrama penuh.
Guru dan pengetua tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengawasi dan
mendisiplinkan pelajar kerana dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang banyak.

Persekitaran
Faktor persekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplin
hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja. Pengaruh media seperti
televisyen, filem dan juga Internet juga tidak boleh diketepikan dalam memperkatakan
tentang isu ini. Buli juga mungkin berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar
sekolah menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi
terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini mempunyai emosi dan
ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri

Kurangnya hubungan komunikasi


Perlakuan membuli yang berlaku di sekolah adalah perkara yang lumrah berlaku di kalangan
pelajar. Golongan ini sedang mengalami proses menuju kedewasaan dan mula hendak
mengenali isu-isu yang berhubung dengan bahasa, hak asasi, pengaruh dan penegakan prinsip.
Proses ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan perlakuan yang ganas dan agresif
sebagai satu cara fizikal untuk mengawal emosi.
12.

Harga Diri
Dapatan analisis ini menunjukkan bahawa responden yang terlibat dalam gang rempit dan
menyalahgunakan dadah mempunyai harga diri yang rendah jika dibandingkan dengan
responden yang tidak mengambil dadah.

Pengaruh Rakan Sebaya


Responden yang menggunakan dadah mempunyai min pengaruh rakan sebaya yang
rendah .Dapatan ini dapat dirumuskan bahawa aspek rakan sebaya memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan gang rempit di mana
responden yang mempunyai pengaruh rakan sebaya yang tinggi kurang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah.

Pengaruh Institusi Pendidikan


Hal yang sama juga ditunjukkan oleh analisis pearson di mana pengaruh institusi persekolahan
mempunyai hubungan yang signifikan dengan penyalahgunaan dadah oleh gang rempit .
Dapatan ini menunjukkan responden yang mempunyai pengaruh institusi pendidikan yang
tinggi kurang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengaruh Masyarakat
Ini bermakna masyarakat memainkan peranan dalam mepengaruhi responden terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.

Pengetahuan Undang-Undang
Analisis menunjukkan pengetahuan undang-undang yang tinggi menunjukkan responden
terlibat dalam pengambilan dadah. Rumusannya, pengaruh undang- undang mempengaruhi
penyalahgunaan dadah di kalangan gang rempit di mana responden yang mempunyai
pengetahuan yang tinggi berkaitan undang-undang dadah dan jalan raya yang paling tinggi
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
13.

1. faktor diri sendiri


-sering bergaduh dengan ibu bapa dan tidak mendengar cakap kedua orang ibu bapa mereka.
Mereka juga akan melepaskan kemarahan mereka apabila ketika marah.
-Berikut contoh beberapa ungkapan responden untuk menggambarkan situasi ini,
a) “Saya sering mengingkari arahan ibu bapa dan ahli keluarga saya. Saya akan berkata kasar
dan melepaskan kemarahan saya dengan memecahkan tingkap dan dinding rumah saya”.
-mengalami gangguan emosi yang berpanjangan. Mereka berasa serabut kepala apabila
berdepan dengan masalah. Lantas, mereka akan keluar rumah dan mencari hiburan yang
merosakkan mereka.
-bergaul dengan kumpulan-kumpulan yang berakhlak buruk. Ini secara langsung memberi kesan
kepada tingkah laku mereka. Mereka sering terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti
memeras ugut, membuli, menghisap rokok dan lain-lain.

2. Faktor Keluarga
-ibu bapa responden tidak menjadi role model yang bagus untuk teladan anak-anak. Mereka
sering bergaduh, maki hamun, memukul isteri di depan anak-anak mereka. Tindakan
sedemikian sebenarnya boleh memberi impak negatif kepada mentaliti dan contoh tauladan
yang baik kepada anak-anak mereka.
-ibu bapa mereka sering bertengkar dan menyebabkan suasana di rumah menjadi tidak aman,
Hal ini mengakibatkan responden keluar rumah untuk berjumpa dengan kawan-kawan kerana
suasana di rumah amat membosankan mereka.
-ibu bapa mereka bersikap pilih kasih terhadap anak- anak mereka dalam soal kasih sayang,
kebendaan dan wang ringgit. Ini mendatangkan persepsi negatif dalam minda responden yang
beranggapan bahawa ibu bapa mereka tidak mengambil berat dalam memberi kasih sayang dan
soal kebendaan.
3. Faktor Pengaruh Rakan Sebaya
-memberi kepuasan ketika melakukan aktiviti agresif.
-terjebak dengan aktiviti agresif ini disebabkan oleh pengisian masa lapang mereka. Mereka
lepak bersama-sama di pasar raya dan kadang-kadang mereka mengacau perempuan yang
berjalan di depan mereka.
-semata-mata untuk menunjukkan kehebatan dan pengiktirafan rakan-rakan mereka. Mereka
akan berasa hebat jika melakukan perkara-perkara yang ganas supaya mereka dipuji dan
dihormati. Apabila mereka dipuji dan dihormati, kebanyakkan respons berkata mereka akan
berasa bangga, samseng dan rakan-rakan akan menganggap sebagai ketua di dalam kalangan
mereka.
14.

