You are on page 1of 14

PANDUAN TATACARA

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH


PASCA PKPP
KEPADA SEMUA IBU BAPA & PENJAGA MURID-MURID
SK DESA AMANPURI
2020
TARIKH MULA BERSEKOLAH

• PRASEKOLAH : 1 JULAI 2020


• TAHUN 5 & 6 – 15 JULAI 2020
• TAHUN 1 – TAHUN 4 : 22 JULAI 2020

• Semua murid mesti hadir, jika ada yang tidak dapat hadir
sila buat surat makluman kepada Guru Besar/Guru Kelas
• JIKA TIDAK SIHAT ATAU BERGEJALA TIDAK DIBENARKAN
HADIR
WAKTU PERSEKOLAHAN
* TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
PRASEKOLAH : 8:00 PAGI - 12:00 TENGAH HARI
TAHUN 1 – TAHUN 3 :
ISNIN, SELASA & RABU 7.30 PAGI – 1.00 PTG
KHAMIS 7.30 PAGI – 12.30 TGH
JUMAAT 7.30 PAGI – 12.00 TGH
TAHUN 4 – TAHUN 6 :
ISNIN & SELASA 7:30 PAGI – 1:30 PTG
RABU & KHAMIS 7.30 PAGI – 1.00 PTG
JUMAAT 7.30 PAGI – 12.00 TGH

• WAKTU PAGAR DIBUKA untuk kehadiran murid – 6:30 -7:30 pagi

• Waktu BALIK ikut masa persekolahan


PELITUP MUKA
•Murid digalakkan memakai pelitup muka/ FACE SHEILD
•Warna- hitam atau putih/ yg sesuai
•Jenis – 3 lapis, N95 atau kain 3 lapis
Hanya murid yang mempunyai imuniti badan yang
rendah mesti sentiasa memakai pelitup muka sebelum masuk ke kawasan
sekolah dan sepanjang waktu persekolahan
1. Penyakit paru-paru yang kronik;
2. Penyakit asma yang sederhana teruk dan teruk;
3. Penyakit jantung yang serius;
4. Penyakit kencing manis;
5. Penyakit buah pinggang yang menjalani dialisis;
6. Penyakit hati;
7. Kekurangan zat makanan serius;
8. Sistem imun badan yang kurang berfungsi dengan baik akibat penyakit atau rawatan sedia ada , iaitu:
i. murid yang sedang menerima rawatan steroid;
ii. murid yang mempunyai kanser dan sedang dalam rawatan kanser;
iii. murid yang menjalani pemindahan organ; dan
iv. murid yang mengambil rawatan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan imuniti badan yang rendah
seperti penyakit SLE, imunosupression bagi rawatan kanser dan pemindahan organ.
Adakah murid yang menaiki bas sekolah perlu
memakai pelitup muka?

Ya. Pelitup muka dipakai sebelum keluar dari


kawasan sekolah, di dalam bas dan ketika
turun dari bas.
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah
sekiranya suhu badan murid 37.5̊ᴼC dan ke atas?
a) Murid diminta untuk berehat di tempat yang disediakan dan
suhu badan akan diambil semula;

b) Sekiranya suhu masih 37.5ᴼC dan ke atas, murid


akan dibawa ke BILIK ISOLASI (BILIK KESIHATAN) untuk diasingkan dan diberikan
pelitup muka;

c) Murid ini akan dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga dengan


kadar segera; dan

d) Jika terdapat tanda gelaja yang ketara, sekolah perlu


menghubungi Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan
lanjut.
Adakah ibu bapa/penjaga perlu berada
bersama-sama dengan anak/anak jagaan
ketika suhu badan murid diambil?

Tidak, kecuali bagi murid prasekolah yang


memerlukan sokongan ibu bapa/penjaga
• Murid perlu sentiasa mengamalkan penjarakan
sosial sepanjang masa. Elakkan 3C, iaitu
tempat sesak (crowded),
tempat tertutup (confined spaces) dan
bercakap jarak dekat (close conversation).

• Amalkan 3W, iaitu basuh tangan selalu (wash),


pakai pelitup muka (wear) dan
tidak bersalaman atau bersentuhan (warn).
DALAM KELAS

• Sila bawa 2 helai tuala tangan ( untuk lap tangan & lap meja sendiri)
• Digalakkan bawa sanitizer sendiri
• Dalam kelas duduk di meja & kerusi yang telah ditetapkan
• Kurangkan pergerakan
• Jangan berkongsi peralatan dgn murid lain
WAKTU REHAT

• Waktu rehat secara berperingkat


• Digalakkan bawa sudu dan garfu sendiri
• Digalakkan bawa makanan/minuman dari rumah
• Jangan berkongsi makanan/minuman dengan rakan
• Murid beli makanan di kantin dengan amalkan penjarakan sosial
• Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas makan
• Makan waktu rehat di dalam kelas dengan pemantauan guru
PERGERAKAN MURID
• Mesti ikut penjarakan sosial 1 meter antara individu
• Ikut tanda arah pergerakan
• Pergerakan adalah satu arah sahaja.

You might also like