You are on page 1of 7

CIRI-CIRI BAHASA

BERSIFAT DINAMIS BERSIFAT BERVARIASI

DINAMIS
Mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan (kamus dewan edisi ke-3). Bahasa Melayu bersifat dinamis yang bermaksud bahasa melayu boleh berubah-ubah mengikut perubahan semasa atau peredaran masa. Mengalami perubahan dari aspek kosa kata, ejaan, tatabahasa dan sebutan. Kunoklasikmoden

BERVARIASI
Bentuk yang tidak seragam atau berbezabeza,kelainan atau kepelbagaian(kamus dewan edisi ke-3). Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa

01.Dialek
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. Contoh dialek: utara,perak,selatan,kelantan,terengganu, pahang,negeri sembilan,sarawak,sabah.

02.Dialek Sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal. Contoh dialek sosial:bahasa formal, bahasa baku, bahasa istana, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa slanga.

03.Ideolek
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

04.Dialek kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

You might also like