1. Faktor rakan sebaya


- pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar.
- Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku
rakan mereka yang suka membuli.

2. segi fizikal
-Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil
bagi menunjukkan `kuasa' dan kekuatan fizikal.
3. berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya
daripada perkara yang tidak diingini.
-Mereka berasa curiga dan tidak selamat berada di sekolah dan untuk mengatasi perasaan itu,
mereka mula membuli pelajar junior. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka
kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

4. pihak sekolah dan kementerian yang terlalu menekankan program bercorak akademik.
-Tujuan program ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang
akademik. Namun aspek pendidikan sosial agak dipinggirkan. Maka lahirlah pelajar yang
cemerlang dalam akademik tetapi menjadi pembuli ketika di sekolah.
-Misalnya, pelajar sekolah berasrama penuh yang keputusan peperiksaan mereka amat baik
tetapi menjadi pembuli.

5. sikap guru yang suka memuji pelajar tertentu pandai di dalam kelas.
- kelihatan remeh namun sikap guru ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan
cemburu pelajar lain yang kurang pandai.

6. Kesibukan para guru


-juga merupakan salah satu penyebab berleluasanya kegiatan membuli di sekolah termasuklah
sekolah-sekolah berasrama penuh. Guru dan pengetua tidak mempunyai masa yang mencukupi
untuk mengawasi dan mendisiplinkan pelajar .

7. Faktor persekitaran
-Faktor persekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplin
hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja.

8. pengaruh media
- seperti televisyen, filem dan juga Internet juga tidak boleh diketepikan dalam memperkatakan
tentang isu ini

15. Terangkan faktor-faktor yang melemahkan peranan akhlak dalam sistem


pendidikan masa kini. Berikan contoh-contoh yang spesifik. (Mei’16, Sept’15,
Jan’15)
1. Peranan keluarga
Ibu bapa dan keluarga yang tidak mementingkan akhlak kerana terlalu terpengaruh dengan
kehidupan kebendaan. Contoh: terlalu mengejarkan kesenangan dan kemewahan

2. Dasar pembangunan
bersifat dualistik dan yang tidak menekankan kesepaduan pembangunan insan.
Contoh: menyebahagiankan pertumbuhan ekonomi tidak dijiwai oleh akhlak yang mulia.

3. Wujudnya tekanan
daripada golongan pimpinan di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi supaya nilai-nilai
agama dan akhlak terus terpisah daripada pendidikan professional sehingga dasar ’penerapan
nilai-nilai Islam’ tidak mendapat sambutan yang ikhlas.
Contoh: sesetengah institusi sambutan tersebut bersifat lip-service sahaja untuk tujuan survival
atau bergantung kepada siapa yang menjadi menteri.

4. Dasar pendidikan
berorientasi kecemerlangan akademik serta melemahkan nilai-nilai kerohanian dan akhlak.
Contoh: sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi

5. Amalan ekonomi pasaran bebas


menekankan pertumbuhan serta dasar yang terlalu memihak kpd modal dan golongan berada
mempengaruhi sikap dan perlakuan golongan terpelajar yang sebahagian besarnya. Contoh:
terlalu mementingkan kelulusan akademik dan mengurangkan nilai akhlak yg mulia.

6. Alam sekitar
mendorong ke arah kehidupan yang tidak menekankan akhlak yang mulia tetapi
menunjukkan bahawa kejayaan dan kesenangan hidup. Contoh: bergantung kepada
faktor-faktor wang, pengaruh, status, kedudukan dalam parti, perlindungan politik,
hubungan dengan golongan atasan dan pragmatism

7. Alam sekitar
mendorong ke arah kehidupan yang tidak menekankan akhlak yang mulia tetapi
menunjukkan bahawa kejayaan dan kesenangan hidup. Contoh: bergantung kepada
faktor-faktor wang, pengaruh, status, kedudukan dalam parti, perlindungan politik,
hubungan dengan golongan atasan dan pragmatisme.

