You are on page 1of 5

SALINAN FAIL PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KALABAKAN,


PETI SURAT 60840,
91018 TAWAU SABAH.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI RAYA PRASEKOLAH 2020
SK. KALABAKAN

TARIKH:
10 OGOS 2020 (ISNIN)

DIANJURKAN OLEH:
SEMUA GURU DAN PPM
PRASEKOLAH SK KALABAKAN

PELAKSANAAN:
MENGIKUT SOP & NORMA BAHARU
DI KELAS MASING-MASING & MENGAMALKAN PENJARAKAN FIZIKAL
SEPANJANG SAMBUTAN HARI RAYA DIJALANKAN.
SALINAN FAIL PRASEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG

Hari Raya merupakan hari kebesaran bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap umat
Islam akan meraikan hari raya setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Semua
peringkat umur meraikan hari raya dengan gembira dan dalam suasana yang meriah
sama ada di kampung-kampung mahupun di kawasan bandar. Hari Raya Aidilfitri juga
menjadi salah satu penyebab ahli keluarga berkumpul sekaligus dapat menjadikan
ikatan silaturahim antara keluarga semakin erat.

Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat Prasekolah


SK Kalabakan diadakan bertujuan untuk meraikan murid-murid prasekolah dan
memberi peluang kepada mereka untuk merasai suasana hari raya bersama dengan
guru dan rakan-rakan yang lain.

2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Raya Prasekolah diadakan bagi memberikan peluang kepada murid-
murid prasekolah untuk merasai suasana berhari raya di sekolah bersama dengan guru
dan rakan–rakan sekelas yang lain. Selain itu, murid yang tidak berkemampuan juga
turut dapat merasa suasana hari raya bersama guru dan rakan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan peluang kepada murid prasekolah merasai suasana
sambutan hari raya di sekolah bersama guru dan rakan-rakan.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid prasekolah
dengan guru serta pembantu murid.
3.3 Memberikan pendedahan awal kepada murid prasekolah tentang suasana
sambutan hari raya di sekolah.
3.4 Menanamkan sikap bersyukur dalam diri murid kerana tinggal di negara
Malaysia dan dapat menyambut hari raya dengan aman tanpa ada
sebarang gangguan serta ancaman daripada ancaman luar.
SALINAN FAIL PRASEKOLAH

4.0 MAKLUMAT AKTIVITI

Tarikh :
10 Ogos 2020 (Isnin)

Masa :
7.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat :
Kelas prasekolah (PRA UIA, PRA UKM & PRA USM)
 Tanpa sebarang percampuran murid dan penjarakan fizikal.

Sasaran:
Semua murid Prasekolah

5.0 AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG
En. Hj. Johari Bin Hj. Said
GURU BESAR

PENASIHAT 1
En. A.M Yusop Bin Boton
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENASIHAT 2
En. M. Saleng Bin Saini
GURU PENOLONG KANAN HEM

PENASIHAT 3
En. Umar Bin Diwan
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENGERUSI PROJEK
Mohd Fikri Bin Mohd Amin

SETIAUSAHA
Rohaya Binti Masiraji
SALINAN FAIL PRASEKOLAH

BENDAHARI
Nosila Binti Mohd Noor

AJK PELAKSANA
Azlan Bin Rasid
Steve Gimbi
Marlinah Binti Guhu

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA BILANGAN KOS


DIPERLUKAN

1 MAKANAN; NASI KUNING 72 ORANG X RM 576.00


RM8.00

2 MINUMAN KOTAK 4 PEK X RM 72.00

RM18.00

3 JUADAH SAMPINGAN 72 ORANG X RM RM 504.00


7.00

4 BISKUT RAYA 5 BALANG X RM RM 75.00


15.00

5 GOODIES BAG 72 ORANG X RM RM720.00

(MAKANAN RINGAN) 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1947.00

7.0 PENUTUP
SALINAN FAIL PRASEKOLAH

Diharapkan agar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Prasekolah 2020, SK Kalabakan ini
mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pentadbir sekolah. Semoga sambutan
Hari Raya yang akan dilaksanakan ini juga dapat memberikan impak positif kepada
murid-murid prasekolah khususnya dan kepada guru-guru amnya.

Disediakan oleh,

.........................................
(Mohd Fikri Bin Mohd Amin)
Penyelaras Prasekolah
SK Kalabakan,
Tawau, Sabah.

Diluluskan oleh,

..........................................
(Hj. Johari Bin Hj. Said)
Guru Besar
SK Kalabakan,
Tawau, Sabah.

You might also like