You are on page 1of 4

Basikal lajak: Ibu bapa boleh dikenakan

tindakan, kata Bukit Aman

Ibu bapa kepada anak yang terlibat


dengan kegiatan basikal lajak
sehingga mengundang bahaya
kepada diri dan pengguna jalan raya
boleh dikenakan tindakan undang-
undang, kata Pengarah Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
(JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman
Alias.Beliau berkata pihaknya boleh
mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33
Akta Kanak-kanak 2001.

"Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya
gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak
terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan.

Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan


untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan
yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak
melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam sidang akhbar isu
'Basikal Lajak' di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya


dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran
saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa
peruntukan undang-undang.

"Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3)


LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan
dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat
dalam jarak munsabah.
"Sementara itu menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun
boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan
brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar
dan loceng," katanya.

Beliau berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen


54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang
basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukan Seksyen
112(1)(a) akta sama.

"Tindakan menangkap penuggang basikal lajak bagaimanapun tidak


boleh diambil daripada segi undang-undang terhadap anak-anak yang
terbabit merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak
menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10
tahun," katanya.

Pada 1 Nov lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari


pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin
berleluasa di negara ini.

Dalam pada itu, ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid


berkata JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah
Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu
sebelum sebarang tindakan diambil.

-Bernama

Sumber: malaysiakini

https://www.malaysiakini.com/news/498569

You might also like