8. Sikap guru-guru dan pensyarah-pensyarah


terpengaruh dan terbawa-bawa dengan kepentingan kebendaan dan persaingan
keduniaan sehingga melemahkan peranan mereka sebagai pendidik yang sejati.

9. Peranan budaya liberal dan media massa, cetak dan elektronik


Ia menonjolkan nilai-nilai kehidupan kebendaan, keseronokan hawa nafsu dan
kebebasan individu yang melampaui batas kesusilaan.
16. Gejala vandalisme di kalangan belia semakin meningkat. Jelaskan kategori-
kategori perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Sokong jawapan
anda dengan contoh-contoh yang releven. (Mei’16, Sept’15)
1. Vandalisme berbentuk keinginan
Vandalisme dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan sesuatu. Vandalisme ini amat
sering berlaku di sekolah. Contoh: memecahkan vending machine, memecahkan peti duit
telefon atau memecahkan penutup alat pemadam api.

2. Vandalisme yang dirancang


Vandalisme jenis ini dilakukan untuk mencapai satu-satu keinginan. Ia juga merupakan
sesuatu perbuatan yang disedari yang mempunyai matlamat yang telah difikirkan.
Contoh: membunyikan loceng keselamatan dan dengan ini matlamat akhir yang diingini ialah
loceng kecemasan tersebut akan terus berbunyi dan menganggu pelajar-pelajar.

3. Vandalisme ideological
Vandalisme jenis ini mempunyai matlamat ideologi besar yang telah dirancang. Cohen
menjelaskan vandalisme jenis ini adalah seakan-akan serupa dengan vandalisme taktikal.
Contoh: mengecat atau menyembur cat di dinding-dinding bangunan sekolah atau tandas
dengan menulis slogan-slogan politik tertentu.

4. Vandalisme bersifat balas dendam


Vandalisme jenis ini adalah ditakuti oleh pihak sekolah. Ia berpunca dari hasrat untuk
membalas dendam ke atas satu tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Contoh: memecahkan cermin tingkap, membakar pintu dinding bangunan adalah
beberapa contoh yang sering dilakukan.

5. Vandalisme bersifat suka-suka


Vandalisme jenis ini dilakukan untuk tujuan suka-suka. Ia juga dilakukan kadangkala untuk
tujuan permainan dan merupakan kegiatan merosak yang paling kerap berlaku di sekolah.
Contoh: satu pertandingan diadakan di kalangan pelajar bagi tujuan siapa yang boleh
memecahkan kotak hosereel atau memecahkan glass point system pencegah kebakaran tanpa
diketahui oleh pihak sekolah.
6. Vandalisme bersifat merosak
Vandalisme jenis ini merupakan satu perbuatan merosak yang paling ganas. Cohen
menyifatkan vandalisme jenis ini sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hati atau rasa
kekecewaan terhadap sesuatu. Contoh: merosakkan harta benda sekolah, menconteng meja,
memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas

17. Keganasan keluarga merujuk kepada sebarang tindakan yang diambil terhadap individu
yg mempunyai hubungan yg sah dgn pelaku atau terhadap mereka yg mempunyai hubungan
yg rapat dgn pelaku bertujuan menyebabkab kecederaan fizikal. Terangkan bagaimana teori
psikopatologi dan pandangan golongan feminist berkait rapat dengan keganasan keluarga.

Teori Psikopatologi
- Teori ini menegaskan keganasan yg berlaku atr anggota sesebuah keluarga adalah krn terdapatnya
ciri psikologi yg tidak normal (abnormal) di kalangan mereka yg terlibat dgn keganasan itu.
- Sumber keganasan keluarga diandaikan terdapat dalam personaliti penganiaya itu sendiri
- Ini bermakna penganiaya menjadi ganas disebabkan gangguan personaliti (personality
disorder),
penyakit mental ataupun emosi, atau akibat salahguna alkohol atau dadah.
- dipercayai bahawa keganasan dan penganiayaan adalah hasil penyimpangan daripada keadaan
yang lazim atau disebabkan penyakit, sedangkan dipercayai seseorang itu sebagai sihat, maka
tindakan yang diambilnya itu tidaklah boleh dikatakan sebagai menyakitkan atau menganiaya.

