You are on page 1of 2

PANDUAN IBU BAPA

PEMBUKAAN & PENGOPERASIAN


PRASEKOLAH SK KALABAKAN TAWAU,
SABAH
1 MAC 2021

SEBELUM MINGGU PERSEKOLAHAN


1) PERSIAPAN FIZIKAL
i) Pakaian prasekolah. Rujuk lampiran gambar (sekiranya ada)
ii) Face Shield (Jelaskan pada murid, mereka perlu memakai face shield
sepanjang masa persekolahan dan jangan tanggalkannya kecuali waktu
makan & minum sahaja)
iii) Pakaian Ganti (berbungkus dalam beg plastik dan berlabel nama).
iv) Tidak perlu bawa beg sekolah & peralatan alat tulis. (semua telah
disediakan di dalam kelas prasekolah)
2) PERSIAPAN EMOSI
i) Biasakan murid untuk bangun pagi.
ii) Ceritakan pada murid sesi persekolahan yang bakal mereka tempuhi.
iii) Terapkan nilai berani dan perasaan gembira akan sesi persekolahan yang
bakal mereka tempuhi.
iv) Jelaskan pada mereka pematuhan SOP yang perlu mereka terapkan apabila
berada di prasekolah kelak. Jelaskan pada mereka agar sentiasa kekalkan
jarak dengan rakan-rakan mereka.

SEMASA PERSEKOLAHAN
1) PANDUAN FIZIKAL
i) Bagi urusan penghantaran murid perlu melalui pintu pagar utama sekolah
(pagar depan, pagar belakang pra tidak boleh digunakan atas dasar SOP).
ii) Sebaik masuk, ibu bapa / penjaga perlu memeriksa suhu di pondok utama
dan direkodkan.
iii) Perlu melalui laluan yang telah disediakan untuk ke prasekolah (sila rujuk
pelan laluan yang telah disediakan).
iv) Ibu bapa / penjaga hanya boleh menghantar murid sehingga ke pagar depan
prasekolah sahaja. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam
premis prasekolah.

2) KETIBAAN MURID PRASEKOLAH


i) Murid akan masuk sendiri ke dalam premis prasekolah keadaan berbaris
menunggu untuk diambil suhu dan direkodkan ke dalam buku rekod suhu.
ii) Mencuci tangan dengan sabun & air di stesen mencuci tangan yang telah
disediakan.
iii) Masuk duduk ke dalam kelas mengikut label meja yang telah ditetapkan.
3) PERKARA LUAR JANGKA
i) Mengikut Taklimat Penataran 2020 yang lepas, murid yang mengalami
masalah untuk masuk ke premis (menangis dan sebagainya) perlu dibawa
pulang dan tidak akan dipaksa untuk masuk ke dalam premis prasekolah.
Persiapan emosi murid-murid prasekolah penting dan menjadi
tanggungjawab tuan & puan untuk mempersiapkan murid untuk melalui
proses tersebut.
ii) Murid yang mempunyai simptom seperti batuk & selesema juga tidak akan
diterima masuk ke dalam premis prasekolah. Pastikan murid-murid dalam
keadaan sihat untuk hadir ke prasekolah. Pihak prasekolah ingin
mengelakkan perkara luar jangka dari berlaku.

WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN


1) WAKTU RASMI PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
i) Sesi pembelajaran rasmi : 07.30 pagi
ii) Waktu pulang : 11.30 pagi
iii) Murid boleh hadir seawal jam 07.00 pagi untuk sarapan pagi.
iv) Jangan sesekali hantar awal dan tinggalkan murid dalam kawasan
sekolah tanpa pengawasan.
v) Waktu ini tertakluk dan sama setiap hari (Isnin – Jumaat) sehingga
ada pemberitahuan terkini.

2) WAKTU PULANG
i) Ibu bapa /penjaga boleh umumkan ketibaan dalam ‘group whatsapp’ kelas
untuk melepaskan anak-anak dari kelas.
ii) Jangan umum ketibaan sekiranya tidak ada berdekatan dengan pagar
prasekolah.
iii) Murid hanya akan dilepaskan dari kelas sekiranya ibu bapa/ penjaga
mengumumkan ketibaan mereka.

You might also like