You are on page 1of 36

BAB 5

LARAS BAHASA

2015 SBLM1053
TOPIK UTAMA
• LARAS BAHASA SECARA UMUM
• KONSEP LARAS BAHASA
• CIRI-CIRI LARAS
• JENIS-JENIS LARAS
• KEPENTINGAN LARAS
• KESIMPULAN

2015 SBLM1053
LARAS BAHASA SECARA UMUM
• Konsep laras bahasa diperkenalkan oleh Reid pada
tahun 1956. Menurut beliau seseorang penutur
dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan
menggunakan laras mengikut situasi sosial yang
berlainan.

• Reid menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik


untuk menyatakan perlakuan bahasa (linguistik
behavior) seseorang individu.

2015 SBLM1053
• Reid turut memberikan perbezaan laras dan gaya,
iaitu:
1. Laras – merujuk khusus kepada bidang
penggunaan
2. Gaya – merujuk kepada cara
pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak
dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan
suasana yang menjadi latar penggunaan
bahasa berkenaan.

2015 SBLM1053
• Bahasa dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu
pengguna dan penggunaan.
1. Pengguna ialah orang yang menggunakan
bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek.
2. Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis
bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasi.
• Aspek penggunaan bahasa inilah yang
menyebabkan wujudnya laras.

2015 SBLM1053
KONSEP LARAS BAHASA
Halliday (1968)
• Laras sebagai variasi bahasa yang berlainan
berdasarkan fungsi.
• Laras berubah-ubah mengikut situasi.
• Halliday menjeniskan laras kepada tiga kategori:
– Tajuk wacana (field of discourse)
– Cara penyampaian wacana (mode of discourse)
– Gaya wacana (style of discourse)

2015 SBLM1053
Brian Seaton (1982)
• Variasi bahasa yang wujud daripada
situasi yang berlainan seperti umur,
jantina atau tajuk perbualan.

• Seseorang boleh memiliki beberapa


laras bahasa yang berlainan.

2015 SBLM1053
Ure & Ellis (1977)

• Pola-pola penggunaan bahasa yang lazim


digunakan dalam keadaan tertentu.

• Merupakan satu bentuk bahasa yang


khusus untuk situasi tertentu dan dapat
dibezakan daripada bentuk yang
digunakan dalam situasi yang lain.
2015 SBLM1053
Nik Safiah Karim (1989)
• Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa.
• Penggunaan bahasa berubah mengikut
konteks, bidang dan juga peringkat sosial.
Asmah Haji Omar (1987)
• Ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa
menurut bidang penggunaannya
• Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan
mengikut disiplin ilmu yang berbeza-beza
2015 SBLM1053
CIRI-CIRI LARAS
1.Ciri keperihalan
Terbahagi kepada dua iaitu situasi
luaran dan situasi persekitaran.

2.Ciri linguistik
Melibatkan unsur tatabahasa dan
pemilihan perkataan atau leksis.
2015 SBLM1053
1. Ciri Keperihalan
Situasi luaran
• Latar belakang sosial dan kebudayaan
sesuatu masyarakat bahasa yang
merangkumi struktur sosial dan
keseluruhan cara hidup yang
menentukan perlakuan-perlakuan
anggota masyarakat.

2015 SBLM1053
Situasi persekitaran
• Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara
langsung dalam penggunaan bahasa
1. Cara penyampaian
2. Perhubungan sosial dan peribadi
3. Bahan yang diperkatakan
4. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

2015 SBLM1053
2. Ciri Linguistik
• Berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar belakang
orang yang bercakap atau menulis
• Sifat-sifat bahasa (kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu
ciri, kekerapan kehadiran dan susunan struktur tertentu)
• Tiga ciri linguistik, iaitu:
 1. aspek fonologi (bunyi)
 2. aspek morfologi (pembentukan kata)
 3. aspek sintaksis (pembentukan ayat)

2015 SBLM1053
JENIS-JENIS LARAS

• Dapat dibahagikan kepada 3 kategori


1. tajuk wacana – bidang penggunaan
bahasa seperti bidang Matematik
2. cara penyampaian wacana – media
perlakuan bahasa (ada lisan / tulisan)
3. gaya wacana – perhubungan antara
peserta perlakuan bahasa (formal / tidak
formal)

2015 SBLM1053
• Laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya
dalam pelbagai situasi. Antaranya, seperti:
1. Laras bahasa umum/biasa
2. Laras akademik/ilmiah
- laras ekonomi
- laras komputer
- laras sains
- laras sastera
3. Laras media massa
4. Laras perundangan

