You are on page 1of 4

Friday, July 17, 2009

sebab jepun menyerang tanah melayu

1. Pertambahan penduduk

Sejak awal abad ke-20, berlaku pertambahan penduduk di Jepun yang tidak seimbang dengan
pertambahan tanah pertanian. Pada tahun 1932, penduduk Jepun telah meningkat sebanyak 70 juta
orang. Akibatnya Jepun memerlukan tanah jajahan bagi menampung penduduk yang berlebihan.

2. Bentuk fizikal negeri Jepun

Bentuk fizikal negeri Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan mereka tidak boleh bergantung
sepenuhnya kepada pertanian. Akibatnya, Jepun beralih kepada bidang perisdustrian. Perindustrian
memerlukan bahan mentah dna pasaran. Bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun
perlu mempunyai tanah jajahan.

3. Kejayaan Rancangan Perindustrian Meiji

Rancangan Perindustrian yang dilaksanakan semenjak pemerintahan Meiji pada tahun 1868 telah
mencapai kejayaan. Kejayaan ini mendorong Jepun untuk memperluaskan rancangan perindustriannya.
Bagi menjayakan cita-cita ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan bagi menjamin bekalan bahan
mentah dan pasaran yang tetap.

4. Fahaman militerisme

Fahaman militerisme telah merebak di kalangan pemimpin Jepun sejak akhir abad ke-19. Sejak tahun
1932, politik Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera apabila mereka menguasai Diet (parlimen).
Fahaman militerisme telah membawa kepada perkembangan imperialisme. Fahaman militerisme
semakin kuat apabila Jeneral Tojo Hideki menjadi Perdana Menteri Jepun sejak 18 Oktober 1941.
Pembesaran angkatan tentera telah mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia
terutamanya Asia Tenggara. Kejayaan Jepun dalam peperangan China-Jepun (1894-1895) dan
peperangan Rusia-Jepun (1904-1905) telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Jepun. Kebangkitan ini
telah membimbangkan Kuasa-kuasa Barat (KKB) kerana mereka takut tentera Jepun akan muncul
sebagai kuasa terkuat di Asia dan mencabar kepentingan mereka. Untuk menyekat kebangkitan Jepun
KKB telah mengenakan beberapa sekatan ke atas Jepun. Pada Julai 1940, Amerika Syarikat
mengharamkan eksport petroleum dan logam untuk gred I. Beberapa bulan kemudian, eksport semua
jenis logam ke Jepun turut diharamkan. Sekatan ekonomi ini menjejaskan Rancangan Pembaharuan
Jepun khususnya Rancangan Pembesaran Angkatan Tentera. Pada Julai 1941, asset Jepun di Amerika
Syarikat dibekukan. Dalam Persidangan Washington 21 November 1921, nisbah angkatan laut British,
Amerika dan Jepun ditetapkan sebagai 5:5:3

5. Kejayaan awal
Kejayaan awal yang dicapai oleh Jepun telah mendorong mereka untuk menjalankan dasar imperislisme.
Di antara kejayaan tersebut ialah kemenangan Jepun dalam Pernag China-Jepun (1894-1895) dan Perang
Rusia-Jepun (1904-1905).

6. Cita-cita Jepun

Kerajaan dan penduduk Jepun bercita-cita supaya mereka mendapat pengiktirafan dunia dan dianggap
setanding dengan kuasa-kuasa Barat. Untuk mencapai matlamat ini, Jepun perlu mempunyai tanah
jajahan seperti yang dimiliki oleh KKB.

7. Alihkan perhatian

Pada tahun 1930-an, berlaku kekacauan politik di Jepun akibat daripada perbalahan di antara golongan
awam dengan tentera. Keadaan ini mendorong pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar
imperialisme bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah-masalah dalam negeri.

8. Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua di Eropah sejak September 1939 akibat daripada serangan Jerman dan Itali ke atas
negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Rusia dan sebagainya. Keadaan ini mendorong Jepun untuk
menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara kerana ia yakin KKB tidak mampu untuk
mempertahankan tanah jajahan mereka di Asia.

9. Kebangkitan nasionalisme

Sejak awal abad ke-20 berlaku kebangkitan nasionalisme di Asia yang bertujuan untuk membebaskan
negara mereka dari penjajahan Barat. Jepun yakin bahawa kedatangannya akan mendapat sokongan
penduduk tempatan lebih-lebih lagi mereka telah diyakinkan yang Jepun merupakan pembebas yang
akan menyingkirkan KKB dari negara Asia.
10. Peranan Zaibatsu

Kejayaan Rancangan Pembaharuan Meiji telah melahirkan gergasi ekonomi yang dikenali sebagai
zaibatsu. Golongan ini berpengaruh kerana kekayaan mereka dan menjadi penyokong kuat parti-parti
politik. Golongan zaibatsu telah mempengaruhi pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar
imperislisme supaya Jepun akan mempunyai tanah jajahan dan menjamin bekalan bahan mentah serta
pasaran bagi barangan mereka.

11. Perjanjian kerjasama

Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jepun mendorong ia untuk melaksanakan dasar
imperialisme. Pada September 1940, Jepun menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jerman dan
Itali. Mengikut perjanjian tersebut Jerman dan Itali akan menyerang negara Eropah dan Afrika manakala
Jepun negara Asia. Pada Disember 1940, Perjanjian Kerjasama dengan Siam ditandatangani. Dalam
perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun membenarkan negaranya sebagai pengkalan untuk menyerang
Indo-China, Tanah Melayu dan Burma. Pada April 1911, Jepun menandatangani Perjanjian Berkecuali
dengan Rusia.

12. Balas dendam

Jepun menyerang Tanah Melayu dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap British dan orang
Cina di Tanah Melayu kerana membantu negeri China menentang Jepun semasa perang China-Jepun
1937. Orang Cina di Tanah Melayu telah menjalankan kutipan derma untuk membantu negeri Chian.
Dalam tempoh 1937-1941, sebanyak $146 juta telah dikumpul oleh orang Cina di Tanah Melayu
membantu negeri China menentang Jepun. Selain itu, terdapat ramai pemuda Cina dihantar ke China
dalam usaha untuk menentang Jepun.

13. Tanah Melayu kaya

Jepun menyerang Tanah Melayu kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah yang diperlukan oleh
industrinya seperti bijih timah dan getah. Selain itu, Tanah Melayu boleh dijadikan pasaran kepada
keluaran industri Jepun.
14. Daerah Kemakmuran Bersama

Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun untuk
mewujudkan “Daerah Kemakmuran Bersama” yang berpusat di Jepun. Negeri-negeri yang akan
digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea, Manchuria, China, Indo-China, Siam, Burma,
Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia, Australia dan New Zealand.

You might also like