You are on page 1of 1

Unit Kokurikulum (unit Beruniform)

Sekolah Kebangsaan Taman Cendana,


81700, Pasir Gudang,
Johor
Tarikh : 7 Mei 2012

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana,
Jalan Persiaran Cendana,
81700, Pasir Gudang, Johor.

Tuan,
MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK KURSUS KEMAHIRAN LANJUTAN UNIT
BERUNIFORM UNTUK MURID TAHUN 5 2012

Dengan segala hormatnya mohon perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk maklumat tuan, kursus tersebut akan diadakan seperti kenyataan yang berikut :

Tarikh : 13 hingga 15 Julai 2012


Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon peruntukan sebanyak RM 2500.00 bagi


menampung kos untuk bahan kursus dan cenderahati untuk semua peserta. (rujuk kertas kerja
dan anggaran kos pada lampiran)

4. Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan dan kami
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

....................................................
(NURUL AZRIN BINTI ABU ZAINI)
Penyelaras Unit Beruniform 2012
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

You might also like