2015 SBLM1053
Laras Bahasa Biasa/ Umum
• Digunakan dalam bidang yang luas meliputi
perkara-perkara biasa dalam interaksi masyarakat
sehari-hari.
• Ciri-ciri laras bahasa biasa ialah:
1. Bebas dan mudah difahami
2. Menggunakan unsur kemesraan
3. Menggugurkan kata sendi nama seperti dari,
daripada, di, akan, hingga
4. Ragam bahasa umum
5. Ayat yang pendek dan ringkas
6. Adakala menggunakan imbuhan asing
7. Adakala terdapat unsur ambiguiti
2015 SBLM1053
• Contoh laras bahasa biasa:
- “Kak, saya nak jumpa Penolong Naib Canselor
pukul 3.00 petang ni boleh tak?”
“Maaf dik, hari ni dia ada mesyuarat sampai ke
petang.”

- Awas! Jalan sedang dibaiki. Segala kesulitan


amat dikesali.

2015 SBLM1053
Laras Bahasa Akademik (Saintifik dan
Teknikal)
• Digunakan dalam bidang ilmiah yang
mengungkapkan tentang disiplin akademik/ilmu
seperti bidang sains, ekonomi, politik, sastera,
geografi, sejarah dan sebagainya.
• Mengandungi istilah-istilah khusus atau
ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan
mengikut bidang yang diperkatakan.
• Ayat tersusun menurut format tertentu seperti
memilih sesuatu sistem dokumentasi.

2015 SBLM1053
• Terdapat 8 ciri laras bahasa akademik.
1. Bernada formal dan objektif
2. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga
3. Menggunakan ragam pasif
4. Menggunakan istilah dan lambang
khusus menurut bidang tertentu
5. Menggunakan bahasa baku / standard / formal
6. Menggunakan wacana pemaparan (exposition)
7. Tidak menggunakan kata yang ekstrim/emosi
8. Mengelak perkataan mubazir
2015 SBLM1053
• Beberapa contoh laras bahasa
akademik, ialah seperti berikut:
1. Laras ekonomi
2. Laras komputer
3. Laras sains
4. Laras sastera

2015 SBLM1053
• Contoh laras ekonomi
Dalam analisis kos-volum-untung, marginal
costing digunakan sepenuhnya. Marginal
costing bermaksud kos overhed berubah
sahaja diserapkan sebagai kos produk,
manakala kos overhed tetap dicaj sebagai kos
tempoh.

2015 SBLM1053
• Ciri-ciri laras bahasa ekonomi
1. Menggunakan istilah khusus dalam
bidang ekonomi
2. Mementingkan ketepatan – gaya
bahasa formal
3. Menggunakan jadual, graf, gambar
rajah, carta sebagai satu kaedah
untuk menyampaikan maklumat
4. Menggunakan ayat penyata untuk
memberi penerangan
2015 SBLM1053
• Contoh laras komputer
Bahasa program HTML dan XML banyak digunakan
untuk membentuk laman web. Operasi B>A:
CLIPPER 23D dalam inviligator akan menentukan

2015 SBLM1053
• Ciri-ciri laras komputer
1. Menggunakan istilah khusus dalam
bidang komputer – biasanya istilah bahasa
Inggeris
2. Mementingkan ketepatan – ayat pendek
dan ringkas
3. Menggunakan simbol yang membawa
makna
4. Menggunakan ayat perintah untuk
memberi arahan untuk melakukan sesuatu
2015 SBLM1053
• Contoh laras sains
Jirim terdiri daripada banyak zarah yang
disebut molekul. Terdapat beberapa bukti
bagi menunjukkan wujudnya molekul
dalam jirim. Satu daripadanya ialah
eksprimen tentang Gerakan Brown.

2015 SBLM1053
• Ciri-ciri laras sains
1. Menggunakan istilah khusus dalam
bidang sains (sains gunaan, biologi, fizik,
kimia dll)
2. Mementingkan kejelasan – gaya
bahasa formal
3. Menggunakan jadual, graf, gambar
rajah, carta sebagai satu kaedah untuk
menyampaikan maklumat
4. Menggunakan struktur ayat majmuk
2015 SBLM1053
• Contoh laras sastera
Tiba-tiba sahaja kedamaian selama
tujuh puluh tahun yang dinikmati
oleh penduduk kampung tergugat.
Banjir. Banjir musim tengkujuh
sungguh memeritkan. Tengkujuh
tidak pernah memaafkan kawasan
rumah Mak Yah daripada
ditenggelami air.