Pandangan Golongan Feminist


- menekankan peranan dominasi lelaki.
- Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa dari segi tradisi kebanyakan sistem sosial telah
meletakkan wanita pada kedudukan yang rendah berbanding lelaki, dan dengan itu menggalak
atau menyokong keganasan lelaki (Schechter and Gary 1988).
- teori ini tidak sepenuhnya dapat menerangkan tentang keganasan keluarga krn terdapat wanita
yg bertindak ganas terhadap pasangan dan anak mereka.
- dari segi keganasan ini wanita mungkin lebih menghadapi risiko.
- disebabkan anggapan bahawa keganasan keluarga merujuk khusus kepada penganiayaan
terhadap isteri atau keganasan terhadap wanita adalah begitu tertanam dalam pemikiran ramai,
maka adalah sukar untuk anggota masyarakat menerima hakikat bahawa wanita juga boleh
bertindak ganas dan melakukan penganiayaan terhadap pasangannya.
18. Pengurusan masa yg tidak teratur oleh pelajar dan tiada kawalan drpd keluarga atau
orang lain merupakan dua faktor remaja terlibat dalam ketagihan internet. Bincangkan.
faktor ekonomi keluarga juga merupakan faktor pelajar sekolah melayari Internet secara
berlebihan. Faktor ekonomi yang dimaksudkan ialah golongan keluarga yang sudah mampu
memiliki sistem komputer dan mudah menyediakan talian Internet di rumah. Faktor ini disokong
berdasarkan kajian dari luar negara oleh Patricia et. al. (2000), yang mendapati pelajar dari
semua bangsa dan etnik, yang mempunyai komputer di rumah keluarga mereka, cenderung
untuk menggunakan Internet berjam lamanya pada setiap minggu berbanding mereka yang
dibesarkan dalam keluarga tanpa komputer.

Di Britain, ada kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari di depan komputer.
Mereka yang bermain permainan komputer ini hidup dengan dunia mereka sendiri. Kesilapan
demi kesilapan yang dilakukan sebelum mencapai misi itu sebaliknya mendidik mereka menjadi
insan yang cuai atau lalai ketika melakukan kegiatan seharian.

Dengan pakej yang murah seperti RM 2 yang ditawarkan oleh syarikat komunikasi, pelajar
boleh mengaktifkannya melalui telefon bimbit dan mereka boleh melayari apa sahaja laman
dalam masa 1 hari. Cara ini mungkin tidak dapat dikesan oleh ibu bapa bahawa anak mereka
boleh melayari Internet tanpa menggunakan komputer di rumah. Ibu bapa mungkin
memikirkan anak mereka sedang belajar di bilik, sedangkan mereka berkemungkinan sedang
melayari Internet melalui telefon bimbit mereka. Justeru, dengan pakej yang murah dan
pelbagai yang ditawarkan olehsyarikat komunikasi juga berkemungkinan merupakan punca
bagi sesetengah pelajar yang mengalami ketagihan Internet.

Pada pendapat penyelidik, faktor harga perkhidmatan Internet yang semakin murah,
menyebabkan kebanyakan ibu bapa sudah mampu untuk melanggan perkidmatan Internet
pada setiap bulan.

Selain itu, majoriti responden mempunyai hobi melayari Internet. Ini bermakna pada waktu
lapang, pelajar akan mengisi masa dengan melayari Internet. Sekali gus dengan minat yang
mendalam melayari Internet, merupakan punca kepada sesetengah pelajar mengalami ketagihan
kerana mereka sanggup menghabiskan masa dengan melayari Internet untuk keseronokan.
Maka, dapat kita simpulkan bahawa dengan faktor mempunyai kemudahan Internet di rumah
dan berlatar belakangkan ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang baik serta
berpendapatan tinggi merupakan punca kepada sesetengah pelajar mempunyai ketagihan pada
Internet. Pelajar yang mempunyai hobi melayari Internet juga berpotensi untuk merasa ketagih
Internet kerana mereka menggunakan masa lapang mereka untuk mengakses Internet.

19. Gejala vandalisme di kalangann belia semakin meningkat. Jelaskan antara tujuan-
tujuan pelajar sekolah melakukan vandalisme. (Mei’15)

1. melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka


Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa akibat
yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Motif perbuatan mereka tidak
jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.
Contoh: Apa yang terlintas dalam fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi,
tembok, simen dan batu-batan.

2. pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat


Pelajar yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian yang
dihadapi menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik
perhatian orang ramai. Contoh: kekacauan fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan
lukisan yang tidak tentu hala.

3. sentiasa tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat


mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain dengan menconteng gambar
-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan di sesetengah tempat.
我觉得这题可以改一改第 16 题的答案来回答。

You might also like