You are on page 1of 2

KELAB KESELAMATAN JALANRAYA DAN PENCEGAHAN JENAYAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING, 21020 KUALA NERUS,


TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA
PROGRAM SEHARI BERSAMA “POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)” 2022

1.0 PENGENALAN
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar
dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah dalam
kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa dan
membimbangkan. Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan
negara yang sedang pesat membangun.
Menyedari hakikat ini, pihak Kelab Keselamatan Jalanraya Dan Pencegahan Jenayah, Kadet
Polis serta Badan Disiplin, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting, dengan kerjasama
Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Terengganu, telah merancang sebuah program untuk
bersama-sama turun padang dan bertemu dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Padang Kemunting. Program yang diberi nama “Sehari Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.
Semoga dengan adanya program seperti ini, maka akan timbullah kesedaran dalam diri setiap
pelajar supaya menjauhi segala jenis jenayah yang mungkin berlaku di sekitar mereka dan
seterusnya mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin.

2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada semua pelajar SMK Padang Kemunting tentang pendidikan
keselamatan jalanraya dan pencegahan jenayah serta kesan-kesan negatif yang berlaku di sekeliling
mereka.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar
3.2 Memberi kesedaran tentang keselamatan jalanraya
3.3 Memberi kesedaran tentang pencegahan jenayah
3.4 Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar

4.0 ANJURAN BERSAMA


i. Kelab Keselamatan Jalanraya Dan Pencegahan Jenayah
ii. Kadet Polis
iii. Badan Disiplin
iv. Dengan kerjasama, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Terengganu

5.0 TARIKH / HARI / MASA


27 September @ 4 Oktober @ 11 Oktober 2022
(Pilihan 1 hari berdasarkan kesediaan pihak PDRM)
6.0 TEMPAT
Ceramah : Dewan Wan Azizah, SMK Padang Kemunting
Pameran : Dewan Wan Azizah, SMK Padang Kemunting
Demonstrasi : Dataran Perhimpunan

7.0 SASARAN
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting seramai 626 orang.

8.0 PENCERAMAH, PAMERAN DAN DEMONSTARI


8.1 : IPK PDRM Kuala Terengganu

9.0 AHLI JAWATANKUASA


(Sila Rujuk Lampiran A)

10.0 TENTATIF PROGRAM


(Sila Rujuk Lampiran B)

11.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan semoga kesemua pihak yang terlibat
terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting akan mendapat
manfaat dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sekian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... .................................................
(EMRAN BIN IDRIS) (ZAINAL ARIFFIN B ZAINUDDIN)
Ketua Guru Penasihat PK Kokurikulum
Kelab Keselamatan Jalanraya & Pencegahan SMK Padang Kemunting
Jenayah (KJR&PJ)
SMK Padang Kemunting

Disahkan oleh,

.................................................
(MOHD SAFIEN @ MOHD RIDUAN B DEBOK)
Pengetua
SMK Padang Kemunting

You might also like