2015 SBLM1053
• Ciri-ciri laras sastera
1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang
sastera
2. Mementingkan keindahan kata-kata (poetic
licence) – bahasa figuratif seperti metafora,
personifikasi
3. Menggunakan daya cipta atau imaginasi
pengarang – adakalanya wujud unsur kekaburan
4. Menggunakan ayat majmuk untuk memberi
penjelasan

2015 SBLM1053
Laras Bahasa Media Massa
• Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan berita,
rencana, rencana pengarang, atau esei tentang isu
semasa yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan
disampaikan melalui radio dan televisyen.
• Ciri-ciri laras bahasa media massa
1. Kurang mementingkan gaya dan nahu,
khususnya pengimbuhan dan kata hubung
2. Jalan bahasa yang mudah
3. Ayat yang tegas dan padat
4. Mengandungi berita yang maksimum
5. Tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus

2015 SBLM1053
• Contoh laras bahasa media massa – petikan berita
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi mengajak seluruh warga Malaysia melangkah ke
tahun baru 2005 dengan tekad…

• Contoh – rencana pengarang


Saranan Perdana Menteri supaya projek pembinaan
sekolah tidak dilakukan secara mewah perlu diberi
perhatian serius oleh semua pihak. Projek pembinaan
sekolah yang mewah seperti menggunakan hiasan seni
bina yang mahal adalah membazir kerana pelajar tidak
dapat memanfaatkannya.

2015 SBLM1053
Laras Bahasa Perundangan
• Lazimnya ditemui dalam teks yang berkaitan dengan
perundangan.
• Telah wujud sejak zaman kegemilangan kerajaan
Melayu Melaka lagi, dan masih digunakan hingga ke hari
ini.
• Ciri-ciri laras bahasa perundangan
1. Mementingkan keringkasan, ketepatan,
kepersisan, dan kejelasan.
2. Laras yang digunakan mesti sesuai dengan
maksud yang hendak disebutkan
3. Menggunakan istilah-istilah teknikal / ungkapan
khusus dalam bidang undang-undang.

2015 SBLM1053
• Contoh laras bahasa perundangan

1) Sebagai balasan bagi pihak yang diberi oleh


Pengarang kepada Penerbit mengikut Fasal 1,2 dan 3(1)
itu, Penerbit bersetuju membayar royalti kepada
Pengarang…
2) Perjanjian ini hendaklah diertikan dan berkuat kuasa
mengikut undang-undang Malaysia
3) BAHAWASANYA Pengarang telah menulis sebuah
karya sastera yang berwatak asal bertajuk dan dalam
bahasa seperti yang tercatat...

2015 SBLM1053
KEPENTINGAN LARAS
1. Menggunakan bahasa yang sesuai
berdasarkan situasi membolehkan sesuatu
maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat.
2. Menepati keperluan khalayak agar tidak timbul
masalah berlainan fahaman.
3. Menjadikan seseorang lebih sensitif dan
peka dalam pemilihan kata dan ayat.

2015 SBLM1053
4. Mencerminkan latar belakang seseorang
penutur.
5. Mencerminkan keadaan bahasa dan menjadi
ukuran maju mundurnya bahasa melalui jumlah
laras yang digunakan.
6. Memupuk nilai penyesuaian diri dengan
persekitaran.
7. Mengeratkan perhubungan sosial dan
peribadi.

2015 SBLM1053
KESIMPULAN
• Bahasa akan menjadi lebih luas dan berkembang
apabila digunakan dalam pelbagai situasi dengan
pelbagai tujuan dan maksud.
• Pengetahuan yang luas dalam penggunaan pelbagai
laras membolehkan seseorang hadir dalam pelbagai
situasi.
• Laras merupakan satu fenomena universal, oleh itu
penggunaan variasi laras harus dikuasai oleh
pengguna bahasa.

2015 SBLM1053
RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu
komunikasi 1. Petaling Jaya:Longman.

Asmah Haji Omar. (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halliday, M.A.K. (1968). Reading in the sociology of language, the users


ang uses of language. Mountan:The Hague.

Kamarudin Hj.Hussin.(1995). Laras bahasa. Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1989).Laras bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa


dan Pustaka.

S. Natesan. (1991).Laras bahasa dan kepentingannya dalam


pengajaran bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 35 (1).69-74.

2015 SBLM1053

You might also like