You are on page 1of 18

SCLM 5123

BAHASA & KOMUNKASI

BAHASA DALAM JURNAL

DISEDIAKAN OLEH: ENG BEE LENG


DEFINISI LARAS BAHASA

• Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan


sesuatu bahasa digunakan/gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa
PENDAPAT SARJANA

• Ure dan Ellis (1977) menganggap laras


sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan
mengikut situasi-situasi yang berlainan.

• Halliday (1968) pula mendefinisikan laras


bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi.Menurut beliau laras
bahasa berubah-ubah mengikut situasi.
PENGENALAN
• Laras bahasa akademik digunakan dalam
bidang ilmiah seperti sains tulen, matematik,
bahasa, teknologi maklumat dan komunikasi,
geologi, politik dan sejarah.

• Jurnal merujuk kepada satu bentuk penerbitan


yang merakamkan hasil penemuan saintifik
melalui kajian-kajian yang dilakukan oleh para
sarjana dalam bidang-bidang tertentu.
• Laras bahasa dalam jurnal ialah laras bahasa
akademik yang menyebarkan ilmu kepada
khalayak berdasarkan bidang yang dipilih oleh
pengkaji atau penulis itu sendiri.
ASPEK BAHASA DALAM JURNAL

• Keintelektualan Bahasa
• Laras Bahasa Akademik
DEFINISI KEINTELEKTUALAN BAHASA

• Keintelektualan bahasa bermaksud bahasa itu


mempunyai keupayaan menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat
CIRI-CIRI KEINTELEKTUALAN BAHASA
• Kesempurnaan Bahasa
Bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam konteks
atau situasi penggunaannya.

• Kestabilan
Kestabilan bahasa akademik bermaksud bahasa itu harus
mempunyai peraturan system, misalnya peraturan
sebutan, peraturan pemakaian imbuhan dan struktur frasa
serta ayat.

• Kelenturan
Bahasa itu harus berupaya dan boleh disesuaikan dengan
perubahan masa dan selera penuturnya tanpa
mengorbankan sifat-sifat aslinya.
• Kepelbagaian
Bahasa yang sempurna hendaklah mempunyai berbagai-
bagai cara dan gaya penyampaian.
• Keberkesanan
Keberkesanan satu-satu bahasa yang sempurna
bermaksud bahasa itu berkeupayaan memberi maksud
dengan tepat dan berkesan
• Keindahan Bahasa
Bahasa yang sempurna harus mempunyai ciri keindahan
bahasa supaya bahasa yang digunakan untuk
melahirkan perasaan, pendapat dan buah fikiran itu
mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga
dan menarik serta dapat menyentuh perasaan hati
pembaca dan pendengar.
LARAS BAHASA AKADEMIK

• Laras akademik boleh dibahagikan kepada


beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu
yang diperkatakan.
• Antaranya laras sains, laras ekonomi, laras
sastera dan sebagainya. Laras ini
kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa
sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu
bidang akademik. Misalnya, dalam bidang
sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
CIRI-CIRI LARAS BAHASA AKADEMIK

• Penulisan Secara Objektif


Hujah mestilah berdasarkan fakta dan kajian.

• Menggunakan Sudut Pandangan Orang


Ketiga
Mengaplikasikan pandangan orang lain untuk
menerangkan pandangan sendiri.
• Pembinaan Ayat Yang Jelas Dan Tepat
Panjang dan pendek ayat perlu disemak semula
sekiranya sesuatu isi itu dihuraikan.

• Perkembangan Idea Secara logik


Dalam penulisan yang koheran dan berpautan
makna, idea-idea diekspresi dan dihuraikan
dengan jelas dalam urutan logik serta disokong
dengan bukti dan contoh.
• Nada Bersahaja
Unsur emosional, ungkapan yang melampau dan
ekstrim hendaklah dihindarkan dalam
penulisan ilmiah.

• Sifat Kejelasan
Konsep kejelasan atau clarity bermaksud mudah
difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang
untuk disalah tafsir, tidak bersifat samar-samar
dan tidak kabur.
• Kata Mubazir
Penggunaan perkataan haruslah setepat yang
mungkin dan kata-kata yang berbunga tidak
diperlukan.

• Penggunaan Bahasa Formal


Pengkaji perlu mengelakkan daripada
menggunakan bahasa slanga, bahasa pasar
atau bahasa kasar.
• Penggunaan Istilah Khusus
Laras akademik ditandai oleh istilah-istilah
khusus berdasarkan bidang tertentu.

• Berformat Baku
Penyediaan penulisan akademik perlu dibentuk
dengan format yang baku.
• Penggunaan Ilustrasi
Laras akademik sering menggunakan rajah,
jadual, carta, gambar dan sebagainya.
• Kajian Lepas
Menghuraikan secara dasar analisis dan dapatan
kajian yang pernah dilakukan oleh orang lain
serta menjelaskan bacaan jurnal buku dan
pro/pascasidang terhadap subjek yang hendak
dikaji.
KESIMPULAN
• Penulisan akademik juga merupakan proses
yang bermula dengan penulisan isu dan
berakhir dengan cadangan dan kesimpulan.

• Menulis dengan objektif dan tidak berat


sebelah dalam menyokong kebenaran hipotesis.

• Menggunakan bahasa formal untuk


menerangkan pendapat sendiri dan merujuk
kepada pandangan orang ketiga untuk
menerangkan persoalan yang dikaji.
• Penulis menulis dengan jujur dengan kata-kata yang
tepat dan tidak berbunga-bunga.

• Penulisan akademik merupakan alat komunikasi


yang penting bertujuan memberi maklumat kepada
khalayak yang berupa fakta.

• Penulisan akademik perlulah cermat, tepat, benar


dan bukan sekadar sesuatu andaian yang dibuat.

You might also like