You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN LATIHAN KERJA PENGURUSAN

PUSAT SUMBER (PS)


__________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Kekayaan dan kualiti perkhidmatan pusat sumber di sekolah berhubung rapat dengan
sumber kakitangan yang terdapat di dalam dan di luar pusat sumber. Oleh itu adalah amat
penting sebuah pusat sumber di sekolah mempunyai kakitangan terlatih yang mempunyai
motivasi kerja yang tinggi. Setiap kakitangan dalam pusat sumber sekolah memerlukan
pengetahuan perkeranian dan kemahiran teknologi dan mempunyai latihan asas dalam
bidang perpustakaan. Latihan kerja yang diadakan di Perpustakaan xxx, Negeri Sembilan
selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan, maklumat dan kemahiran kepada
kakitangan pusat sumber berkaitan dengan pengurusan pusat sumber.

2.0 OBJEKTIF PORGRAM

Kakitangan pusat sumber perlu memiliki kualiti dan kemahiran asas seperti berikut:
 Berkebolehan bekerjasama dengan individu dan kumpulan dalam dan luar
masyarakat sekolah
 Mempunyai pengetahuan mengenai kemahiran maklumat dan penggunaan
maklumat
 Mempunyai pengetahuan mengenai sumber bahan yang terdapat di
perpustakaan dan bagaimana mengaksesnya
 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan pemasaran
 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat

3.0 SASARAN
3 kakitangan PS terdiri daripada 1 Pembantu Tadbir dan 2 Pembantu Operasi

4.0 TARIKH CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 2-3 Disember 2019 (Sila rujuk jadual)


Tempat : Perpustakaan
Penceramah :
Jawatan : S41

5.0 KEWANGAN
1
Elaun Makanan RM 200.00

*Pengiraan: Pembantu Tadbir RM20.00 x 1 (orang) x 2 (hari)


Pembantu Operasi RM15.00 x 2 (orang) x 2 (hari)
Pengangkutan RM 100

6.0 PENUTUP

Kakitangan perpustakaan sekolah mempunyai tanggung jawab mematuhi piawaian


dan etika yang tinggi semasa melayan masyarakat sekolah. Semua pengguna mesti
dilayan dengan adil tanpa mengambil kira kebolehan dan latar belakang pengguna.
Perkhidmatan yang ditawarkan mesti disesuaikan dengan keperluan pengguna.
Sehubungan itu, Pusat Sumber memerlukan kakitangan sesebuah perpustakaan
perlu terlatih dalam bidang pengurusan seperti memahami dari perspektif pengguna
dan tidak dipengaruhi oleh sikap, sifat serta perasaan prasangka dalam menyediakan
perkhidmatan perpustakaan.

Disediakan oleh :
Nama Guru
Jawatan
Nama Sekolah

Disokong oleh:
Nama
Jawatan
Nama Sekolah

Diluluskan oleh:
Nama Pengetua
Pengetua
Nama Sekolah

2
CADANGAN JADUAL KURSUS PEMBANGUNAN STAF PUSAT SUMBER SEKOLAH (PS)
NAMA SEKOLAH

2-3 DISEMBER 20xx


PERPUSTAKAAN xxx
TARIKH/MASA 8.30-10.30 10.30-11.00 11.00-1.00 12.30- 2.00-4.30
2.00

2/12/20xx Pengenalan kepada system Pengkatalog


pengkelasan Pengkelasan Copy Cataloging
LCC / Cutter Table
Pengkelasan REHAT REHAT
Cara Penyusun buku

3/12/20xx Pengkatalog Perkongsian


Copy Cataloging Amalan Terbaik

Penceramah :

3
JAWATAN : PUSTAKAWAN S41

You might also like